Posted on September 20, 2023
Bermula 30 Ogos sehingga 5 Oktober Isetan dengan bangganya memperkenalkan DesignThrive, pameran fesyen tempatan yang terletak di Ground Floor The Design, Isetan the Japan Store, Lot 10 Kuala Lumpur. Dengan koleksi eco-chic dari KLFW Design 2 Sustain, dan koleksi unconventional yang berani dari Friesenguys, James Hock & Corak, hingga ke pereka global yang semakin meningkat, Jewel Sum. Sertai kami dalam meraikan senireka fesyen pereka tempatan, yang sememangnya autentik dari Malaysia serta memberi inspirasi untuk berkembang maju secara global. #isetansupportslocal
Tetamu kehormat Y.A.M Dato’ Dr. Hishammuddin Zaizi Tengku Bendahara Azman Shah Alhaj, Penaung dan Penasihat LLCM (Life Line Clothing Malaysia Sdn Bhd), pengasas Kuala Lumpur Fashion Week, Encik Andrew Tan juga menghadiri Sesi Meet-and-Greet bersama para pereka fesyen ini. Kerjasama antara stor fesyen & gaya hidup Isetan Kuala Lumpur, KL Fashion Week dan Life Line Clothing merupakan agenda penting bagi menggalakkan kemampanan atau ‘sustainability’ sambil menyokong usaha kreatif pereka baru yang muncul dalam landskap fesyen tanahair.
Stail dengan Tujuan: Isetan x KLFW Design 2 Sustain“
Bersempena dengan KL Fashion Week, para pemenang dari Samsung KLFW10 Designer Search 2022 iaitu Raunna, Uzair Shoid & Julia Wey Lurazah bakal menjual koleksi lestari Ready-to-Wear mereka di Japan Store Lot 10. Dihasilkan daripada bahan kitar semula oleh Life Line Clothing, setiap rekaan adalah edisi terhad, satu-satunya dengan signature stail dan siluet setiap pereka. Koleksi ini hanya boleh didapati untuk jangka masa terhad, sementara stok masih ada mulai 30 Ogos sehingga 5 Oktober 2023.
- Raunna Lurazah – Silhouettes Redefined, Boundaries Defied
Seorang pereka, artis-pencipta bebas yang ciptaannya merentasi sempadan, Lurazah mempunyai kepakaran dalam membuat corak ethos merangkumi elemen jantina dan menghargai keunikan pelbagai bentuk badan. Diinspirasikan oleh video muzik ikonik Frozen Madonna, Koleksi Runway “Silhouette” 2023 miliknya menampilkan rekaan gender-neutral dengan pelbagai corak pergerakan.
- Uzair Shoid – Koleksi ‘To The Middle Ones’
Dengan kekuatan pada teras rekaannya, Uzair menyelitkan nilai warisan keluarga beserta impian ke dalam rekaannya. Koleksi terbaharunya, “To The Middle Ones”, memberi penghormatan kepada anak-anak ‘middle child’ yang sering berasa terpinggir. Melalui rona terang, corak dan fabrik campuran beliau yang terkenal, dia membayangkan semula perjuangan dan kekuatan mereka, dengan bersimbolkan bintang berwarna perak yang melambangkan kecemerlangan mereka di masa hadapan.
- Julia Wey – Fashion Unleashed, Self-Expressed
Hanya berusia 21 tahun, Julia Wey percaya bahawa fesyen tidak mengenal had dan merupakan satu cara untuk beliau ekspresi diri. Dengan falsafah ini, ditambah pula dengan kreativiti yang tidak disekat, beliau membayangkan fesyen yang mampu memperkasakan, membawa keselesaan, keberanian, kecantikan dan kebahagiaan. Julia mengingatkan kita semua untuk menjalani kehidupan seolah-olah ianya adalah persembahan di pentas peribadi kita.
Jewel Sum – Debut Pop-up yang Mempesonakan
Membuat penampilan buat kali pertama secara eksklusif di Isetan, seorang pereka dari Sabah, Jewel Sum menyalurkan ekspresi diri dan transformasi melalui rekaan pakaian wanita. Lulusan dari Singapura ini membuat penampilan di London Fashion Week dan melancarkan labelnya di sebuah studio di Kota Damansara. Koleksi Musim Bunga/Musim Panas 2023 beliau, ‘Where It Begins’ mencerminkan ketidakpastian di dalam kehidupan ini dan direka dengan signature ruffles beliau bersama rekaan lengkungan, di dalam tona gelap dan terang.
FRIESENGUYS – Elegance Redefined, ‘GARDEN-MANIA’ Unleashed
Gaya elegan direka secara berani di Friesenguys. Dipimpin oleh artis berwawasan Edie Chung, mereka menggabungkan daya memikat pakaian lelaki bersama pesona pakaian wanita dengan menggunakan fabrik dan pertembungan di dalam cetakan yang tidak dijangka, semuanya berasaskan kepelbagaian disebalik budaya Malaysia. Koleksi Kapsul mereka “GARDEN-MANIA” 2023 memperkenalkan pesona kisah taman indah melalui kisah dongeng, menepati ciri whimsical couture.
James Hock – Redefining Norms, Celebrating You
Kelahiran Malaysia dan menetap di UK, James Hock ialah seorang pereka yang membawa jenama rekaan directional dan multi-faceted yang menggabungkan idea baharu dan elemen tradisional yang lahir daripada gabungan ‘socially-conscious naive punk’ ethos. Beliau sering membayangkan semula perkara asas di dalam rekaannya, jenama ini terkenal dengan pakaian konseptual dan aksesori unconvensional yang menjadikan setiap rekaan individu tersebut unik.
Corak – Patterns, Prints, and Uniqueness Defined
Melangkah ke dunia Corak, di mana “Patterns and Prints” menemui makna baharu. Direka secara unapologetic tetapi autentik, ciptaan Corak mendapat inspirasi daripada naratif harian Seni, Muzik dan Budaya Pop. Disusun rapi dengan material satin dan kapas premium, setiap pakaian berfungsi sebagai bukti keunikan untuk menyerlahkan diri anda yang autentik. Pameran jenama Corak ini akan berlangsung dalam masa yang terhad di Isetan the Japan Store, Lot 10, dengan menawarkan gabungan fesyen, kemampanan serta kelestarian alam, dan inovasi artistik yang menawan. Ia merupakan perayaan kreativiti, keperibadian, dan juga masa depan fesyen yang mengharmonikan alam sekitar. Jangan lepaskan peluang ini untuk menyaksikan pereka luar biasa ini mentakrifkan semula landskap fesyen dari 30 Ogos hingga 5 Oktober 2023.
Mengenai Isetan Kuala Lumpur
Mempunyai ibu pejabat yang terletak di Shinjuku-Tokyo, sejarah Isetan menjangkaui lebih satu abad. Bermula dengan pembukaan ISetan Japan Store pertama di Lot 10 pada Oktober 1990 dan sejak itu terus membuka store seterusnya di Suria KLCC pada Mei 1998, The Gardens Mall pada September 2007, dan 1 Utama Shopping Centre pada April 2012. Destinasi membeli-belah lifestyle yang premium ini dengan bangganya memperkenalkan koleksi penampilan yang segar serta jenama dan produk yang terkini. Ia bukan sahaja memperkenalkan pilihan fesyen, aksesori dan makanan terbaik Jepun, ISetan Japan Store hari ini juga menawarkan pelbagai jenama yang lebih komprehensif kepada semua pelanggan.
Mengambil kira keperluan dan pilihan pelanggan yang sentiasa berubah, Isetan Kuala Lumpur kini mampu mempamerkan kaleidoscope produk dan rangkaian kategori produk yang lebih luas. Falsafah Isetan Kuala Lumpur adalah untuk menawarkan rekaan dari jenama dan kualiti terbaik kepada pelanggannya. Hampir menginjak 34 tahun di Malaysia, matlamat Isetan Kuala Lumpur adalah untuk menjadi stor fesyen ‘total lifestyle’ yang menawarkan kualiti nilai terhebat dalam barangan dan membangunkan jenama barangan, disamping memenuhi kehendak dan keperluan gaya hidup pelanggan.
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.isetankl.com.my
Apa pandangan anda?