SEARCH

Saint Laurent Paris Ke Miu Miu : 10 Kasut Bertumit Musim Luruh Untuk Kamu Yang ‘Fetisy’ Sesuatu Yang Unik

Saint Laurent Paris Ke Miu Miu : 10 Kasut Bertumit Musim Luruh Untuk Kamu Yang ‘Fetisy’ Sesuatu Yang Unik

saint laurent

Is this gonna be a thing? Kasut tumit tinggi terpateri dengan kasut roda? Whatever the reason is, rangkaian kasut Anja daripada Saint Laurent Paris ini, walaupun dipandang seperti impractical, namun ia mencampurkan inovasi yang bukan calang-calang terbangkit daripada akal budi Anthony Vaccarello. Kami menanyai kamu, apakah kamu akan pakai kasut sebegitu? I don’t see why not! Kasut Anja dengan roller ini mampu menginjeksi statement, kendatipun penampilan kamu serba ringkas.

Kasut bertumit untuk musim luruh tidak bernada sayu seperti mood musim itu sendiri. Sebaliknya, menjanjikan estetika unik, tersendiri dan barangkali, luar biasa untuk si wanita. Sempurna-lah shoeporn, shoe selfie atau melengkapkan hashtag SOTD, punya sesuatu yang terbawakan atau untuk dipamerkan. Kasut bertumit kali ini yang sedikit ‘ekstra’ – or I would rather say very ‘extra’ – menyongsong arus normal gaya kasut si perempuan. Kamu tahu, siapa yang bisa pull off gaya-gaya kasut sebegini? Kami mengkhayalkan Willow Smith mahupun Rihanna.

saint laurent

Rihanna membungkam celaan orang fasal tubuhnya, mengaburi mereka dengan kemunculan dia dalam Prada head to toe sewaktu tayangan perdana filem Valerian and the City of a Thousand Planets. Ditambah lagi kehadiran Rihanna itu memakai kasut bertumit Prada dengan perincian bulu, menegaskan penampilan dia yang cukup berani. Dia yakin dan tidak gentar dengan apa-apa pun. Menunjukkan bahawa Rihanna beri perhatian bukan saja pada atas tubuh malah pada hujung kakinya juga. Jadi, sudah fikir kasut mana yang akan menyerakkan inner Riri kamu? Kami saran dan cadangkan sepuluh kasut bertumit musim luruh dingin ini yang mampu memperhambat hati kamu nanti!

10 KASUT UNTUK KAMU YANG ‘FETISY’ KEUNIKAN & LUAR BIASA

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE