SEARCH

Telfar Ke Goetze XYZ, 10 Jenama Gen-Baru Harus Diikut!

Telfar Ke Goetze XYZ, 10 Jenama Gen-Baru Harus Diikut!

Menjangkah masuk tahun 2019, masih lagi di awal tahun, masih lagi mengejar beberapa hari – sebelum berakhirnya tahun 2019 – sekarang masa terbaik untuk memperbaharui lingkungan fikiran kamu. Ubah cita rasa fesyen kamu. Daripada Telfar ke Sunnei, Rejina Pyo sehinggalah Goetze XYZ, ini jenama-jenama fesyen generasi baharu yang harus diikut pada 2019!

Pergi merantau ke London untuk boxing day sale dan beli beg crossbody Louis Vuitton monogram? Oh, baru-baru ini terdengar cerita teman tentang rakan lelakinya membeli beg Birkin Hermes untuk dijadikan sebagai beg kerja. Hmm, monogram? Lelaki bawa beg Birkin Hermes? It’s 2019, and still crazy bout those two? Kalau masih obses dengan Louis Vuitton sekalipun, lebih baik melabur ke atas item-item rekaan Virgil Abloh. Sekarang era Virgil!

Please, jangan jadi basic atau tipikal. Tukar arus dan paradigma fesyen kamu. Ada beberapa jenama fesyen antarabangsa hadir sebagai jenama dalam kelompok generasi baharu, yang menyanggah kelaziman dan bukan pengakur. Ia memunculkan rekaan-rekaan segar, memegahkan keunikan, tidak berada di landasan tradisional, kreativiti fantastik dan tidak gentar pada unsur-unsur radikal.

Sepuluh jenama generasi baharu ini kami jumpa, bukan sahaja menerusi Instagram, malah ada yang sudah mempersembahkan himpunan di minggu-minggu fesyen utama dan ada juga yang sudah meraih perhatian di persada CFDA/Vogue Fashion Fund. Jadi, lapangkan dada, buka mata kamu untuk ikut atau follow sepuluh jenama generasi baharu ini pada tahun 2019!

AALTO INTERNATIONAL

View this post on Instagram

Highlighting inspiration is at the core of the AALTO DNA ⛓ . For the season of Spring 2019, AALTO continues to include artistic collaborations. Swedish artist @joakimojanen s childish but disturbing creatures show pop culture inspirations and are present in these purplehued designs and patterns of the season. His work doesn’t follow any clearly stated narrative, but it does perfectly fit the emotion of the AALTO '999'-collection —it is fresh with a great deal of weirdness, which we never shy away from. . We spoke with Joakim Ojanen and are proud to share his universe with you in our fanzine ARKISTO | in bio 💌 . Collection soon in stores worldwide 💙 . IMAGE @studiojohansandberg FOR @aaltointernational . #aaltointernational #aalto #aaltogirl

A post shared by AALTO (@aaltointernational) on

Ia pernah mencorakkan walking marathon untuk pertunjukan fesyennya. Berani mempersembahkan kelainan. Aalto International adalah jenama asal Finland yang berpangkalan di Paris. Memfokus sepenuhnya rekaan-rekaan untuk perempuan uber-moden dan tidak takut dengan aspek inovasi dalam pola.

BATSHEVA

View this post on Instagram

Vogue Portugal w Lorna

A post shared by Batsheva (@batshevadress) on

Batsheva Hay adalah pengasas kepada jenama Batsheva yang menukar semula kod feminin dalam rekaan. Ia menafaskan semula siluet Hasidic, fundamentalist Mormon juga prairie dan membentuk estetika ini dalam nada yang bertunjangkan fesyen.

GOETZE XYZ

View this post on Instagram

AW18 SALE (link in bio) #goetzexyz

A post shared by GOETZE (@goetze.xyz) on

Khusus buat lelaki yang mendambakan siluet Eropah dalam penampilan. Goetze adalah jenama asal Berlin yang mengetengahkan gaya minima, siluet longgar besar, kemeja lengan pendek saiz besar, motif-motif jaluran dan banyak bermain dengan aspek lapisan untuk penggayaannya. Ia mengubah ‘atmosfera’ tradisional menswear, contohnya seperti workwear dan pakaian kasual.

HED MAYNER

Give Hed Mayner some love! Apa yang kita tidak suka pada rekaan-rekaan Hed Mayner? None! Pola dalam proportions besar, aspek-aspek manipulasi dan mengaburi garis kelaziman pakaian lelaki, Hed Mayner adalah jenama yang semestinya harus ‘follow’!

JONATHAN COHEN

Sekiranya siluet romantik, ultra-feminin dan kelembutan masih lagi menjadi ketaasuban, mungkin Jonathan Cohen adalah jenama yang harus diberi perhatian. Ia tidak mengolah rekaan-rekaan tipikal, sebaliknya membaharui konsep feminin tersebut. Tidak percaya? Follow sahaja Jonathan Cohen.

LUAR

Luar mengikut kehendak semasa, memegahkan non-binary dalam konteks fesyennya. Berpangkalan di New York, Luar adalah antara jenama generasi baharu yang berani candang mempamerkan nada radikal dalam kod kontemporari.

MAISON KIMHEKIM

View this post on Instagram

Friday night 🎀 @maison_kimhekim

A post shared by – K I M H Ē K I M – (@maison_kimhekim) on

Kekuatan yang terletak pada Maison Kimhekim adalah inovasi dari segi fabrication. Terutama sekali fabrik-fabrik lembut seperti organza. Ia mengubah persepsi kita fasal fabrik tersebut, bias membuatkan kita mahu menjadikan organza sebagai staple dalam gerobok! Maison Kimhekim tahu cara untuk memodenkan femininity, dalam pada masa yang sama menyemat keunikan.

REJINA PYO

Rejina Pyo mengagungkan pakaian harian untuk perempuan tetapi bijak dalam menyisip kesenian dalam mengolah pola. Sehingga menjadikan siluet serta rekaannya luar biasa, menterjemahkan kekinian dalam permintaan pasaran perempuan. Rejina Pyo mampu melahirkan individuality dalam berfesyen.

SUNNEI

Estetika yang Simone Rizzo dan Loris Messina salur pada Sunnei dangat kuat. Jenama Itali ini benar-benar mentafsirkan budaya pop serta streetwear yang sekarang. Sunnei banyak bermain dengan eksperimen dan berpegang teguh pada irreverent classics, sifat acuh tak acuh dan kemudaan.

TELFAR

Pemenang Vogue Fashion Fund, Telfar juga adalah jenama yang mengaburi garis jantina. Falsafah yang mereka paut pada identiti jenama ini menjadikan Telfar adalah jenama fesyen generasi baharu untuk semua. Keberanian itu memang mereka semat sebagai core utama Telfar. Tidak hairanlah Telfar meraih perhatian segenap dunia!

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE