Posted on January 17, 2020
Newly-renovated Coach! Kami berpeluang menghadiri pembukaan semula butik Coach Gurney Plaza yang diperbaharui minggu lepas.
Sungguhpun menahan hangat mentari di Penang, ia langsung tidak menyesakkan kami. Apatah lagi bila mengunjungi butik Coach baharu, yang mendepani luas pinggir laut Gurney Drive, yang menjentik keterujaan. Bukan beralasan berlibur, namun setelah satu jam merodong awan dari Kuala Lumpur, menindih kaki di Penang, bersuka-suka dengan Coach serta barisan selebriti lagi… it’s gonna be a great weekend!
Mulanya, tidak perasan siapa sahaja yang datang meramaikan acara pembukaan semula butik Coach. Tidak terjangka sama sekali, Coach membawa ‘sekampung’ selebriti juga influencers dan media dari Kuala Lumpur untuk merasai pengalaman hari bernama tersebut. Nur Fazura, Alvin Chong, Sharifah Sakinah, Daiyan Trisha, Yaya Zahir, Debbie Goh dan Tong Bi Yu antara selebriti ternama yang diundang. Barisan influencers pula termasuklah Jane Chuck, Brian See, Cherrie Mun, Daphne Charice dan Ashley Lau.
Dan kesemarakan acara pembukaan bertambah pabila dua sosok sejoli popular dari Hong Kong yakni Edwin Siu dan Priscilla Wong turut diterbangkan sebagai tetamu kehormat!
Sebelum acara karpet hitam, kami, selaku media, dijemput untuk datang melawat butik baharu Coach petang itu. Terletak di aras G Gurney Plaza, butik Coach ini direka oleh pengarah artistiknya sendiri yakni Stuart Vevers. Stuart berganding bahu dengan William Sofield, pereka serta pengasas Studio Sofield, dalam mengobari semangat serta kriteria New York – sesuatu yang sangat dekat di hati Coach – pada butik baharu ini.
Sofistikated, playful serta kemesraan menyuasanai bahagian dalaman butik Coach, mencapai tujuan yang cuba dikecap oleh Stuart. Dengan kemasan kulit serta kayuan semulajadi, menegapkan lagi konsep yang signifikan buat Coach yakni Modern Luxury. Berkeluasan 260 meter persegi, butik Coach yang diperbaharui ini lebih sempurna dengan pembahagian divisyen seperti : bahagian aksesori serta pakaian sedia pakai untuk perempuan dan untuk lelaki. Malah, terdapat juga satu seksyen di mana ada paparan skrin – yang terletak betul-betul di hadapan pintu masuk – yang mempamerkan cara-cara berbeza menggayakan skarf Coach.
Seperti lazim, Coach tidak meminggirkan satu lagi konsep yang sangat-sangat sinonim dengannya… yakni bar craftsmanship! Ya, di salah satu sudut butik tersebut, bar craftsmanship – ruang untuk artisan ‘berkarya’, melangsungkan idea kreatif pada produk-produk Coach, seperti menambah hiasan tampalan, pin dan lencana.
MALAM KARPET HITAM PEMBUKAAN STOR COACH GURNEY PLAZA YANG PENUH GEMILANG!
Acara pembukaan semula butik Coach di Gurney Plaza diiringi sekali dengan meraikan Tahun Baru Cina – Tahun Tikus! Inilah antara barisan selebriti tanah air serta antarabangsa dan influencers yang dijemput oleh Coach.
Edwin Siu dan Priscilla Wong, pasangan selebriti asal Hong Kong datang sebagai tetamu kehormat
Comel! Debbie Goh (teman rapat Priscilla Wang) hadir bersama anaknya, Danton Lee
Duo pop millennial, Fuying & Sam bersama Alvin Chong serta Cherrie Mun dan Kittie Yiyi memeriahkan lagi acara!
Model Rubini Sambanthan, pelakon Sharifah Sakinah serta model Sheena Liam dan suaminya (artis seni jalanan) Ernest Zacharevic all dressed up in Coach
Sepanjang suasana karpet hitam malam pembukaan stor Coach yang baharu. Dari atas (kiri) – Bas ‘Hop On, Hop Off’ Penang yang membawa sekumpulan selebriti juga influencers berhenti di hadapan karpet hitam sebelum bermulanya acara; hiasan tanglung mengindahkan lagi tema Tahun Baru Cina. Dari kiri (bawah) – Penuh dan padat! Sambutan peminat-peminat dari Penang sungguh dahsyat dan di luar jangkaan!; Inilah bahagian bar craftsmanship Coach yang terletak di sebelah tetingkap besar dan orang luar bisa melihat proses kraf yang dijalankan
Apa pandangan anda?