Posted on April 13, 2025

PUMA sekali lagi mencuri perhatian dunia fesyen menerusi pelancaran terbaru mereka – Speedcat Ballerina, kasut bergaya yang menggabungkan elemen feminin Mary Jane dengan sentuhan sporty daripada siluet popular Speedcat.
Mula dilihat di Copenhagen Fashion Week, Speedcat Ballerina menyerlah dengan bentuk ramping yang diinspirasikan daripada kasut pelumba F1, disempurnakan dengan tali elastik di bahagian atas yang mengingatkan kepada gaya kasut balet klasik.

Menampilkan gabungan dua dunia — kelembutan balet dan kelajuan perlumbaan – kasut ini membawa nafas baharu kepada rekaan asal Speedcat, yang mula diperkenalkan pada tahun 1999 khas untuk pelumba F1. Kini, ia diperkemas dengan rekaan lebih moden dan feminin, sesuai untuk wanita aktif yang mahukan gaya unik tanpa mengetepikan keselesaan serta fungsi.
Tersedia dalam pilihan warna menarik seperti hitam-merah jambu dan perak metalik, Speedcat Ballerina bukan sahaja praktikal, malah memberi penampilan yang berani dan penuh karakter. Siluet anggun dan aura sporty menjadikan ia pilihan sempurna buat mereka yang ingin mengekspresikan gaya tersendiri.

PUMA Speedcat Ballerina kini boleh dibeli pada harga RM379 di PUMA.com, butik utama PUMA, JD Sports, ATMOS dan Foot Locker.
Speedcat Ballet Pop-Up di Starhill Piazza

Bagi meraikan pelancaran ini, PUMA bersama JD Sports akan menganjurkan Speedcat Ballet Pop-Up dari 16 hingga 20 April 2025 di Starhill Piazza, Bukit Bintang.
Pengunjung akan disambut dengan pengalaman ‘check in’ ke sebuah motel retro kemudian diberikan sebuah peta perjalanan bersama kunci motel untuk ‘misi’ melengkapkan beberapa checkpoints di sana nanti.
Pengunjung juga boleh bergambar di zon menarik seperti Speedcat Motel Suite dan Gas Station. Kemudia jangan lepaskan peluang untuk nikmati slushie percuma dan reka sendiri keychain eksklusif di JD Sports, Pavilion KL.

Apa pandangan anda?