SEARCH

The Unsung Style Icon : Sarah Linh Tran

The Unsung Style Icon : Sarah Linh Tran

Is it bad… kerana tidak timbul di kepala akan sosok Sarah Linh Tran sebagai ikon stail pilihan? Sama ada tercicir dari ingatan atau terlupa, mahupun sebabnya adalah Sarah Linh Tran orangnya tidak menonjolkan sangat dirinya?

Namun, apa-apa pun, Sarah adalah ikon stail yang wajar diberi perhatian kali ini dan mengapa? Kerana setiap satu gaya yang ditampilkan oleh Sarah, semuanya relatable. Effortless, acuh tak acuh, bersahaja, minimalistic, modest, terkadang sepertikan merengsa like “I’m just gonna put whatever on me” dan yang paling penting, gayanya tidak menyempadani antara feminin dengan maskulin. Pendek kata, gender-fluid.

Pereka bersama untuk jenama Lemaire – pasangan Christophe Lemaire – Sarah menggambarkan satu ‘panache’ yang nyata berbeza, lantas memperlihatkan dirinya yang unik. Sewaktu dia berjalan bersama Christophe melewati pentas Lemaire di setiap finale pertunjukan fesyennya, mata pasti terpusat terus padanya. Cara dia memadankan rona pakaian yang tak lebih daripada dua atau tiga rona, ada ketikanya menggayakan rona-rona asas dan ada ketikanya memakai ceraian bercorak, menggabungkan ceraian yang bersaiz besar atas bawah serta tidak berlebih-lebih dari aspek memakai aksesori… semuanya nampak seperti done right.

Kami lihat penggayaan Sarah umpama ‘seragam’ buat dirinya, yang sudah melekap menjadi identitinya. Sesungguhnya, Sarah adalah rujukan atau teladan terbaik buat yang mahu bergaya sepertinya. Pelik juga, kerana tidak banyak orang bercakap fasal Sarah sedangkan gaya-gayanya (bagi kami) harus diperkatakan. Seperti yang kami jelaskan awal-awal tadi, barangkali Sarah orangnya low-profile, memiliki personaliti yang tidak terlalu loud dan seorang yang bersederhana. Maka, dia tidak diendahkan sangat? Tetapi, oleh kerana sifat-sifatnya itulah, Sarah seyogia dijulang sebagai ikon stail moden masa kini!


Untuk mengenali serba sedikit fasal gaya pereka bersama untuk jenama Lemaira, Sarah Linh Tran, kami breakdown beberapa penampilannya yang kami suka!

sarah linh tran style icon

Gambar daripada vogue.com

Gambar daripada vogue.com

 

 

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE