SEARCH

5 ‘5-Mins Facts’ Fasal Saint Laurent Paris Lelaki S/S 2019

5 ‘5-Mins Facts’ Fasal Saint Laurent Paris Lelaki S/S 2019

Minggu lepas, Saint Laurent Paris menongkah arus. Sesampainya bulan Jun, yakni bulan minggu fesyen lelaki, Saint Laurent Paris atau SLP mengambil keputusan untuk ‘memecah tradisi’, meloloskan diri daripada kalendar biasa minggu fesyen lelaki, tidak mengadakan pertunjukan di Paris dan merantau ke bumi Amerika untuk mempersembahkan himpunan lelaki musim bunga panas 2019.

Tidak berada di Paris, sebaliknya SLP ke kota New York dan mementaskan pertunjukannya lebih awal daripada kalendar normal minggu fesyen. Oh well, what’s new? It is like a thing now in fashion. Menjadi pemberontak. Tidak mahu lagi menyertai susunan jadual yang ditetapkan oleh minggu fesyen, bergerak secara solo, menerbitkan pertunjukan co-ed dan memilih lokasi (untuk pertunjukan) yang berselisih dengan tempat asal lahirnya jenama tersebut. Dan, SLP menggenggam tekad yang sama.
saint laurent paris spring summer 2019 new york

Ini janji Anthony Vaccarello yang dikatakan tidak mahu dibiarkan sebagai angan-angan kosong. Setelah Anthony diamanahkan untuk menyelia SLP, dia menyemai aspirasi untuk membawa pembaharuan buat ke atas jenama tersebut. So, there you go.

Namun barangkali penangan Hedi Slimane, agak payah untuk Anthony mengubur tatalaku glam rock atau imej grunge yang bagai sudah ‘menjeleket’ dengan SLP. Waima Anthony mahu membaharui SLP, ia takkan beranjak daripada lingkungan… orang kata, jati dirinya – pertembungan antara klasik dengan provokasi, kebendaliran maskulin dengan feminin dan inspirasi artistik, seperti mana yang diperjuangkan oleh mendiang Yves Saint Laurent sendiri.

5 FAKTA ‘5-MINIT’ SAINT LAURENT PARIS S/S 2019
1. MENGAPA NEW YORK?

Anthony Vaccarello memilih New York dan mementaskan acara di sana atas beberapa faktor. Kenangan buat Yves Saint Laurent – di mana YSL pernah melancarkan haruman Opium di New York pada tahun 70an dan pada tahun 80an, dia diberi penghormatan oleh Metropolitan Museum – kiranya meninggalkan bekas buat Saint Laurent Paris. Salah satu lagi adalah kerana Anthony sendiri mahu menjulang New York sebagai idea utama yang mendasari himpunan musim bunga panas 2019 kali ini. Ada sesuatu fasal New York terutama sekali ketika era 70an yang mempengaruhi minda Anthony.

“New York is freedom, a city brimming with energy and possibilities: the perfect backdrop to frame the spirit of this menswear collection.”
2. LIBERTY STATE PARK, NEW JERSEY

Yup, Liberty State Park, New Jersey… to be exact. Pertunjukan SLP musim bunga panas 2019 bukan berada di kota New York, as in, di New York. Namun, ia berada di seberang Sungai Hudson, di Liberty State Park. Undangan-undangan yang hadir diberi layanan istimewa menaiki feri, mengharungi Sungai Hudson untuk ke lokasi acara. Pertunjukan secara terbuka, disempurnakan set showspace rangka aram-aram yang membangkitkan atmosfera industrial dan yang penting, berlatarkan Manhattan pada waktu malam. Itulah yang dicita-citakan oleh Anthony yakni latar belakang gah Manhattan – Anthony seperti ada satu ‘obsesi’ terhadap latar belakang ikonik yang menghiasi pertunjukannya (ingat lagi musim luruh dingin 2018 yang berlatarkan Menara Eiffel?)

3. KOBOI MODEN + 70AN?

saint laurent paris spring summer 2019 new york

Midnight Cowboy yang dipertemukan dengan estetika 70an menjadi pangsi inspirasi SLP musim bunga panas 2019. Menghidupkan interpretasi baharu – dari aspek pola, stail, butiran juga tekstur. Apa yang ketara adalah seluar boot cut dan siluet glam-rock-70s yang menegaskan hala tuju kreatif Anthony berpandukan koboi dengan era 70an. Dia benar-benar merujuk kepada elemen Barat dan apabila dikaitkan dengan lokasi bumi Amerika yang menjadi pilihan Anthony, it made sense. New York, koboi, kenangan Yves Saint Laurent dengan New York… get it?

4. MAJORITI HITAM

saint laurent paris spring summer 2019 new york

Warna hitam menguasai pentas SLP musim bunga panas 2019. Hitam menjadi trend pelet utama, seolah-olah mencerminkan sesuatu yang intensely-dark fasal himpunan ini.

5. GLITTER ON BODY = NEW EVENING LOOK

Menurut kata Anthony dalam Vogue.com, “different interpretation of evening couture, for men, without having volume.” Entah apa yang berbegar di dalam akal Anthony, tetapi semburan bergemerlapan ini baginya menterjemahkan glamor optimum dan interpetasi baharu evening wear untuk lelaki. Jadi, lelaki, bersedia untuk tayang tubuhmu di acara formal musim bunga panas akan datang?

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE