SEARCH

#STAILMYFRESHFACE2019 ‘All White’ + Palitan Warna Daripada UNIQLO S/S 2019!

#STAILMYFRESHFACE2019 ‘All White’ + Palitan Warna Daripada UNIQLO S/S 2019!

Tema putih, wajah-wajah baharu segar… oh, #STAILMYFreshFace kembali! Dan bagi menyempurnakan tema kami untuk senarai tahun 2019, kesemua wajah-wajah baharu ini digayakan dalam helaian-helaian UNIQLO musim bunga panas 2019 dengan idea yang tidak menurut kebiasaan seperti sebelum-sebelumnya – all white berpalitan rona-rona musim bunga panas 2019!

Setiap kali menjelang awal tahun, akan memuncak keterujaan dalam melakukan pemilihan dan menyaksikan 15 wajah-wajah baharu yang menuntut segala kemahuan kami – barisan milenial yang punya latar belakang yang kukuh, personaliti unik, menggemilangkan budaya baharu dan tidak mengenal gentar dalam kehidupan mereka. Minggu ini, di hujung bulan Januari, lengkap sudah senarai 15 #STAILMYFreshFace2019 kami!

Bermula dengan pengenalan kita pada si ekspresionis seni, Aniq Durar, diikuti kisah impian menjadi pelakon daripada Maziah Razak dan diakhiri dengan perihal sokongan dasar buat ibu-ibu tunggal oleh Shannen Jade.

 

Tahun ini sedikit berbeza, dibandingkan dengan dua tahun yang lalu. Kami mengadakan uji bakat juga sesi pencarian, membenarkan calon-calon #STAILMYFreshFace menghantar penyertaan secara atas talian dan daripada situ, menyenarai pendek 30 nama. Akhirnya, seperti biasa, 15 sahaja yang terpilih.

Pendekatan kami terhadap tema lazim all white untuk #STAILMYFreshFace juga diubah sedikit. Sebaliknya, kami menyisip rona-rona – satu sahaja rona – dimadukan bersama look warna putih untuk menafaskan kontra dan mengiringi pelet musim bunga panas 2019 daripada UNIQLO. Kami bergabung tenaga, menerbitkan idea ini bagi memunculkan satu konseptual. Pada masa yang sama mengembangkan daya kreatif kami dan UNIQLO, langsung membuka perspektif baharu dari aspek penataan. Bukanlah sekadar sebulat-bulat meletakkan dress floral dan hanya padanan sniker bagi mencipta look. Kami mahu memberanikan diri, keluar daripada ‘kepompong’ biasa.

Setelah mengenali dan mendalami karakter 15 #STAILMYFreshFace2019, penataan yang mencerminkan pesona masing-masing mendasari tema kali ini!

ANIQ DURAR

Tidak ada penataan ekstra pada Aniq. Kerana perwatakannya yang quirky, berambut panjang dan seraut wajah persis model antabangsa, cukuplah dengan penggayaan ala-ala model off duty. Baju tanpa lengan warna putih bersama seluar kapas biru, diolah dalam rupa relaks.

MANISHA ROSE

Seorang yang sultry, muda dan memiliki karakter perempuan seksi. Manisha diberi suntikan gaya yang menggambarkan keseksian kemeja putih. Melapis skirt korduroi warna plum atas kemeja labuh ini bagi menghidupkan keunikan.

DANIAL HANSEN

If you have it, flaunt it. Punya susuk fizikal yang tegap dan sasa, sayang jika ia tidak diperlihatkan! Menyarung kemeja T Henley – Henley always looks sexy on guys, trust me – menepati idea yang kami mahu jelma pada Danial. Seluar kapas ala kargo warna sojar hijau menampakkan masculinity.

 

uniqlo spring summer 2019 #stailmyfreshface germaine

GERMAINE TEH

Sut lelaki untuk perempuan? Apa salahnya. Germaine adalah sang penari dan peluncur ais yang ligat aksinya. Mendandani dia dalam sut longgar lelaki berona hitam namun diolah acuh tak acuh mencadangkan ‘it’s business, but party at the same time.’ #STAILavvv!

AFIEQ SHAZWAN

Kreativiti tidak harus ada sempadan. Jika penampilan keseluruhannya putih, tambah warna untuk tidak menjadikan gaya itu kelihatan mendatar. Afieq tersarung baju panas warna ungu lembut, dipakai ala turtleneck dan bertindak sebagai helaian dalaman.

MAZIAH RAZAK

Maziah tidak takut dengan eksperimentasi. Saat kami mengubah hud jaket kepada bentuk tudung yang menyerkup kepalanya, membenarkan kami untuk menjadi lebih kreatif bersama Maziah. Siluet gayanya ringkas – dipakaikan seluar kapas labuh – namun ada sifat elegan.

CARLOS MARTINEZ

UNIQLO adalah jenama yang sangat kuat jati dirinya terhadap estetika Jepun. Minima dan praktikal. Lantas, ia membuahkan satu idea kami ke atas Carlos. Dipakaikan kemeja labuh bulky dan sempurna pabila ada padanan jaket hujan yang juga bulky.

JULIA FARHANA MARIN

Baju kait cable diberi hafas baharu! Padanannya bersama dress kemeja berona mustard – yang digubah bentuknya menjadi skirt midi – mencadangkan bahawa baju panas cable bukanlah satu dimensi. Apatah lagi bila Julia pula yang menggayakan look ini… perfect.

uniqlo spring summer 2019 #stailmyfreshface

AFEQ SAAD

Afeq orangnya betubuh tinggi lampai dan punya karakter ala-ala model waifish yang sering terlihat menghiasi pentas-pentas antarabangsa. Dia tidak gentar didandani gaya yang sedikit luar biasa. Pabila Afeq diminta untuk memakai kemeja crop warna mustard bersama jaket denim putih dan seluar panas pendek, ia menjadi.

DALILI AZAHARI

Memiliki karier dalam bidang fesyen, Dalili pastinya elok dipadankan dengan penggayaan yang stailish. Dress putih labuh dilapis skirt kapas lembut warna krim coklat dengan perincian butang penuh, diolah seakan-akan bersahaja dengan butang terbuka, melangsungkan idea segar untuk seorang hijabista.

JEREMY LAI

Sebagai individu yang bekerja dalam bidang seni dan fotografi, Jeremy adalah seorang yang laid-back. Dia lebih selesa dalam gaya-gaya serba ringkas. Berkemeja T putih dan seluar kapas warna krim coklat baginya sudah memadai.

TASHA ALEIA

Tasha can dig any style! Kerana cintanya pada muzik, ia membuka minda kami untuk mengubah gaya LifeWear daripada UNIQLO kepada aspek penggayaan hip hop – kemeja putih labuh dibiarkan terbuka bersama blaus yang kami ubah menjadi tube top serta kemeja merah jambu dijadikan skirt. Kena dengan kelincahan Tasha.

ISYRAF DANISH

Inspirasi gaya Isyraf dikutip daripada imej summer in France. Dia bersahaja menggayakan kemeja T putih longgar bersama seluar denim biru dalam potongan sedikit tapered. Isyraf nampak santai, menggambarkan karakternya yang agak cool itu.

FAREEHA AZMI

Sebagai seorang arkitek, Fareeha membuahkan idea kepada kami untuk bereksperimentasi dengan gaya-gaya yang bersifat sedikit architectural. Layerings – dress fabrik tekstur kedut dipakai bersama kemeja putih serta baju panas – bertemu penataan slouchy.

SHANNEN JADE

Siapa sangka dress knitted bisa dipakai berlapis-lapis dengan blaus off shoulder serta skirt mini denim! Lebih-lebih lagi bila si ratu cantik, Shannen yang menggayakannya, nampak begitu terletak.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE