Posted on March 7, 2026

Dari TRX ke Sunway Pyramid, Sam Edelman menyulam strategi runcit yang lebih intim sambil memperkenalkan koleksi Spring/Summer 2026 — koleksi yang meraikan versatiliti sebagai bentuk kemewahan moden.
Bagi wanita hari ini, gaya bukan lagi tentang satu identiti tunggal. Ia tentang transisi — dari mesyuarat pagi ke makan malam eksklusif, dari rutin harian ke momen perayaan. Memahami rentak ini, Sam Edelman memperkukuh kedudukannya di Malaysia dengan dua pembukaan signifikan di Lembah Klang, selari dengan pelancaran koleksi Spring/Summer 2026 yang menekankan kebebasan bergerak dalam gaya.
Ini bukan sekadar peluasan lokasi. Ia adalah pengukuhan hubungan dengan wanita moden yang menuntut lebih daripada sekadar estetika.

Ruang Premium di Nadi Kota
Di dalam gedung eksklusif SEIBU di The Exchange TRX, Sam Edelman memperkenalkan ruang in-store pertamanya — sebuah langkah strategik yang meletakkan jenama ini di tengah-tengah landskap runcit premium ibu kota.
Ruang tersebut direka dengan pendekatan minimalis kontemporari: garis bersih, tona hangat dan sentuhan emas lembut yang mencerminkan keseimbangan antara kemewahan dan kemudahan. Ia terasa eksklusif, namun tidak mengintimidasi — satu interpretasi tepat terhadap falsafah accessible luxury yang menjadi teras jenama.
Kehadiran di TRX bukan hanya soal alamat berprestij, tetapi simbol kematangan jenama ini dalam memahami pasaran tempatan yang semakin sofistikated dan selektif.

Mendekati Komuniti Gaya di Sunway Pyramid
Meluaskan horizon ke Selangor, Sam Edelman membuka butik pertamanya di Sunway Pyramid — sebuah destinasi beli-belah yang sinonim dengan kepelbagaian dan dinamisme.
Pembukaan ini hadir tepat menjelang musim perayaan utama, ketika gaya menjadi bahasa ekspresi paling jelas. Butik ini menawarkan pengalaman runcit yang lebih imersif, memberi ruang kepada pelanggan untuk meneroka koleksi mereka secara lebih dekat.
Menurut Gina Goh, Pengarah Urusan Asia Tenggara Sam Edelman, wanita Malaysia hari ini menghargai versatiliti. Mereka mahukan rekaan yang mampu bergerak antara pelbagai suasana tanpa kehilangan identiti. Butik di Sunway Pyramid menjadi jawapan kepada keperluan ini — mendekatkan jenama kepada komuniti yang aktif, kosmopolitan dan sentiasa berevolusi.

Spring/Summer 2026: Versatiliti Sebagai Pernyataan
Koleksi Spring/Summer 2026 hadir dengan pendekatan yang lebih matang dan intuitif. Siluet klasik diberi sentuhan segar melalui material bertekstur, kemasan metalik lembut dan palet warna yang elegan.
Sandal bertali minimalis memberi sentuhan santai yang lebih refined, loafer berstruktur membawa aura profesional yang moden, manakala kasut tumit melengkapkan helaian malam secara effortless namun masih memberikan aura sophisticated. Setiap rekaan dicipta untuk mengiringi pelbagai bab dalam sehari — praktikal tanpa mengorbankan impak visual.
Dengan dua lokasi baharu di Lembah Klang dan koleksi yang menekankan gerak bebas dalam gaya, Sam Edelman memperlihatkan visi yang jelas: fesyen harus selari dengan kehidupan sebenar. Dalam dunia yang menuntut kelajuan dan fleksibiliti, jenama ini menawarkan sesuatu yang lebih subtle.





















.gif)

Apa pandangan anda?