Posted on September 22, 2023
‘A-LIFE MENGUASAI MAYAPADA DI KEMUDIAN HARI ADALAH SATU PARADOKS? BIOSFERA YANG DICABAR OLEH ARTIFISIAL YANG TERJELMA KELAK HANYALAH SATU KANVAS ILUSI SAHAJA?’ TETAPI DEMI KESENANGAN, KITA MENYANGGUPI SEGALA. BERGADAI NYAWA UNTUK MEWUJUDKAN TAMADUN BAHARU. BERLAWANAN AGAR TAK KECICIRAN. PERSOALANNYA, ADAKAH KITA BERSEDIA?
STAIL.MY MENCEREKAKAN ‘REALIS ARTIFISIAL’ BERSAMA HELAIAN-HELAIAN MUSIM LURUH DINGIN 2023.
PENATA GAYA & TEKS : ARDI IDEWANI ZAINI FOTOGRAFER : AZIM MAHAYUDIN (AM STUDIO)
PENGARAH KREATIF : MERRISSA EMILDA VIDEOGRAFER : JUFRI JAMAL
PEMBANTU STUDIO : LUQMAN ARIF & AMIRUL SYAKIR SOLEKAN : ELMANDA ZUHAIRY
MODEL : ALYSSA SAFURA (WU MODELS)
“Pemajuan kecerdasan buatan yang pesat mampu menamatkan bangsa manusia.” – Stephen Hawking
SEPERTI APA YANG TERBAYANGKAN DALAM GENRE DUNIA SUBTRAKTIF ITU MUSTAHIL TAKKAN TERJADI. MENYISIH REALITI, SEHINGGA FANTASI ITU BENAR-BENAR WUJUD.
Atau ia hanyalah sesuatu doktrin untuk mengabui mata kita, mungkin. Mainan ilusi untuk mempersendakan jiwa manusia
BOLEH JADI IA MEMBAWA PEMIKIRAN BAHARU – “INI ADALAH BAYANGAN KEMAJUAN HIDUPAN DI LUAR ANGKASA SEBENARNYA… DI ALAM SEMESTA LAIN?”
Apa pandangan anda?