SEARCH

Swarovski S/S 2019 Menyimpul Mesej #FollowYourHeart

Swarovski S/S 2019 Menyimpul Mesej #FollowYourHeart

swarovski s/s 2019

Sudah lebih daripada 100 tahun, Swarovski meluhurkan cinta sebagai jati dirinya. Cinta yang datang dalam pelbagai rupa dan bentuk, memanifestasikan ekspresi Swarovski musim ini. Kata Pengarah Kreatif Swarovski, Nathalie Colin, “Mesej kami kali ini adalah ikut ‘ikut kata hatimu’, jadi berani dalam meluahkan rasa cinta, stail dan personaliti.”

Swarovski memperkenalkan rangkaian himpunan Hari Valentine yang mengait penuh emosi dan mengajak manusia segenap dunia untuk #FollowYourHeart. Dengan signature gemerlapan dan kilauan, mengilustrasi keindahan juga kecantikan.

Mengiringi bulan cinta, kembara cruise ke kepulauan Capri, Formentera, Portofino dan Stromboli menjadi pangsi ilham Swarovski dalam menghasilkan koleksi barang kemas yang versatil, relevan juga mencerminkan perempuan moden. Sifat-sifat feminin di balik bayang kemilau, stail-stail cantik yang menggambarkan kemodenan, palet rona seperti soft nude juga merah jambu yang menggoda, clean lines dan mencorakkan interpretasi baharu simbol klasik fasal cinta.

swarovski s/s 2019

Musim ini, rangkaian-rangkaian seperti Lifelong, One dan Crystalline Glam menjadi tumpuan utama. Ketiga-tiga rangkaian ini mengagungkan trend romantik dengan menyuntik kesegaran pada motif cinta dan cukup sempurna untuk dijadikan hadiah.

Lifelong Bow adalah simbol cinta abadi dan untuk musim bunga 2019, ia disemat semangat moden, playful dan refined. Menafaskan kembali sleek lines bentuk simpulan reben lembut, dalam rona metalik dan kristal Swarovski menambah nada elegan.

swarovski s/s 2019

One pula adalah rangkaian himpunan cincin, rantai juga coker yang memfokus cinta sebagai motif utama. Ia menyatukan warna merah jambu millennium bersama kristal pave Swarovski untuk mengait kemanisan dan sedikit glamor pada penggayaannya.

Crystalline Glam menampilkan dial yang berkilauan dengan 800 kristal Swarovski untuk melengkapi apa jua jenis stail serta mood. Melilit di pergelangan tangan, ditemani lagi gelang daripada rangkaian Lovely, menyempurnakan keseluruhan idea gaya.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE