SEARCH

Fesyen & Sustainability, Prada Memperkenalkan Re-Nylon

Fesyen & Sustainability, Prada Memperkenalkan Re-Nylon

Kami suka dengan agenda fesyen sekarang yang lebih berjaga-jaga. Apatah lagi bila menyamperi tahun 2020, industri fesyen mengangkat sumpah untuk tidak membinasakan dunia dan terus melangsungkan inisiatif dalam memelihara alam. Sustainable adalah kata kunci yang dilaungkan sehingga ada yang mengambil langkah besar, mengubah paradigma fesyen masa kini.

Prada adalah di antaranya, dan sederap bangun bersama-sama rumah fesyen lain untuk memadamkan riwayat yang memudaratkan bumi. Langsung, Prada melancarkan Re-Nylon – projek khas yang memperkenalkan siluet beg ikonik nilon Prada, direka bersandarkan sustainability dan terhasil dalam material regenerated nylon yakni ECONYL!

Apa itu ECONYL? Buat yang tidak tahu apa sebenarnya ia, ECONYL adalah regenerated-nylon yarn atau material nilon yang diolah semula dan bisa digunakan semula berkali-kali, tanpa mencelakan kualitinya. Ia melibatkan kerja-kerja seperti mengutip bahan-bahan terbuang – jala ikan, nilon, karpet-karpet juga bahan-bahan industri yang lain – yang diproseskan menerusi prosedur chemical de-polymerization dan menghidupkan kembali nilon kepada rupa asalnya.

fesyen sustainable prada re-nylon

Prada Re-Nylon adalah produk usahasama dengan penghasil tekstil asal Itali yakni Aquafil yang mahir dalam mencipta fiber sintetik. Aquafil cukup dikenali atas kehebatannya mengembangkan penggunaan material-material sustainable dan menghasilkan produk-produk baharu daripada bahan-bahan lama.

Prada Re-Nylon menjangkah ke arah masa hadapan terutama sekali mendukung dasar sustainability tersebut dan Prada menyemat cita-citanya untuk mengubah kesemua himpunan nilon-nya kepada regenerated-nylon ECONYL menjelang 2021! Menurut Lorenzo Bertelli, Ketua Pemasaran dan Komunikasi Prada, inisiatif ini membuatkan Prada bukan sekadar bertunjangkan fesyen semata-mata, namun menjadikan Prada satu jenama yang menyisip tanggungjawab.

Dihasilkan dalam material-material mesra alam, himpunan khas Prada Re-Nylon menghidangkan enam stail rekaan klasik seperti beg belt, beg bahu, beg tote, duffle serta beg sandang untuk lelaki dan perempuan. Prada menafaskan interpretasi unik pada logo ikonik segitiganya yang melambangkan kitar semula juga simbol pembaharuan.

Satu evolusi buat Prada dan a new form of luxury. Menyuntik reinvention ke atas warisan yang signifikan buat Prada, demi masa hadapan yang lebih terjamin! 

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE