SEARCH

September Issue Is Here! Apa Yang Menarik Terkandung Dalam Bulan Fesyen Kali Ini

September Issue Is Here! Apa Yang Menarik Terkandung Dalam Bulan Fesyen Kali Ini

Bulan September yakni bulan fesyen… telah tiba! Kami mahu memberi penghormatan buat bulan yang penuh stail juga bulan yang menandakan masuknya musim luruh. Daripada gaya-gaya terbaik ‘red carpet season’ sehinggalah alat mainan fesyen jenama terkemuka, inilah yang sudah kami himpun untuk dikongsi bersama kamu!

RED CARPET MOMENT, 10 GAYA TERBAIK VMA 2017 & VENICE FILM FESTIVAL

Dua minggu berturut-turut, dua acara gemilang yang mengelompokkan selebriti-selebriti dan nama-nama besar industri hiburan antarabangsa berlangsung di dua lokasi berbeza. Satu di California, Amerika dan satu lagi di Venice Lido, Itali. Di California minggu lepas menyaksikan temasya Video Music Awards 2017 yang mempertaruhkan kemenangan besar Kendrick Lamar dan dihoskan oleh Katy Perry.

But for some reason, ia mencatat kadar rating terendah dibandingkan dengan tahun-tahun sebelumnya. Hmmm. Dan minggu ini, masih bersemarak lagi hangat riuh keramaian Venice Film Festival ke 74 di Venice Lido, menghimpun sosok-sosok terhebat industri filem yang tak beralah bergaya.

Bagaimanapun, fokus kami adalah momen karpet merah! Untuk Video Music Award dan Venice Film Festival yang mengisih sepuluh gaya terbaik – lima terbaik di Video Music Award dan lima lagi di Venice Film Festival. Ini adalah pilihan-pilihan kami!

10 ‘THE BEST’ VENICE FILM FESTIVAL & VIDEO MUSIC AWARD

SELENA GRACE BAG DARIPADA COACH!

Kata Selena Gomez, ini bagaikan satu inisiasi yang cukup peribadi baginya. Kerana setip satu rekaan itu disempurnakan dengan mesej positif daripada Selena, khusus buat penggemar-penggemar jenama Coach. In a way, ini cara Selena untuk berkomunikasi secara tidak langsung. Integrasi antara Selena Gomez dan Coach, memperkenalkan beg Selena Grace, yang direka oleh Selena sendiri bersama kolaborasi curahan idea daripada Stuart Vevers.

And good news everyone, koleksi beg Selena Grace akan dilancarkan pada bulan September ini! “Sepanjang proses rekaan, kami meletakkan kualiti yang dikehendaki oleh Selena dan mencipta sesuatu yang berbentuk personal buatnya,” kata Stuart. Rekaan beg-beg Selena Grace mencerminkan identiti Amerika – mengiringi imej Coach – dengan double handled carryall. 

Dan mesej-mesej positif yang disertakan oleh Selena itu pula dicoretkan pada hangtag seperti “To Be You Is To Be Strong” dan “Love Yourself First”. Bag charms, dompet dan beg gelang tangan sebahagian daripada himpunan Selena Grace. “Beg ini sangat versatile. Bisa dijinjing ke mana-mana dan dipadankan dengan apa jua gaya,” jelas Selena.

WHAT?! ALAT MAINAN FIGURA #DGFAMILY DOLCE & GABBANA?

Fashion is just about having fun! Ya! Dolce & Gabbana memperkenalkan set mainan figura (no, kidding. Toys, people) yakni #DGFamily Toy Box Set yang akan mula dijual di stor-stor permainan kanak-kanak pada September ini. Set mainan #DGFamily hadir dengan karakter-karakter – sudah tentu Domenico dan Stefano, bersama watak-watak haiwan seperti Mimmo, Toto dan Rosa yang kesemuanya Labrador puppy juga Zambia, Togo, Mali serta Togo, sekumpulan kucing Bengal. 

Al kisah di sebalik set mainan #DGFamily memerikan Stefano, pereka asal Milan yang sukakan bunga-bunga ros dan era Baroque bersama temannya, Domenico, si tukang jahit dari Sicily yang mahir dalam sartorial cut. Kehidupan mereka bersama haiwan-haiwan peliharaan, meriwayatkan Stefano mengerah tenaga dan idea memikirkan warna juga fabrik apa yang harus digunakan untuk rekaan-rekaan mereka.

Manakala Domenico pula sibuk dengan gunting, jarum dan benang di tangannya untuk menyiapkan rekaan-rekaan tersebut. Zambia, Coco, Congo, Mimmo dan lain-lain pula berkasi nakal di sana-sini, mengelilingi pasu-pasu bercorak Baroque juga buku-buku fesyen dan fotografi. Dalam set kotak itu, menyeratakan kisah kehidupan Stefano dan Domenico yang ringkas, tentang kecintaan dan fantasi. I think, we’re gonna get one for ourselves!

‘SISTER’ LABEL PROENZA SCHOULER, “THE WHITE LABEL”

Pertama sekali, Proenza Schouler tidak akan lagi mengesetkan persembahan rekaan mereka di kota New York. Paris menjadi lokasi pilihan untuk pertunjukan mereka bulan ini. Keduanya, Proenza Schouler bakal memunculkan label yang bersifat kasual dan slightly lower price? 

Benar! Proenza Schouler mengeluarkan label sekunder yang khabarnya dinamakan sebagai “The White Label”, yang terpacul daripada si duo Jack McCollough dan Lazaro Hernandez. Katanya, ia bukan label diffusion, sebaliknya lebih kepada label ‘sister’ – di mana rekaan-rekaan yang ditampilkan lebih kasual seperti jean dan kemeja T.

Sememangnya antara ceraian-ceraian yang pernah diselitkan menjadi sebahagian daripada himpunan mereka saban musim. Semenjak kemasukan Ketua Pegawai Eksekutif baru mereka, Judd Crane, idea melahirkan label kedua ini adalah antara langkah besar yang diambil oleh proenza Schouler selepas perancangan menganjakkan pertunjukan ke persada Paris.

Fall 2017 Backstage by @landonnordeman #proenzaschouler

A post shared by Proenza Schouler (@proenzaschouler) on

Ada yang mengatakan “The White Label” ini adalah inisiasi bijak oleh pereka duo ini. Kerana mengeluarkan himpunan yang kiranya accessible untuk semua orang. Dengar-dengar “The White Label” akan dilancarkan pada November, cuma belum ada susulan lanjut lagi fasal jenama ini. Whatever it is, kami tidak sabar menanti!

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE