SEARCH

#laporanfesyen: Tema 90-an Sepanjang Musim Bunga 2017

#laporanfesyen: Tema 90-an Sepanjang Musim Bunga 2017
fashionreportintro_stailmy
Marques ‘ Almeida

 

Buat sesiapa yang menjalani usia remaja di era 90-an, berikan high five! Era 90-an seriously adalah era terbaik dalam semua-semua era. Fesyennya, muziknya dan club scene nya di KL… sungguh happening. Era 90-an adalah kemuncak pemikiran liberal rakyat Malaysia. Bermula era 60-an dengan zaman kegemilangan filem-filem P.Ramlee hingga ke 70-an di mana Noor Kumalasari dan Ogy Ahmad Daud mula berlakon filem dan memperkenalkan fesyen-fesyen eksentrik yang lebih antarabangsa kemudian beralih pula kepada 80-an di mana kemunculan penyanyi-penyanyi seperti Aisyah dan Zaiton Sameon yang sangat berani dalam bergaya. Maka 90-an adalah era di mana kesemua pandangan liberal ini memuncak dan lahirlah masyarakat yang tidak gentar bergaya eksentrik mengikut perkembangan stail antarabangsa. Amy Search yang berambut panjang dan berseluar kulit ketat, Feminin dengan gaya girl group dan fesyen 90-an yang kental dan muncul model-model Melayu unik seperti Tengku Azura, Nasha Aziz dan Shida Yaakob. Oh betapa saya rindu dengan era 90-an.

Pun begitu, tak mengapa kerana musim bunga 2017 mendatang, zaman ini kembali ke pentas kebanyakan rumah fesyen antarabangsa. Rata-rata seperti sepakat menyuntik elemen 90-an dalam koleksi masing-masing. Yang paling banyak terlihat ialah elemen grunge dan punk. Banyak yang menggunakan elemen effortless, sedikit raw dan tak kuasa dalam menggayakan koleksi masing-masing. Dan memang ini amat kuat menterjemahkan era 90-an. Seperti di pentas Marques Almeida (pemenang anugerah 2015 LVMH Prize), mereka memberi suntikan sedikit punk, sedikit coquette dan banyak penggayaan berdasarkan street attitude.

Ini yang mahu lihat lebih banyak digayakan wanita di Malaysia. Tidak terlalu done up atau dolled up. Tidak terlalu prim and proper. Berikan sedikit sentuhan tak kuasa pada look kamu, kerana pada saya ini akan membuat kamu lebih stailish berbanding wanita yang shopping menggunakan lookbook di net-a-porter. That street look done right juga akan menunjukkan yang kamu itu menggunakan minda pabila dress up. Menunjukkan yang kamu bijak dan bukan bimbo berpandukan rujukan semata-mata.

fashionreportaltuzarra_stailmy
Altuzarra

 

Altuzarra juga menggunakan tema coquette dalam skala lebih tinggi musim ini. Katanya dalam suasana ekonomi yang tidak menentu tahun ini, “Saya mahukan koleksi yang gembira, meriah, menggoda dan fun.” Lebih penting, sebagai peminat filem, dia merujuk kepada filem ‘Wild at Heart’ arahan David Lynch diterbitkan pada 1990. Nah sememangnyalah elemen 90-an kuat melatari koleksi ini. Saya paling suka dengan ceraian crop top dan skirt yang dipakai bersama tali pinggang mencengkek bersama jaket rekaan 90-annya.

fashionreportdior_stailmy
Dior

 

Walaupun tidak keseluruhan koleksi bertema 90-an, namun masih ada banyak look di Dior yang menampilkan tema ini. Koleksi ini koleksi debut Maria Grazia Chiuri untuk Dior setelah meninggalkan Valentino. Blaus renda dan dress serta skirt tulle bersulam misalnya amat menterjemahkan tema 90-an. Mungkin juga kerana faktor usia Maria yang membesar di era 90-an, pandangannya terhadap wanita adalah perlambangan wanita era tersebut. Begitu juga dengan T-shirt slogan yang diperkenalkannya dalam koleksi ini, amat 90’s bertema feminist justeru memberi suntikan streetwear pada rumah fesyen French ini.

fashionreportlouisvuitton_stailmy
Louis Vuitton

 

Nicholas Ghesquiere memberi suntikan 90-an melalui penggayaannya yang sedikit street mengambil kira faktor jenama mewah ini. Ada yang memanggilnya hot bourgeois. Helaian-helaian seperti dress jersi berpinggang dan ada antaranya dengan cut-out pada pinggul lebih mengarah kepada penghujung 80-an dan awal 90-an. Strong shoulders juga menterjemahkan 90-an manakala feel grunge pada sesetengah look agak ketara.

fashionreportmarcjacobs_stailmy
Marc Jacobs

 

Kebijaksanaan Marc Jacobs pula terletak pada fikirannya yang mengilhamkan koleksi mencampur-adukkan antara era 90-an, whimsical dan psychedelic 70-an. Jadi ia tidak terlalu literal 90-an. But platform yang dipersembahkan hampir sama dengan yang sering dipakai Spice Girls dahulu. Potongan look-look yang dipersembahkan menyamai potongan 90-an tetapi cetakan yang digunakan diambil daripada era 70-an. Manakala dreadlock yang digunakan kembali menterjemahkan 90-an. Sungguh bijak.

fashionreportsaintlaurent_stailmy
Saint Laurent

 

Saya juga pernah menulis tentang koleksi pertama Anthony Vacarello untuk Saint Laurent yang amat kuat falsafah 90-annya. Dari segi potongan dan penggunaan fabrik (shiny leather dan sheer see through fabric) – koleksi ini wajar menjadi rujukan terbaik gaya 90-an tapi dalam cara paling elegan dan chic. Permainan asimetri pada potongan bahu dan dada sungguh menggoda pencinta fesyen terutamanya.

balenciaga
Balenciaga

 

Permainan bahu oleh Demna Gvasalia untuk Balenciaga sungguh strong serta mengembalikan memori 90-an. Ya bahagian atas jaket-jaket dan kotnya menggambarkan gaya Krystle Carrington dalam Dynasty yang amat berpengaruh di penghujung 80-an. Dia juga menggunakan fabrik spandex membaluti tubuh modelnya. Seperti yang disebut tentang fabrik ini kinkily slinky menggoda dan seksi. Ini juga amat bagus bagi saya kerana ia akan membuat wanita berusaha untuk mengekalkan bentuk tubuh mereka agar slim dan seksi kerana dalam stail. Baik ia mengikut falsafah 90-an atau tidak, pencinta stail wajib mementingkan penjagaan tubuh badan agar bisa menggayakan apa jua helaian yang dimahukan. Which is also very 90’s.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE