SEARCH

Pierpaolo Piccioli Baru Ke Instagram, Ini 7 Fakta Tentangnya

Pierpaolo Piccioli Baru Ke Instagram, Ini 7 Fakta Tentangnya

Pertama-tama, kami mahu mengucapkan “Welcome to Instagram, Pierpaolo!” Ya, pada tarikh 8 Mei minggu lepas – agaknya tarikh keramat buat Pierpaolo – Pierpaolo Piccioli terjebak ke dunia digital, mengorak langkah pertamanya ke alam Instagram. Sehari selepas tamatnya Met Gala, Pierpaolo seolah-olah sengaja ‘memperkenalkan’ akaun rasmi Instagram peribadinya, barangkali mahu mengatur seiring dengan kehangatan temasya fesyen besar-besaran tersebut.

Post pertama Instagram Pierpaolo yakni @pppiccioli, menampilkan gambar pameran kostum di Met Museum berserta kapsyen “What a start. Proud and happy. Thank you Anna Wintour and Andrew Bolton @metmuseum ‘Heavenlybodies : Fashion and the Catholic Imagination” yang disudahi dengan “Here we are @patmcgrathreal @derekblasbergadalah cara dia memperkenalkan diri ke sosial media.

Tambah-tambah lagi pabila Instagram jenama Moncler – jenama yang berkolaborasi dengan Pierpaolo musim lepas – juga melafazkan “Welcome to Instagram, @pppiccioli!”… so yeah, it’s legit.”

 Jadi untuk merai Pierpaolo ke Instagram, kami kongsikan tujuh perihal Pengarah Kreatif Valentino ini bersama kamu!

1. WELCOME TO INSTAGRAM

pierpaolo piccioli instagram

Pierpaolo masih baru lagi dalam dunia Instagram. Dia baru sahaja membuat akaun rasmi peribadi miliknya minggu lepas. So, let’s give him a warm welcome everyone. Sekali lagi kaami ulang, dia ‘melancarkan’ akaun Instagram tersebut pada hari yang sama Met Gala berlangsung.

2. SEKARANG ERA PIERPAOLO PICCIOLI

pierpaolo piccioli instagram

The man himself, Pierpaolo mula mendapat perhatian. Dia yang bergerak solo sebagai Pengarah Kreatif Valentino – selepas pemergian Maria Grazia Chiuri – seakan-akan meraih peluang yang ada ini untuk menonjolkan dirinya. Sebetulnya, sedari Pierpaolo menyelia jenama Valentino lapan tahun yang lalu lagi sudah mengharumkan nama jenama tersebut. Cuma kami rasa sekarang ini adalah era Pierpaolo. I mean, kita berhenti sejenak bercakap fasal Miuccia, Karl dan yang seangkatan. Let’s just focus on Pierpaolo. Oh, lihat apa yang dia buat pada rekaan kolaborasi bersama Moncler musim ini? Amazing!

3. YA, DIA YANG MENARI DENGAN FRANCES MCDORMAND

Apabila video Frances McDormand menari gila-gila di Met Gala dimuat turun ke Instagram @voguemagazine, kami tertanya-tanya juga, “Siapa lelaki itu?” Susah untuk menangkap wajah lelaki itu sepenuhnya dalam sekilas pandang. Tetapi apabila Vogue membubuh Instagram Pierpaolo dalam kapsyen video tersebut, barulah tahu itu adalah Pierpaolo.

4. PIERPAOLO & MARIA GRAZIA CHIURI PERNAH BEKERJA BERSAMA

Dia dan Maria Grazia Chiuri sudah lama berkawan. Pierpaolo pernah bekerja dengan Maria di Fendi, kemudiannya mereka berdua bersama-sama berhijrah ke Valentino yang pada mulanya bertindak sebagai pereka aksesori. Selepas itu, pasangan duo ini menjaga diffusion line Valentino yakni Red Valentino pada awal 2000-an. Setelah Valentino Garavani berara, barulah kedua-dua mereka diberi tugas sebagai pengarah kreatif di Valentino. Sehinggalah Maria memutuskan untuk berpindah ke Dior, meninggalkan Valentino dan Pierpaolo seorang diri menjadi pengarah kreatif Valentino.

5. VALENTINO MENSWEAR JADI KEGILAAN

Selalunya, sesetengah rangkaian menswear daripada jenama tertentu pasti menjadi kegilaan lelaki saban musim, bukan? Daripada bagaimana Givenchy ‘merekrut’ pengikut-pengikut sendiri, Balenciaga yang berjaya membentuk cult dan pernah sekali juga kemeja serta kemeja T Prada dipakai oleh gerombolan lelaki pada suatu ketika. Percayalah, rangkaian menswear Valentino akan menjadi obsesi di kalangan lelaki kelak! Lihat saja apa Pierpaolo lakukan terhadap rekaan menswear di Valentino. Nampak lebih segar, ultra-moden dan stailish!

6. ROCKSTUD VALENTINO

Pierpaolo dan Maria-lah yang bertanggungjawab dalam melakukan rangkaian aksesori kasut Rockstud yang hadir lapan tahun lalu! Mereka berdua menyemat sifat punk pada item hot seller Valentino ini, lalu menafaskan sesuatu yang baharu pada Rockstud. Ia dipakai oleh selebriti-selebriti, pencinta-pencinta fesyen, influencers dan ramai lagi. Sehingga ia berjaya meningkatkan jualan aksesori Valentino sebanyak dua kali ganda, sejak item tersebut diperkenalkan.

7. PIERPAOLO ADALAH ‘DESIGNER OF THE YEAR’

Valentino Garavani pasti terhutang budi dengan Pierpaolo (dan juga Maria). Kerana Pierpaolo (dan Maria) mampu menemui sukses dan meletakkan Valentino – jenama yang orang anggap terlalu mewah ini – berada di hadapan jenama-jenama lain. Valentino menjadi tumpuan ramai. Baik peminat fesyen mewah mahupun yang high street. Tidak hairan lah Pierpaolo pernah menggondol Designer Of The Year di Instyle Awards dan menerima CFDA International Award.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE