SEARCH

Karpet Merah Emmy Awards 2019, Bak Berada Di ‘Candy Shop’!

Karpet Merah Emmy Awards 2019, Bak Berada Di ‘Candy Shop’!

Berhimpunnya stans, menanti-nanti siri serta watak kegemaran mereka sama ada merangkul anugerah atau tidak. Emmy Awards 2019 kembali lagi semalam, mempertontonkan glamor bintang-bintang ternama berkerdipan. Lebih-lebih lagi bila pertaruhan gaya bukan kepalang bintang-bintang ini, hadir menggempur, menggelinjang di atas karpet merah sebelum mengetahui siapa pemenang-pemenangnya. The best moment!

Sejujurnya, Emmy Awards yang berlangsung di Microsoft Theater di Los Angeles semalam seperti ada detik ‘yeah’ dan ‘meh’. Pertama-tama Billy Porter membawa pulang anugerah pelakon lelaki terbaik untuk kategori siri drama – menjadikan dia pelakon lelaki homoseksual berkulit hitam yang pertama meraih anugerah pelakon lelaki terbaik – dan terbetik sejarah Emmys. Serasa bangga kerana Emmys mengenali bakat hebat pelakon siri Pose tersebut, tambahan haluan anugerah ini berhala ke inclusivity.

Namun Jodie Comer yang beroleh kejayaan pelakon wanita terbaik untuk siri drama – siri drama Killing Eve – diperdebatkan. Bukannya menyangkal merit Jodie kerana dia adalah pelakon yang bagus, cuma the fact dia mengalahkan bintang gandingannya yakni Sandra Oh, adalah sesuatu yang menimbulkan persoalan. Kerana Sandra sudah lapan kali tercalon, lakonannya dipuji, mendapat reviu positif menerusi drama Killing Eve, tetapi sampai ke sudah masih belum memenangi Emmys.

And now, onto other stories. Ayuh berbicara fasal satu-satunya perihal yang tak lekang jadi percakapan setiap kali adanya acara anugerah : best dress or best look! Kali ini kami ada pilihan sendiri siapa best dress di Emmys 2019. Kami sedar, karpet merah Emmys semalam seakan-akan mengeset satu trend tertentu yakni gaya dress tidak lebih daripada dua rona, dalam pelet-pelet pop juga fluro dan menyanggah tradisional ‘karpet merah Hollywood’! Bak berada dalam candy shop.

Kami tidak mahu bercakap tentang dress-dress kemilau, bergemerlapan dan seumpamanya. No. Kerana dress-dress sebegini sudah terlalu biasa terlihat. Jadi, tolak ke tepi semua itu. Pilihan bintang-bintang ternama menggayakan dress atau gaun dalam rona yang disebut di atas tadi – tidak lebih daripada dua rona, pop dan fluro – ke Emmys tersenarai dalam ‘Best Dress’ kami. Penampilan mereka benar-benar mengajak kami untuk mempertimbangkan semula opsyen warna dalam penggayaan. Melihat pelakon Greta Lee menyarung dress hijau pendarfluor berkilat daripada Christopher John Rogers seakan-akan menafaskan kesegaran di atas karpet merah. It’s just… so, really fresh!

emmy awards 2019 red carpet

Rona-rona kandi sepertikan manisan ini tak terhenti di situ sahaja. Mandy Moore pun sama, meletakkan kepercayaan ke atas Brandon Maxwell untuk mereka dress blok rona merah menyala dibalas merah jambu seperti alusmitai, buat dirinya. Tambahan dengan rona rambut brunette-nya lagi, menyerlahkan seri Mandy.

Siapa lagi, selain Greta dan Mandy, yang menggayakan rona-rona terang, pop atau fluro yang STAIL.MY senaraikan sebagai ‘Best Dress’ di Emmys 2019?

Susan Kelechi Watson

Taraji P. Henson

Janet Mock

Jameela Jamil

Dascha Polanco

Angela Bassett

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE