SEARCH

Teaser Cereka Givenchy Clare Waight Keller Yang Baru Mengusik Jiwa, Apa Agaknya Rupa Musim Bunga 2018?

Teaser Cereka Givenchy Clare Waight Keller Yang Baru Mengusik Jiwa, Apa Agaknya Rupa Musim Bunga 2018?

Bersedia untuk teaser Clare Waight Keller untuk Givenchy? Oh, sebelum itu, Givenchy musim bunga panas 2018 ready-to-wear untuk perempuan dan lelaki bakal dipertunjukkan 1 Oktober nanti dan pasti ia mengundang persoalan.

Sebab orang mahu tahu bagaimana rupa Givenchy yang baru, mampukah ia melawan mahupun setara dengan apa yang pernah Riccardo Tisci lahirkan sebelum-sebelum ini dan bolehkah ia menampilkan gagasan yang maha dahsyat atau luar biasa seperti selalu.

Semua ini terbit kerana perginya Riccardo dari Givenchy. Ia umpama meninggalkan lompang dalam jenama itu dan mujur Clare Waight Keller – bekas pengarah kreatif Chloe – mengambil alih, bertindak sebagai pengarah artistik baru untuk Givenchy. Harapan untuk Givenchy belum terhapus lagi bisanya kini diletakkan pada Clare!

Menyaingi penghulu kreatif wanita yang lain, seperti contoh Maria Grazia Chiuri di Dior dan Sarah Burton di Alexander McQueen, yang masing-masing telah merevolusikan jenama-jenama tersebut, Clare juga memasang hasrat yang sama untuk Givenchy.

Dalam merayakan debut dia sebagai pengarah artistik baru, sebuah cereka dihasilkan oleh Clare dan setakat ini, apa yang terlihat adalah teaser yang mengusik akal kita tentang Givenchy yang baru.

Hitam dan putih menyimbah teaser tersebut, menyelubungi sesuatu yang misteri menurut kehendak Clare. Cereka yang berjudul Transformation Seduction ini diarahkan sepenuhnya oleh fotografer terkemuka, Steven Meisel (tonton di bawah ini).

MENGAPA KUCING?

Keluarga felin atau kucing berperanan sebagai karater-karakter utama dalam cereka Transformation Seduction. Apa yang dikongsikan oleh Clare fasal felin atau kucing adalah kerana ia mendukung kecintaan pengasas Givenchy kepada haiwan.

Malah buah fikiran yang mengangkat kucing-kucing untuk Givenchy yang baru ini juga kerana ia pernah memberi daya kepada Hubert de Givenchy pada 1953, lantas menghasilkan motif cetak realistik felin pada himpunan sutera. Langsung Clare merencanakan ia (felin atau kucing) menjadi perihal yang menyangga Givenchy di bawah telunjuknya.

“SAYA SUKA IDEA YANG MEMPERTEMUKAN WANITA DENGAN FELIN. IA MEnjelmakan watak insan yang seolah-olah tidak mudah dirapati, menggoda namun masih kelihatan tenang. lalu bangkit rasa mahu mengenali mereka ini, bahkan mahu jadi seperti mereka,” jelas clare.

Clare sengaja menyelitkan aspek lagak gaya juga ekspresi moden kerana ia menyamai ubah ansur Givenchy yang sekarang.

LATAR FILEM CEREKA DI NEW YORK

Penggambaran kempen dan cereka Transformation Seduction yang dihasilkan oleh Steven Meisel ini berlatarkan lokasi rumah agam di New York, menampilkan muka-muka model baru yang membayangkan konsepsi Clare untuk Givenchy.

Dalam plot kempen juga cereka tersebut, kelihatan model-model perempuan, Saffron Vadher dan Meghan Roche beraksi sensual ditemani kucing dan mereka berdua memakai ceraian renda.

Manakala model-model lelaki, Elias Bouremah dan Kolton Bowen sekadar menyarung seluar tuksedo dilengkapi rantai emas, bersantai bersama kucing masing-masing. Dan setiap helaian yang dipakai oleh model-model itu adalah ‘first look’ himpunan pertama Clare untuk Givenchy nanti.

Malah, kucing-kucing yang ‘berlakon’ dalam kempen dan cereka ini juga dihiasi kolar leher yang turut akan dijual di pasaran. So, are you feline-it yet?

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE