SEARCH

Prada Adidas ‘Berdialog’ & Imaginasi Orang Fasal Kolaborasinya

Prada Adidas ‘Berdialog’ & Imaginasi Orang Fasal Kolaborasinya

Prada Adidas. Prada For Adidas. Bagai memuncak adrenalin sebaik Prada dan Adidas mengkhabarkan kolaborasi mereka minggu lepas. Dengan kecekapan orang zaman sekarang yang bijak mengakali atau memperolok-olokkan kita dengan berita palsu – ada skil mengedit gambar, mempermainkan akal kita dengan hanya melalui buah mulut dan macam-macam – pada mulanya agak sukar untuk mempercayainya.

Tak putus-putus orang memuat naik gambar beg kertas Prada yang terisi kotak kasut Adidas menerusi IG story masing-masing. Dan setelah melihat akaun Instagram Prada dan Adidas, menguar-uarkan berita tersebut…it’s legit.

Umpama dialog mustahil Prada dengan Elsa Schiaparelli, begitu jugalah dialog yang terjalin antara Prada dengan Adidas. Agak mustahil masa mula-mula mendengarnya, namun itulah yang sebenarnya. Rumah fesyen asal Itali mewah yakni Prada dan jenama sukan terkemuka, Adidas waima berbeza teras, namun mungkin mereka punya satu persamaan : kedua-duanya sudah mengarah kepada teknologi serta kemodenan gaya. Maka tidak sulit untuk kedua-dua jenama ini berganding bahu.

Di luar jangkaan, mengait hubungan untuk merangkakan satu strategi perjalanan kolaborasi yang menaruh harapan baharu buat media fesyen, yang mengamati warisan, teknologi serta inovasi. Inspirasi yang tercetus daripada kolaborasi ini adalah bersendikan kekayaan legasi dan memperbaharui rekaan-rekaan ikonik. Mengadun dua intipati yang sudah signifikan buat Prada dan Adidas, disatukan pada rekaan kasut yang pasti akan menjadi kegilaan gerombolan sneakerhead. Bukan sahaja sneakerhead, malah penggemar Prada dan penggemar Adidas pun.

Here’s what we know so far. Menurut Prada dan Adidas, himpunan kolaborasi ini akan memperlihatkan visi rekaan yang mencantumkan prestasi juga aspek kesukanan Adidas dan identiti leather-goods serta nada mewah Prada. ‘Made in Germany’ bertemu ‘Made in Italy’. Bayangkan. Mungkinkah kasutnya berupa gabungan Stan Smith dengan Cloudbust Thunder – sekiranya betullah ada dua gabungan ini, I’m definitely gonna get one! – atau Linea Rossa yang dikahwinkan dengan Ultraboost Adidas? Apa-apa pun, kami tidak sabar untuk melihatnya pabila dilepaskan nanti!

But, really. Bagaimana rupa Prada For Adidas agak-agaknya? Kami jumpa beberapa ‘imaginasi artis’ yang memunculkan idea gaya rekaan Prada For Adidas. They look real.

 

 

 

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE