SEARCH

Post-Diwali, Serlahkan Diri Dalam Mod 60an, Warna, Glitter & More Is More!

Post-Diwali, Serlahkan Diri Dalam Mod 60an, Warna, Glitter & More Is More!

Rasanya masih belum terlambat lagi untuk kami ucap… Happy Diwali! Musim perayaan penuh cahaya ini dironai kegembiraan bukan kepalang. Ia datang sekali lagi menjanjikan tahun yang optimis dan mengukuhkan kemajmukan. Hari Deepavali adalah yang paling mengujakan. Kerana terus terfikir untuk menggagahkan hati, mendandani diri dalam gaya-gaya penuh warna dan berkilau-kilau.

Lupakan less is more, fikirkan more is more.

Usai hari Diwali, tip stail hari ini bertumpu kepada ilham semangat warna-warni, gemerlapan dan keindahan. Sudah tentu, pada masa yang sama tidak menepis cita rasa glamor. And indulge a little, won’t hurt. Pakai sesuatu yang menyerakkan kemeriahan dari aspek bandingan warna yang secocok, aceessorising dan menonjolkan diri. Tambahan pula, menyatukan high-low (yes people, high-low is the key word. Always!) untuk mengukur kreativiti kamu dalam hal penggayaan.

Mencelup pengaruh tema gaya mod 60an dengan sematan ultra-moden dan ketersendirian, menjadikan ia lebih menarik. Tidaklah terlalu ‘polos’ dan biasa. Ada penceritaan di sebalik gaya.

Kami kongsi empat tip stail post-Diwali yang bisa kamu rujuk (di bawah). Mengatur seiring item-item daripada high street sehinggalah high end dan pengaruh fesyen 60an, menghasilkan gabung padan yang di luar jangkaan! Tak percaya?

FREE-SPIRIT
post diwali tip stail
Dari kiri : Saint Laurent Paris, COS, Miu Miu, Bottega Veneta & Gucci

Gabungan warna-warna panas seperti kuning dan merah terang bukan sahaja membuktikan keberanian, malah menterjemahkan kelainan. Tak siapa pun pernah terfikir kuning pakai bersama merah, kan? Apalagi bila aksesori warna emas seperti gelang yang menambah loud volume. Tone it down dengan aksesori sporty seperti sniker untuk menampakkan lagak cool.

MAD FOR MOD
post diwali tip stail
Dari kiri : Givenchy, Paul Smith, Zara, Accessorize & Giuseppe Zanotti

Mengambil inspirasi gaya mod 60an – dress, but tinggi bersama skaf leher. Dengan aksesori subang yang seakan-akan dipengaruhi oleh seni bina brutalist lagi, mengentarakan cerminan stail 60an. Padanan warna yang kontra bersama corak geometri psikedelik, benar-benar mengait semangat more is more.

REFORMIS LIBERAL
Dari kiri : Gucci, Marks & Spencer, Topshop, Atelier Swarovski by Mary Katrantzou & Mulberry

Essential gaya 60an adalah baju leher penyu. Tambah-tambah pula ceraian ini digayakan bersama rantai leher chunky, menggambarkan versatility sepasang turtleneck. Dipakai bersama seluar warna merah jambu milenial, terus membuatkan ia melawan kelaziman. Jika rantainya chunky, jangan alang-alang memilih padanan aksesori-aksesori lain. Pilih yang unik terus!

ENTITI ‘YOUTHQUAKE’
Dari kiri : Emporio Armani, Swarovski, Miss Selfridge, J By Jasper Conran & Prada

Satu lagi helaian yang memaniskan kenangan kita fasal fesyen 60an – a babydoll dress! Cadangan kami? Pakai dress babydoll yang padat dengan kilau-kemilau. Dimadukan bersama kasut but tinggi dan kaca mata yang menyerupai bingkai mata kucing, menyempurnakan keseluruhan tema gaya.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE