SEARCH

Instagirls November & Fashion-Crush STAIL.MY Kali Ini Siapa? Kami Senaraikan 5 Individu Pilihan

Instagirls November & Fashion-Crush STAIL.MY Kali Ini Siapa? Kami Senaraikan 5 Individu Pilihan

Bulan Oktober lepas, saya senaraikan lima Instagirls yang kami gelar fashion-crush dan harus follow di Instagram. Siapa pula Instagirls November kali ini? Sudah masuk pertengahan bulan, gerangan siapakah yang mendapat ‘julukan’ fashion-crush STAIL.MY?

Tak beranjak, masih berteguh dengan lima terbaik, lima perempuan ini yang kami jumpa di Instagram pasti menerbitkan rasa (ya, bukan sahaja kami) mahu tekan butang ‘Follow’ sekali lagi dan menambah jumlah following. Sudah tentu dasar pemilihan gaya terbaik menjurus kepada ciri-ciri keunikan dan ketersendirian yang mereka tampil sebagai stail peribadi masing-masing.

Kelima-lima mereka datang dari latar yang tak sama, kerjaya juga perwatakan yang berbeza. Namun, menjunjung pada satu kecintaan, yakni fesyen. Gaya atau stail yang mereka saingi bersama personaliti dan menyerap kata kunci ‘stay true to yourself’ sangat menonjol, sehinggakan berjaya membangkitkan perhatian kami.

Siapa mereka? Inilah fashion-crush bulan November kami!

INSTAGIRLS NOVEMBER : ANNEES SOFEA

Instagirls November Style Crush Annees Sofea

Instagram : @anneessofea

Jika kamu suka bergaya ala gaya jalanan atau banyak dipengaruhi street style looks, saya cadangkan agar kamu rujuk stail Annees Sofea. Annees memiliki aura sport dalam penggayaan – memakai helaian jaket dengan seluar trek, parka, overall, chunky sweater dan sniker – semua itu adalah elemen stail dia. Dia bijak menterjemahkan aspek kasual dalam caranya yang tersendiri, sehingga memancarkan dinamisme. And for some reason, apa sahaja dia pakai atau padanannya, Annees lakukan dengan betul. Tidak berlebih-lebih dan semua nampak kena dengan dirinya. Pendek kata, she perfected the art or styling.

INSTAGIRLS NOVEMBER : CHRISTINNA KUAN

Instagirls November Style Crush Christinna Kuan

Instagram : @ms_kuan

cool, chic, centre of the attention, charm and carefree. semua perkataan positif yang bermula dengan huruf ‘c’ menginterpretasikan gaya miss kuan atau christinna kuan. Christinna adalah individu yang berjaya meresapkan makna stylish dalam setiap aturan gayanya. Saya menyifatkan christinna sebagai seorang yang ada ciri-ciri bohemian atau tidak konvensional, bertenaga, kreatif dan jika hendak menggambarkan ‘chic’ tentang dirinya pun, the best word to describe it is savage-chic. Dia tahu bagaimana nak bermain dengan corak seperti motif corak organik mahupun geometri dan grafik, kemudian dipertemukan lagi dengan warna… slayed!

INSTAGIRLS NOVEMBER : DEANNI

Instagirls November Style Crush Deanni

Instagram : @urfavramen

Bulan Oktober lalu kami feature si kembarnya, Deanna sebagai fashion-crush. Bulan ini, giliran Deanni pula. Mereka berdua adalah the new disruption. Mereka tidak takut pada eksperimentasi gaya dan jarang sekali lihat perempuan lokal kita seberani itu. Deanni tahu bagaimana mencampurkan sesuatu yang vintaj dengan yang baru, pandai dalam mengatur gaya yang acuh tak acuh dan bermain dengan warna. Memakai baju yang berlawanan dengan saiz tubuhnya, berseluar senteng, ceraian besar, blazer adalah antara elemen stail Deanni.

INSTAGIRLS NOVEMBER : DHANIYA ILIANI

Instagirls November Style Crush Dhani Iliani

Instagram : @dhaniiliani

Not your average hijabista girl, she’s taking it to another level! Keradikalan menyaingi conformity mendefinisikan gaya atau stail Dhani Ilani, menjadikan dia fashion-crush kami. Bukan mudah untuk mengahwinkan beberapa helaian yang saling bercanggahan dari aspek gayanya, namun Dhani bijak berinovasi dan tidak takut dengan apa yang dipersembahkan.  Ceraian lengan panjang dipakai bersama ceraian luar dengan skirt labuh, stoking berwarna dan tudung bercorak, tidak menjadi isu buat Dhani dalam menyatukan kesemuanya.

INSTAGIRLS NOVEMBER : ROSELYN KHANInstagirls November Style Crush Roselyn Khan

Instagram : @roselynkhan

Ultra-feminin, classy, keringkasan atau easiness dan seorang lagi yang mempunyai adjektif ‘chic’ dalam stail. banyak kali juga perasan insan bernama roselyn ini di minggu fesyen kuala lumpur, yang hadir ‘bertemankan’ gaya peribadinya yang menangkap mata kami. dia tahu apa yang elok pada dirinya dan yang memerihalkan keperibadiannya. roselyn sering menata dirinya dalam warna lembut juga elemen romantik, memencarkan sesuatu yang understated dan dalam masa yang sama nampak moden dan terhasilnya stail yang timeless. 

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE