Posted on March 4, 2020
Selepas menyaksikan gaya jalanan MFW rancak dengan imej boss bitch, kali ini fokus kami adalah PFW street style pula. Menariknya, untuk rencana gaya jalanan minggu fesyen Paris, kami tidak menyusun ia mengikut trend tertentu – contohnya berapa ‘kerat’ undangan yang memakai the new Bottega ataupun yang mendandani diri dalam penggayaan blazer. Sebaliknya, kami memilih beberapa gaya jalanan minggu fesyen Paris yang kami sangat suka!
Menyemak kembali street style sepanjang minggu fesyen; dari New York ke London, ke Milan dan ke Paris; memanglah gaya memakai blazer paling banyak terlihat meronai jalanan, di samping outerwear lain seperti kot labuh atau kot trench. Blazer menjadi ceraian utama kebanyakan fashion week regulars yang masing-masing bertamu di pertunjukan-pertunjukan dalam penggayaan tersendiri – oversized blazers adalah pilihan utama dan tak lupa juga ada yang datang lengkap satu sut dengan kemeja dress serta tali leher.
Tetapi keharmonian gaya yang pelbagai di Paris membuatkan mati kami mengepung untuk memerhati. Ada yang hadir dengan imej #gothgranny (terma yang kami baru belajar) yakni muncul dalam penggayaan serba hitam dan dilengkapi tudung kepala ala Babushka lady. Ada yang datang dengan padanan blazer potongan slim bersama skirt kembung, yang mengembalikan kegemilangan gaya ladylike. Malah ada juga yang berani ‘memadatkan’ corak berbeza sifat dalam aspek layerings, namun cantik dan tidak nampak pelik.
Sudah tentu panorama gaya jalanan Paris mempertaruhkan pengunjung-pengunjung mengenakan satu dua helai designer piece dan menghormati rekaan jenama-jenama fesyen ini dengan cara padanan yang cohesive. Misalnya jaket potongan laser Bottega Veneta yang dimadukan bersama jean biru ringkas serta dress Loewe rekaan Jonathan Anderson yang dibiarkan clean.
Apa pandangan anda?