SEARCH

Ray Ban X Steven Klein: Kolaborasi Kempen Yang Memecahkan Stereotaip Masyarakat

Ray Ban X Steven Klein: Kolaborasi Kempen Yang Memecahkan Stereotaip Masyarakat

Ray Ban X Steven Klein

Ray Ban nampaknya sengaja mahu mencetus sedikit kontroversi pabila mengumumkan kolaborasi Ray Ban X Steven Klein menerusi imej-imej kempen untuk 2017. Walaupun tidak keterlaluan, seperti yang kita sedia maklum, Steven Klein jurugambar yang seringnya mahu sesiapa yang melihat gambarnya berhenti dan berfikir sejenak.

Untuk kempen Ray Ban 2017, tujuh syot dicipta Klein memaparkan penentangan sihat terhadap logik yang diterima dibina sekitar stereotaip – stereotaip yang menghalang kita daripada menjadi diri sendiri. Klein mengabadikan momen di mana protagonis menggoncang tanggal masa silamnya bagi membebaskan diri mereka, menyedari potensi diri, merubah dan membezakan diri mereka daripada yang lain tanpa memandang ke belakang lagi.

Kempen ini terlihat sedikit kurang ajar, tidak beradab tetapi autentik. Meningkat usia 80 tahun ini, Ray Ban sering mahukan konsep autentik yang melambangkan imej jenama ini – lebih kuat, berani dan mengejutkan.

Ray Ban X Steven Klein

Kempen ini ialah tentang kepelbagaian dan individualisme – STEVEN KLEIN

“Keseluruhan konsep kempen ini berdasarkan kepada keinginan mencipta dunia di mana orang meninggalkan satu dunia untuk memasuki dunia lain berpaksi idea tak mahu memandang ke belakang. Satu daripada perkara hebat pabila melaksanakan kempen ini ialah ia sangat autentik di mana setiap pemakai Ray Ban memiliki identiti sendiri dan tidak membiarkan kaca mata itu yang menentukan identiti pemakai,” kata Klein lagi.

Subjek-subjek dalam imej kempen ini memakai kaca mata Ray Ban yang ikonik seperti Ray Ban Aviator, yang klasik Ray Ban Clubmaster, yang baru dilancar semula Ray Ban The General atau yang baru Ray Ban Blaze dan Ray Ban Dean.

RAY BAN X STEVEN KLEIN 

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE