SEARCH

Taylor Swift Berpolitik Dalam Vogue US September 2019?

Taylor Swift Berpolitik Dalam Vogue US September 2019?

Boleh tahan lama juga Taylor Swift mengunci diri, menyepi setelah kontroversi dan isu rencaman yang kurang enak membadai dirinya. Orang menggelari dia snake-lah, Regina George-lah dan macam-macam lagi. Banyak kali juga terjadi persengkataan antara Taylor dengan selebriti-selebriti lain. Dan baru-baru ini, dia memecahkan kesenyapan akhirnya, sebaik diajak berbicara fasal politik dan Hillary Clinton. Jelasnya, mengapa dia tidak menyokong Hillary sepenuhnya adalah kerana enggan duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan selebriti-selebriti lain. Menggunakan label celebrities endorsement yang seakan-akan dipergunakan oleh Hillary dalam memandu matlamat politiknya.

taylor swift vogue us september 2019

Taylor terus memberi pandangan tentang kerasionalan mengapa dia tidak mendukung Hillary. Kerana Taylor menyedari bahawa parti lawan yang didukung oleh Donald Trump, menggunakan helah kemanusiaan dan “man of the people” dalam mendasari harakahnya. Namun ia tidaklah mencadangkan bahawa Taylor ini lebih condong kepada parti Republican. “Also, you know, the summer before that election, all people were saying was, She’s calculated. She’s manipulative. She’s not what she seems. She’s a snake. She’s a liar. These are the same exact insults people were hurling at Hillary. Would I be an endorsement or would I be a liability?” Kata Taylor yang sebenarnya tidak dianggap bodoh jika berbicara tanpa perhitungan fasal tidak menyokong Hillary.

Semua ini tersingkap dalam Vogue isu September 2019 yang baharu, yang menampilkan Taylor di atas cover buat kali keempat dan pertama kali untuk isu besar bulan September. Cover baharu Vogue isu September 2019 ini memperlihatkan Taylor bersiap dalam helaian Louis Vuitton musim luruh dingin 2019, ditata gaya oleh Tonne Goodman dan gambarnya pula ditangkap oleh Inez and Vinoodh. Taylor meresap imej tipikal American blonde – rambut perang, bergigi putih dan berkulit cerah (mengambil penerangan Hamish Bowles dalam ‘In Vogue The Editor’s Eye). Pabila diarah untuk beraksi dalam lagak full frontal sambil jari kirinya menunjuk ke arah audiens, ia memimik gaya Uncle Sam. Lagak Uncle Sam ‘I Want You’ yang sepertikan gambaran laungan atau dorongan Taylor yang pernah menggesa anak-anak muda untuk keluar mengundi.

Selain menyentuh hal album terbarunya, Lover, rekod single dan kemunculan semulanya tahun ini, Taylor turut menyuarakan kepada Abby Aguirre (penulis) tentang seksisme serta dukungan terhadap komuniti LGBTQ. Ujar Taylor, sewaktu muda dahulu, dia sangat mentah dan tidak begitu faham the whole idea of sexism. “The second I became a woman, in people’s perception, was when I started seeing it,” kata Taylor. Mengenai dukungan LGBTQ-nya pula, Taylor menyatakan rasa hampa dengan penggubalan undang-undang anti-LGBTQ di kampung halamannya, Tennessee. Dalam temu bual tersebut, Taylor mengatakan bahawa dia menderma lebih 113,000 dolar kepada badan Tennessee Equality Project yang kini menjadi sebahagian daripada advokasinya.

Nah, cukuplah fasal Taylor berpolitik. Kami ingin tahu, apa pendapat kamu pula fasal cover baharu Vogue US September 2019 ini? Jika kamu tanya kepada kami, kami rasa ia tidak ‘menjerit’ isu September – yang kononnya isu fesyen terbesar. Tidak seperti British Vogue yang membariskan perempuan-perempuan yang membawa pembaharuan kepada dunia sekarang. Vogue US hanya meletakkan figura tipikal Amerika, straightforward, latar belakang berona kelabu… that’s it. Kami mengharapkan ada drama mahupun ada kelainan. Apparently, not.

Cover kedua Vogue US isu September 2019 yang menampilkan Taylor Swift… pun tidak memberi apa-apa impak kepada kami. 

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE