SEARCH

Prada ‘Poster Girl’, Kemeja T Dengan Motif Yang Diilhami Oleh Sandiwara Fesyen Prada Sendiri

Prada ‘Poster Girl’, Kemeja T Dengan Motif Yang Diilhami Oleh Sandiwara Fesyen Prada Sendiri

Prada tahu bagaimana caranya memuliakan hasil karya artis seperti Robert E. McGinnis. Oh, before that, kids, do you know who Robert McGinnis is? Robert adalah seorang artis dan pelukis yang sudah mengabir anugerah atas hasil karya seninya. Mustahillah kalau ada antara kamu tak pernah melihat grafik poster filem Breakfast At Tiffany’s dan imej poster filem-filem James Bond yang dulu. Well, Robert adalah artis di sebalik hasil kesenian ini semua! Robert sudah hasilkan lebih daripada 40 poster filem dan oleh kerana sumbangan seninya itu, dia diraikan oleh Society of Illustrators – dengan mennyanjung Robert antara yang tersenarai dalam Society of Illustrators Hall of Fame pada 1993.

Anyway, back to Prada… bagaimana pula ia menjulang Robert McGinnis? Prada menghiasi showspace persembahan musim luruh dingin 2017 dengan menyeratakan poster-poster hasil kerja Robert, menelusuri sepanjang pentas. Karya-karya seni Robert ini menginspirasikan Miuccia, lalu menjadikan ia motif utama untuk himpunan kapsul kemeja T Prada yakni ‘Prada Poster Girl’. Ya! Bersedia untuk koleksi kapsul kemeja T ‘Prada Poster Girl’, lengkap dengan seni visual – yang cukup signifikan buat Miuccia, yakni perihal seni – yang merai grafik menstereotaipkan femme fatale, karakter wanita that we love to hate, si gadis ala ‘erotic thriller’  dan watak provokatif.

Rekaan kemeja T yang asas, hanya sekadar dengan grafik pada bodice depan, membangkitkan estetika feminin seperti mana yang mahu dicapai oleh Miuccia sendiri. Corak poster The Lion House, Velvet Knife dan The 54th Street antara imej utama yang bermain dengan gambaran sensual, selain ada juga ceraian baju panas berleher dan berlengan ribbed yang turut menyetelengkan motif sama. ‘Prada Poster Girl’ kini sudah boleh didapati di stor Prada di Pavilion dan di atas talian, prada.com.

PILIHAN UTAMA ‘PRADA POSTER GIRL’ MUSIM LURUH 2017
CARA STAIL.MY MENGGAYAKAN ‘PRADA POSTER GIRL’

Jika kamu sudah melabur ke atas sehelai kemeja T ‘Prada Poster Girl’, how would you style it? Umumnya, kemeja T adalah ‘staple’ dalam gerobok kamu dan kadang-kadang hendak mengisih gayanya bersama jean itu menjenuhkan juga. Kami cadang, gayakan ia dalam rupa yang bertenaga. Fikirkan apa item-item lain yang ada sinergi dan bisa menjadikan keseluruhan penampilan itu seperti ada ‘kohesi’? Oleh kerana ‘Prada Poster Girl’ menjunjung gambaran si femme fatale, kami cuba melontarkan idea daripada ilham tersebut, namun lebih bersifat lembut, kuat femininity dan sudah tentu, stailish.

(dari kiri) Kemeja T ‘Prada Poster Girl’ siri The Lion House, kaca mata hitam Ray Ban, kutang longgar COS, tali pinggang bertekstur Paul Smith, skirt Western Rivets-patch Coach dan beg tangan Miu Miu.

Hanya sekadar mencuba ya. Kami membayangkan wanita menggayakan kemeja T ‘Prada Poster Girl’ itu dengan kutang longgar dilapis ke atas. Lebih cantik jika tuck in tetapi sengaja membiarkan helaian atas longgar. Leher kutang luas, masih mampu mempertunjukkan motif kemeja T. Seperti wanita tahun 50an atau 60an pun ada. Aksesori adalah final touch up, pakai kasut tumit tinggi lace, dengan tali pinggang untuk mengimbangi gaya. Sedikit dramatik pabila menjinjit beg tangan Miu Miu yang lengkap dengan perincian bulu. All set and you’re ready to go.   

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE