SEARCH

Puma dan Bradley Theodore Bersatu Semula Untuk Lelaran Seni

Puma dan Bradley Theodore Bersatu Semula Untuk Lelaran Seni

puma dan bradley theodore

2019 just keep getting better! 23 item terpilih yang menyemat kesenian, ilham yang terbit daripada pengaruh budaya jalanan, akan mula meronai pertengahan bulan Januari 2019. Terima kasih kepada Bradley Theodore yang masih tidak merelaikan hubungan kerjasamanya dengan Puma – mengulang jejak kerjasama dalam merai usia 50 tahun Suede daripada Puma.

Daripada bagaimana ia hanya bermula dengan ajakan yang mengagumi hasil seninya sehinggalah mapan hubungan mereka. Dan sehinggalah Puma, buat kali kedua berkolaborasi dengan Bradley Theodore menghasilkan streetwear staples – yang sarat dengan keindahan grafik serta teknik kerja berusan Bradley. Untuk musim bunga panas 2019, Puma x Bradley Theodore menafaskan warna-warna bertenaga, terang dan dikaitkan sekali dengan simbol kemanusiaan yang memerihalkan falsafah Bradley. Seperti motif-motif tengkorak, hati serta tanda pagar yang membayangkan budaya komunikasi dunia masa kini.

puma dan bradley theodore

Aspek gaya kontemporari yang menterjemahkan stail Puma, himpunan kapsul ini disempurnakan oleh corak grafik dan blok rona dengan cetakan ‘Creativity Is Culture’ yang diiringi ikon signature tengkorak, hasil lukis tangan Bradley sendiri.

puma dan bradley theodore

Koleksi Puma Thunder x Bradley Theodore pula hadir dalam rekaan yang diperbuat daripada material kulit lembut dan lapik jaring, manakala bahagian tapaknya dihiasi TPU berona neon. Siluet klasik Puma Capri turut muncul dalam material kulit lembut, lengkap dengan grafik-grafik licau bersama corak tipografi ‘New York’. Rangkaian kasut court klasik Puma Basket Mid x Bradley Theodore dan Puma Clyde x Bradley Theodore memperlihatkan hasil seni grafik berwarna-warni pada bahagian suku panel kasut tersebut.

puma dan bradley theodore

Bradley terus menggemilangkan kehebatan seninya pada rangkaian pakaian dan aksesori Puma x Bradley Theodore. Seperti jaket bomber yang bisa dipakai terbalik, baju hud, kemeja T, seluar-seluar trek, beg tote dan topi snapback terhias motif-motif grafik, corak tengkorak, imej tulang bersilang, cetakan tiga dimensi juga tekstur sulaman, di mana kesemuanya mencerminkan gaya-gaya streetwear.

puma dan bradley theodore

Puma x Bradley Theodore akan mula dijual di stor Puma KLCC, Sunway Pyramid dan Pavilion bermula 12 Januari nanti!

puma dan bradley theodore

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE