SEARCH

Silver Tetsuya A.K.A @slvr.tty Adalah Ikon Fesyen 2019!

Silver Tetsuya A.K.A @slvr.tty Adalah Ikon Fesyen 2019!

Silver Tetsuya is my spirit animal! Seandainya bila sudah lanjut usia kelak, mencecah angka emas, rujuk saja Instagram @slvr.tty sebagai panduan fesyen. Seriously, no kidding. Lihat bagaimana individu berumur 84 tahun ini, tidak pesimis terhadap dirinya sendiri. Menjadilah dia seorang ikon fesyen, bukan sahaja untuk orang yang seusia dengannya malah buat generasi baharu semasa!

Sejujurnya, terima kasihlah media sosial serta teknologi masa kini kerana memberi akses kepada kita untuk tak lagi melayang jauh memikirkan apa atau bagaimana agaknya rupa dunia luar. Senang nak melihat budaya dunia yang sungguhpun beribu batu dari mana kita berada. Dan tak sangka, di utara bumi, di Jepun, nampaknya ada jelmaan seseorang berpangkat ‘atuk’ yang ligat berfesyen, mengenakan pakaian-pakaian daripada jenama high end dengan high street, bergaya bak fashion influencer.

Ingat lagi kami pernah berborak fasal Ernestine Stollberg, insan berusia 95 tahun yang bergelar model untuk salah satu butik di Vienna, Austria? Kali ini, kami menemukan ikon fesyen lelaki pula, yakni Silver Tetsuya (@slvr.tty)!

Menurut @nowthisnews, semua ini bermula daripada cucu kepada Silver Tetsuya, Naoya Kudo yang mempersiapkan datuknya dalam helaian-helaian jenama mewah. Louis Vuitton, ke Loewe, ke Issey Miyake, Givenchy, Vetement… namakan saja, semuanya sudah digayakan oleh Silver Tetsuya. Naoya menangkap gambar Silver Tetsuya – menggayakan helaian-helaian jenama mewah ini, yang sebenarnya milik Naoya sendiri – di sekitar lokasi yang berdekatan dengan tempat tinggal Silver Tetsuya. Termasuklah berlatarkan sebuah sekolah di mana Silver Tetsuya pernah berkhidmat sebagai pengetua.

Gambar-gambarnya tular di Twitter, lalu dunia fesyen terpegun terpukau dengan kewujudan individu bergelar Silver Tetsuya ini! Menjulang dirinya sebagai ikon fesyen 2019.

Bak kata The Cut, “2020 is in 6 months. Don’t let anyone waste your time.” Jadi, jangan buang masa, follow saja Silver Tetsuya kerana percayalah, it’s worth your time. Tak rugi apa-apa pun, kamu bisa belajar bagaimana untuk berfesyen daripadanya.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE