SEARCH

Uh-Oh, The Ultimate Spring Summer 2019 ‘Bucket List’ Shoes!

Uh-Oh, The Ultimate Spring Summer 2019 ‘Bucket List’ Shoes!

Baik, kami sudah mula merancang spring summer 2019 bucket list. Usai saja minggu fesyen Paris minggu lalu, menandakan tamatnya bulan minggu fesyen musim bunga panas 2019. Daripada pertengkaran Cardi B dengan Nicki Minaj, ke persembahan debut Riccardo Tisci untuk Burberry sehinggalah pentas suasana senja yang magnifique daripada Saint Laurent, semua itu kami tolak ke tepi dahulu. Mata kami bertumpu kepada… kasut, kasut dan kasut!

Yes ladies! Inilah masanya untuk mula mengumpul duit, laburkan pada aksesori-aksesori kasut musim bunga panas 2019 yang kami suka!

Seperkara tentang trend aksesori kasut musim bunga panas 2019 adalah ia tidak terhad kepada satu gaya sahaja. Ia lebih bervariasi dari aspek opsyen dan cita rasa yang pelbagai. Kasut but platform tinggi, sandal dengan tapak penuh studs, the ala-gladiator ‘that making its comeback’, peep-toe versi baharu dan banyak lagi meraih perhatian sepanjang berlangsungnya minggu fesyen bulan ini.

Memelihara komitmennya terhadap sustainable fashion, aksesori kasut Stella McCartney antara yang termasuk dalam bucket list kami. Highlight aksesori kasut Stella McCartney musim bunga panas 2019 ini banyak berteraskan supersize. Dia berani mengembalikan era Spice Girls, menampilkan kasut-kasut platform tebal 90an dan disesuaikan dengan kerelevanan fesyen masa kini. Sandal dan kasut paras buku lali yang kami jamin akan menjadi obsesi pencinta-pencinta fesyen.

Oh, bercakap tentang tapak kasut tebal, kamu tahu apa yang mengejutkan? Michael Kors. Michael Kors pun tidak ketinggalan mengetengahkan trend kasut paras buku lali dan bertapak tebal. Disempurnakan lagi dengan corak zebra, ia menafaskan keunikan dan ketersendirian. Sesuatu yang juga boleh dipertimbangkan nanti, ya?

Dan kamu ingat aksesori kasut yang dilengkapi simpulan tali berselirat tidak membuat kemunculan sebagai trend? Ek, you’re wrong! Marni dan Dior menjadikan kasut-kasut tapak rendah juga rata dengan simpulan tali sebagai aksesori utama mereka. Yang menariknya, kasut-kasut sebegini yang mengingatkan kita pada sejarah kasut empayar Roman atau Greek adalah the perfect fit untuk musim panas. Marni and Dior, you read our minds!  

spring summer 2019 bucket list shoes accessories trend

STELLA MCCARTNEY

PRADA

MICHAEL KORS

MARNI

DRIES VAN NOTEN

DIOR

BURBERRY

VERSACE

FENDI

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE