SEARCH

Marc Jacobs Memperkenalkan… The Marc Jacobs!

Marc Jacobs Memperkenalkan… The Marc Jacobs!

Ingat lagi jenama diffusion Marc Jacobs yakni Marc By Marc Jacobs? Rangkaian jenama yang lebih rendah harganya namun telah ditamatkan beberapa tahun lepas atas sebab tertentu. Tahun ini, Marc Jacobs mengambil keputusan untuk tidak lagi membatu separuh jalan, sebaliknya menghidupkan (sekali lagi) rangkaian jenama kedua – juga menderetkan harga-harga yang lebih rendah – yang dipanggil The Marc Jacobs. Ya, mengutip nama akaun Instagram peribadi milik Marc Jacobs!

the marc jacobs

The Marc Jacobs tidak membayangi jejak Marc By Marc Jacobs. The Marc Jacobs adalah satu ‘briged’ baharu yang seperti mana digambarkan oleh Marc Jacobs sendiri, “…berlainan daripada koleksi-koleksi yang pernah dihasilkan oleh kami sebelum-sebelum ini. Ia lebih ‘item-y’.” Ia lebih condong kepada stail peribadi si pemakai, tidak memimik sebiji-sebiji gaya runway. Kiranya, Marc Jacobs dan The Marc Jacobs berada dalam dua ekosistem yang tidak sama.

the marc jacobs

The Marc Jacobs menampilkan kempen fesyen dihasilkan oleh fotografer Hugo Scott dan dijayakan oleh penata gaya, Lotta Volkova

The Marc Jacobs merencanakan inspirasi daripada muzik, budaya pop serta kesenian, aspek yang sudah lazim mengalir dalam diri Marc. Saban musim, The Marc Jacobs mencungkil ilham-ilham ini, mencorakkan ia dalam rupa wardrobe of items. Membariskan helaian-helaian seperti kemeja T, dress koktel sarat dengan jemeki dan tidak lupa juga aksesori-aksesori kasut, dalam rangkaian harga yang lebih meluas.

the marc jacobs

Berganding bahu dengan kolaborasi atau kerjasama kreatif akan senantiasa menjadi salah satu asas utama The Marc Jacobs. Misalnya kolaborasi bersama Peanuts, majalah New York dan bekerja dengan tukang-tukang yang mahir – seperti yang terlihat pada himpunan pra-musim luruh The Marc Jacbobs yakni kot hujan Stutterheim dan Schott perfecto. Oh, yang menariknya lagi, The Marc Jacobs turut mempertautkan kerjasama dengan teman-teman lama Marc, antaranya pembuat topi terkemuka Stephen Jones!

The Marc Jacobs dilancarkan pada bulan Mei yang lepas dan sudah tersedia stor-stor Marc Jacobs seluruh dunia juga boleh didapati di atas talian.

the marc jacobs

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE