Posted on November 24, 2020
Di tengah-tengah wabak yang datang mendera manusia, mendesak sedunia lockdown atau berkurung hampir selama setahun sehingga menimbulkan honar, recup ilham dalam kepala Stella McCartney untuk menyemangati kita. Umpama merasai pinta dunia yang hanya mahu kembali damai secara fizikal dan mental, jenama Stella McCartney menerbitkan satu manifesto ringkas yang terkandung kesemua 26 abjad.
Apakah manifesto 26 abjad Stella McCartney yang diwujukan ketika lockdown itu?
Menunggu ‘kebebasan’ yang tidak kunjung tiba berhujung dengan menjayakan satu gagasan. McCartney tidak mahu membenarkan senario lockdown atau berkurung lamanya di London (yang berlaku sebelum ini) membiarkan jiwanya dalam kebungkaman dan melemahkan semangatnya. Dia mengambil masa lapang yang ada itu untuk merenung dan menilai kembali apakah perihal yang benar-benar penting. “I put into words what defines what we love, know and believe about fashion,” kata McCartney, lantaran itu, terhasilnya satu manifesto abjad A To Z Stella McCartney!
Menggabungkan dua perkara, manifesto abjad A ke Z Stella McCartney ialah satu pelan yang kiranya merangka tindak masa hadapan dan juga dasar yang menyatakan DNA jenama Stella McCartney. Kesemua 26 abjad yang ‘ditulis’ menceritakan sudut pandangan Stella McCartney dan pada kesempatan itu juga, ia membangkitkan persoalan di kalangan audiens. 26 abjad yang diwujudkan sewaktu perintah berkurung tersebut umpama perlambangan kepada perkembangan rancak jenama Stella McCartney dari semasa ke yang mendatang, menggambarkan bagaimana Stella McCartney mencari sumber material, menghasilkan pakaian-pakaiannya dan mencerminkan interaksi.
Dan manifesto A ke Z ini muncul seiringan dengan himpunan Stella McCartney musim bunga panas 2021 juga ulang tahunnya yang ke-20!
McCartney menganggap manifesto berabjad ini seperti satu pegangan mahupun peringatan yang memandu dia untuk memikul nilai-nilai kendiri, berbalik kepada apa yang mereka suka, apa yang mereka lakukan sementara menghasilkan rekaan-rekaan berteraskan sustainability atau kemapanan – sesuatu yang mengubah hala tuju jenama Stella McCartney dan menjadi perjuangannya masa kini. “Ia lekas membuatkan kami (di Stella McCartney) merenung kembali tentang kesedaran alam sekitar, segala mungkin perkara yang telah kami pelajari, hubungan kerjasama jenama kami dengan jenama-jenama lain serta perubahan yang sudah kami lakukan dan yang akan kami lakukan,” jelas McCartney.
Pendek kata, manifesto berabjad dari A ke Z ini memvisualkan values-driven direction, perkara lampau, semasa dan masa hadapan jenama Stella McCartney. Jadi, untuk memvisualkan manifesto tersebut, McCartney mengundang beberapa insan kreatif untuk bekerjasama dengannya dalam menghasilkan imej-imej yang menggambarkan setiap 26 abjad itu. Nama-nama terkenal seperti Jeff Koons, Olafur Eliasson dan William Eggleston antara yang terlibat dalam menghasilkan, mengilustrasikan serta mencorakkan abjad-abjad manifesto Stella McCartney. Malah ibu McCartney sendiri, yakni Linda McCartney yang merupakan seorang fotografer pun tidak ketinggalan dalam menyumbangkan tenaganya
Selain itu, McCartney turut bekerjasama dengan bakat-bakat muda dan artis-artis baharu dari hampir serata pelosok dunia – dari Jepun, Perancis, Turki sehinggalah Brazil – bagi menyempurnakan manifesto A ke Z Stella McCartney.
BERMULA DARIPADA A SAMPAI Z, INI DIA MANIFESTO STELLA MCCARTNEY
A untuk ‘Accountable’ – hasil Rashid Johnson, Amerika
B untuk ‘British’ – hasil Peter Blake, British
C untuk ‘Conscious’ – hasil Chantal Joffe, Amerika / British
D untuk ‘Desire’ – hasil Erte, Rusia / Perancis
E untuk ‘Effortless’ – hasil Cindy Sherman, Amerika
F untuk ‘Falabella’ – hasil Lorenzo Vitturi, Itali
G untuk ‘Grateful’ – hasil George Condo, Amerika
H untuk ‘Humour’ – hasil Alex Israel, Amerika
I untuk ‘Intimacy’ – hasil Urs Fischer, Swiss
J untuk ‘Joy’ – hasil Hou Zichao, Cina
K untuk ‘Kind’ – hasil Jeff Koons, Amerika
L untuk ‘Love + Linda’ – hasil Linda McCartney, Amerika
M untuk ‘Mindful’ – hasil Mert & Marcus, Turki / Welsh
N untuk ‘Nature’ – hasil Lila Azeu, Perancis
O untuk ‘Organic’ – hasil Olafur Eliasson, Denmark / Iceland
P untuk ‘Progressive’ – hasil JR, Perancis
Q untuk ‘Question’ – hasil Nick Cave & Bob Faust, Amerika
R untuk ‘Repurpose’ – hasil Taryn Simon, Amerika
S untuk ‘Sustainability’ – hasil Hajime Sorayama, Jepun
T untuk ‘Timeless’ – hasil William Eggleston, Amerika
U untuk ‘Utility’ – hasil Emilie Pria & Paulo Accioly, Perancis / Brazil
V untuk ‘vegan’ – hasil Will Sweeney, British
W untuk ‘Womanhood’ – hasil Sam-Taylor Johnson, British
X untuk ‘Kiss’ – hasil Ed Ruscha, Amerika
Y untuk ‘Youth’ – hasil Jermaine Francis, British
Z untuk ‘Zero Waste’ – hasil Joana Vasconcelos, Portugis
Apa pandangan anda?