SEARCH

Selebriti Memakai Kemaja T Phenomenally Black Minggu Lepas, Here’s Why…

Selebriti Memakai Kemaja T Phenomenally Black Minggu Lepas, Here’s Why…

Tracee Ellis Ross, Yara Shahidi dan Gabrielle Union antara selebriti ternama yang memuat turun gambar menggayakan kemeja T lengkap dengan slogan Phenomenally Black Khamis  lalu. Ada sebab mengapa gerombolan selebriti ini memilih tarikh bernama tersebut untuk menyarung kemeja T yang dihasilkan oleh organisasi Phenomenal.

Phenomenally Black

Kemeja T berona hitam, berslogan ringkas – frasa yang tak berlebihan, cukuplah tertulis dua perkataan sahaja – namun sangat signifikan dan memberi impak kepada sejarah yang terbetik pada 22 Ogos.

Apa yang mendorong selebriti-selebriti ini seia sekata dan menyahut seruan organisasi Phenomenal dengan menyarung kemeja T ‘Phenomenally Black’, sebenarnya untuk menyedarkan kita bahawa 22 Ogos adalah Black Women’s Equal Pay Day – hari pengadilan buat wanita-wanita berkulit hitam, untuk menerima upah kerja atau gaji yang sama rata dengan bangsa-bangsa lain, terutama sekali lelaki-lelaki ras kaukasia.

Phenomenally Black

Mereka imbas kembali pendapatan yang diterima oleh lelaki-lelaki berkulit putih dari tahun 2018 lepas dan dibandingkan dengan jumlah pendapatan wanita-wanita berkulit hitam sekarang. Apa yang mengejutkan adalah, bagi mendapat mahupun mencapai jumlah pendapatan yang sama rata dengan lelaki-lelaki berkulit putih, wanita-wanita berkulit hitam masih kena bekerja dan berusaha lebih. Sedangkan beban kerjanya sama, malah ada wanita-wanita berkulit hitam yang tanggungjawabnya jauh lebih besar lagi dan tak lupa juga ada yang sudah bergelar usahawan berjaya. Tambahan pula, ada sebilangan wanita berkulit hitam ini seolah-olah mengambil masa bekerja lebih daripada 12 bulan, semata-mata untuk menyaingi gaji lelaki-lelaki berkulit putih.

Dan, lelaki-lelaki berkulit putih ini senang-senang sahaja meraih ganjaran yang dicita-citakan. Menurut Time, wanita-wanita berkulit hitam hanya berpendapatan sebanyak 61 sen, sementara lelaki-lelaki berkulit putih menerima satu dolar! Benarlah kata orang, lelaki-lelaki kulit putih mana pernah rasa dirinya ditindas dan mereka selalu diberi hak keistimewaan (🤷). So, it’s about time!

Phenomenally Black

Oleh kerana diskriminasi upah atau jurang gaji antara lelaki-lelaki berkulit putih dengan wanita-wanita berkulit hitam di Amerika, Phenomenal menjadikan ia dasar utama perjuangannya. Maka terbangunlah Phenomenal bersama beberapa selebriti, yang lantas mengambil langkah menyarung kemeja T ringkas ‘Penomenally Black’, untuk merai hari Black Women’s Equal Pay yang penuh bermakna.

Phenomenally Black

TREND REKAAN-REKAAN PAKAIAN SEBAGAI ‘SLOGAN’ PROTES!
Ayuh, bersempena menyertai sekali perjuangan selebriti-selebriti dan Phenomenal menyambut Black Women’s Equal Pay Day, giliran kita pula untuk imbas kembali pentas-pentas fesyen yang menghidangkan rekaan-rekaan pakaian sebagai ‘kanvas’ untuk melaung kebenaran, menuntut hak dan juga tanda protes.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE