SEARCH

3 Gaya 3 Raya : Stailish Raya Bersama Uniqlo Lifewear!

3 Gaya 3 Raya : Stailish Raya Bersama Uniqlo Lifewear!

Mengekori peredaran semasa dan permintaan masa kini. Kita tak lagi terkunci dengan gaya hari Raya yang lazim atau biasa. Ada jenama-jenama pereka lokal terutamanya, mengubah malah membaharui sepemakaian hari Raya, dan ada juga yang mengambil langkah berani untuk tidak mengulangi kod pakaian dulu-dulu. Sebaliknya menongkah arus dengan memodenkan gaya dan menukar siluet.

Terhidang 1001 gaya hari Raya yang sudah mula mengusik perasaan dan fikiran bila menyamperi Syawal. Baju-baju untuk si perempuan dan lelaki, yang datang menjadi pilihan, bikin orang jadi rambang mata. Dan itulah yang merancakkan lagi hari Raya. Gaya rencam yang menguji akal kita dengan kreativiti dan inovasi – yang bukan sahaja pada gaya harian kita, malah baju Raya juga.

Gaya kasual kepada gaya bersederhana di hari Raya, mahupun gaya semi formal bertukar rupa menjadi citra glamor di hari Raya… tidak ada lagi sempadan dalam hal penggayaan untuk hari Raya. Apatah lagi kini, praktikal menjadi pengukur fesyen namun tidak mengusir terus aspek stailish.

Semangat Raya itulah yang cuba kami semai dan bersempena Syawal nanti, kami kongsikan tips juga trik styling bersama UNIQLO – STAILish Raya Bersama UNIQLO Lifewear! Kami mengambil beberapa helaian atau ceraian yang menjadi highlight musim ini : Front Button Circular Skirt (Stripe), High Rise Cigarette Jeans dan Tiered Sleeveless Long Dress untuk perempuan; manakala Dry Easy Care Oxford Collarless Long Sleeve Shirt, EZY Ankle Pants dan Extra Fine Cotton Printed Short Sleeve Shirt (batik) buat si lelaki.

Bagaimana kami mengubah helaian atau ceraian highlight ini kepada gaya praktikal dan moden hari Raya? Inilah tips dan trik yang kami boleh kongsi bersama kamu!

#STAILISHRAYABERSAMAUNIQLO : GAYA PEREMPUAN
TIERED SLEEVELESS LONG DRESS

Cadangan kami untuk Tiered Sleeveless Long Dress? Pilih dress berona terang, contohnya warna jingga. Pakai dress ini dengan kemeja rayon berona panas (lebih baik jika ronanya seakan-akan rona Tiered Sleeveless Long Dress tersebut) dan Tiered Long Skirt berona kontra – rona hijau sojar. Kemeja serta skirt ini dipakai di dalam, manakala dress pula dilapiskan di atas. Kami sengaja memilih skirt dalam rangkaian keluarga yang sama dengan dress, untuk menggabungkan tekstur gathers di bahagian kaki. Ingat, lapisan itu bukan sahaja kontra dari aspek warna, malah tekstur pun. Gaya ini adalah inspirasi siluet baju kurung atau jubah dan mungkin bisa dipakai untuk hari Raya pertama.

FRONT BUTTON CIRCULAR SKIRT

Skirt paras buku lali yakni Front Button Circular Skirt yang bercorak jaluran melintang dengan fastening butang sampai ke bawah ini memberi idea kepada kami untuk bermain dengan idea clashing prints. Clashing prints, tetapi coraknya jaluran kecil subtle. Kami pakaikan ia bersama kemeja dress bercorak jaluran menegak – skirt dan kemeja dress dalam rona hampir sama – untuk menghidupkan kontra. Tuck in kemeja dress ke dalam skirt dan buat kamu yang mahu nampak modest, butangkan skirt all the way ke bawah. Buat kamu yang sedikit berani, tidak perlu butangkan skirt sehingga ke bawah, tolakkan pinggang skirt tersebut ke tepi untuk memperlihatkan seolah-olah ada belahan kaki!

HIGH RISE CIGARETTE JEANS

Untuk hari Raya ketiga, rasa-rasanya tak salah jika mahu bergaya kasual, kan? Pakai seluar pun sudah memadai. High Rise Cigarette Jeans berona putih ini nampak relaks seandainya pakai bersama kemeja rayon lembut putih. Putih dibalas putih, serba-serbi putih! Namun jika tidak mahu nampak bosan atau senada, pakai baju rollneck berona kontra – seperti warna merah jambu, biru ataupun kuning – di dalam. Untuk menyemarakkan lagi penggayaan untuk kelihatan cool, pakai tudung Hana Tajima dan olah ia dalam rupa turban.

#STAILISHRAYABERSAMAUNIQLO : GAYA LELAKI
DRY EASY CARE OXFORD COLLARLESS LONG SLEEVE SHIRT

Rangkaian Dry Easy Care Oxford Collarless Long Sleeve Shirt ini adalah antara helaian terbaik yang dikeluarkan oleh Uniqlo! Kemeja ini tidak terhad untuk gaya kasual lelaki, malah ia tersangat sesuai atau kena dengan tema hari Raya. Kami fikir, apa kata pakai kemeja ini untuk hari Raya pertama – ilham gaya baju Melayu Teluk Belanga, di mana padankan ia dengan seluar dalam rona kontra atau yang seakan-akan sama dengan kemeja. Terpulang. In our case here, kami mengambil pendekatan gaya kemeja bersama seluar kapas Uniqlo dalam rona yang hampir sama. Bagi menjelmakan semangat Raya, sarungkan kain songket. That’s it.

EZY ANKLE PANTS

Keselesaan amat penting setiap kali pergi beraya. Pemilihan pakaian harus dititikberatkan. Maka sebab itulah kami memilih seluar EZY Ankle Pants untuk digayakan pada hari Raya nanti. Nada gaya seluarnya relaks bersahaja, jadi kami memadukan ia bersama ceraian atas yang turut mencadangkan gaya yang… relaks bersahaja. Sama ada cukup sekadar menggayakan seluar ini dengan kemeja T oversized bercorak jaluran melintang ataupun pakai sekali kemeja Linen Cotton Stand Collar.

EXTRA FINE COTTON PRINTED SHORT SLEEVE SHIRT (BATIK)

Sejujurnya, jarang sekali anak-anak muda memakai kemeja batik untuk hari Raya. Paling tidak pun, untuk acara tertentu sahaja. Di sini, kami fikir bagaimana mahu menaruh minat lelaki-lelaki muda untuk menggayakan Batik di hari Raya? Barangkali untuk hari Raya ketiga? Jadi kami suntik inspirasi gaya streetwear – kemeja lengan pendek Batik dilapis di atas baju panas lengan panjang (kemeja batik dibiarkan unbutton) dan pakai dengan seluar relaks paras buku lali. Oh! Untuk mengangkat lagi aura streetwear tersebut, jangan lupa beg sandang kecil sebagai pelengkap gaya.

SAKSIKAN VIDEO #STAILISHRAYABERSAMAUNIQLO DI BAWAH!

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE