SEARCH

Tip Stail Raya : Tampil Moden Dengan Gaya RTW Syawal Ini!

Tip Stail Raya : Tampil Moden Dengan Gaya RTW Syawal Ini!

Membilang hari, tinggal dalam lebih kurang seminggu lagi nak Raya! Berlayar kita di bulan Ramdahan, bukan sahaja menyulam amalan dan menabur budi, malah sampai jangkanya untuk persediaan Syawal nanti. Langsung, bila menyentuh sahaja bab persediaan, sudah tentulah baju Raya apa dan bagaimana gayanya yang berkeliling di minda.

Pendapat peribadi kami? Opt for something new. Something fresh. Seandainya baju Raya jenama pereka lokal yang menjadi keasyikan tak sempat dibeli atau kod promo atas talian tidak berhasil…. cadangan kami adalah, bergaya dalam pakaian sedia pakai, mempelbagaikan jenama (dalam satu gaya) dan jangan takut menyatukan high dengan low!

HARI RAYA PERTAMA

Floral bertemu floral. Menggayakan helaian-helaian bercorak bunga atau organik di hari Raya adalah ‘normal’. Jadi tak salah menggabungkan dua ceraian yang memimik siluet baju kurung bercorak bunga-bungaan. Dress bercorak bunga-bungaan paras lutut dimadukan bersama skirt bercorak tropikal – kedua-dua ceraian dalam keluarga rona yang sama. Anting-anting berupa geometri (rona kontra) untuk melawan sifat organik pada pakaian dan kaca mata playful ini sebagai penambah seri.

HARI RAYA KEDUA

Sewaktu mendatangi rumah-rumah teman di hari Raya kedua, bertemu saudara-mara dan seumpamanya. Datang berkunjung dalam penampilan yang lebih stailish. Tidaklah terlalu lazim. Kemeja dress berkolar dan bercorak bunga (dalam fabrik lembut) dipakaikan dengan skirt lembut polos, – ala-ala fabrik satin – untuk memperlihatkan kreativiti dalam mengecap gaya modesty. Beg bucket seperti beg raga melengkapi look dan jika mahu sedikit elegan, tak salah sarung kasut tumit tinggi.

HARI RAYA KETIGA

Bila masuk hari Raya ketiga dan keempat, gaya beraya selalunya sedikit kasual atau lebih santai, kan? Kami fikir untuk hari Raya ketiga, lupakan seketika corak-corak botani atau floral dan apa kata go for something simpler or colour blocking. Kemeja dress collarless berona semulajadi dibalas skirt blok rona panas. Bagi meneruskan tema rona panas, kasut yang dipilih pun daripada pelet sama. Dan tali pinggang untuk membaharui siluet.

HARI RAYA KEEMPAT

Nah, Raya keempat lebih bersahaja. Tidak perlu pakai dua tiga ceraian, cukuplah sekadar dress labuh yang padat corak dan berparas buku lali. Shawl dijadikan sebagai skaf kepala – untuk menjelmakan gaya bohemian – dan sarung kasut flats untuk nampak lebih relaks. Gaya ini super-kasual, amat praktikal dipakai ketika sibuk berjalan-jalan. Selesa dan membuatkan diri rasa lapang.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE