SEARCH

#Throwback Prinsip Gaya Ella Aminuddin, Sepanjang Konsert Tiga Dekad Kembara Ratu Rock Ini Di Singapura

#Throwback Prinsip Gaya Ella Aminuddin, Sepanjang Konsert Tiga Dekad Kembara Ratu Rock Ini Di Singapura

Prinsip Gaya Ella Aminuddin

Ella dalam muzik video berjudul Nuri, lagu yang dipetik daripada album USA, bersiap dalam kemeja biru longgar besar, yang menenggelami tubuhnya dan rupa seperti carefree, mencerminkan prinsip imej ‘ganas’ maharani rock ini pada masa itu. Tetapi itulah identiti Ella, suka memasang sesuatu yang longgar besar pada dirinya. Seperti kata penata gayanya, Tym Fatimah, “Memang Ella suka pakai oversize, dari dulu lagi.”

Ya dan sampai sekarang, Ella tak pernah jerih dengan imej sebegitu. Look longgar dan besar dijunjung sekali lagi untuk konsert tiga dekad Ella yang bertamu di Singapura akhir bulan Julai lepas. Let’s do a #throwback, kita lihat revolusi gaya Ella ketika di Konsert Kembara Ratu Rock di Esplanade, Singapura!

Prinsip Gaya Ella Aminuddin
Ella Dalam Ceraian Jaket Labuh Panjang Daripada The Labels

 

Ella disiapkan dan diatur oleh penata gaya selebriti, Tym Fatimah untuk pertunjukan konsertnya kali ini. Tym memilih tiga label lokal generasi baru – The Label, Blancheur Co dan Nabil Volkers – sebagai persalinan Ella. Terlihat gaya semuanya berjaket labuh paras lutut dan mencecah lantai, menepati kemahuan Ella yang menginginkan look labuh sebegitu. “Saya terus membayangkan Ella sebaik saja melihat jaket-jaket labuh itu. Malahan rekaan ketiga-tiga label ini moden, mampu memperkasakan lagi imej baru Ella sekarang,” jelas Tym. Disemarakkan lagi dengan solekan Khir Khalid, menyempurnakan keseluruhan idea.

Tidak merumitkan bahkan tidak payah untuk Tym bekerja bersama Ella. Senang saja orangnya, kata Tym. Sebelum ini juga Tym pernah menata gaya Ella, untuk Konsert Ella 2016 di Stadium Melawati tahun lepas. Bila disoal adakah Tym sebenarnya ada idea asal buat Ella untuk Konsert Kembara Ratu Rock di Esplanade ini, jawabnya, “Tidak ada. Kerana memang itulah gaya yang telah saya ‘set’ untuk Ella, dan dia juga menyetujui. Kami mencapai kata sepakat.” Hanya tiga persalinan utama dan tumpuan lebih diberi pada outerwear, Ella di Konsert Kembara Ratu Rock masih mampu rock them looks! Bagi kami, Ella nampak lebih segar, moden dan snappy kali ini.

Prinsip Gaya Ella Aminuddin

BERSAMA TYM FATIMAH, PENATA GAYA ELLA UNTUK KONSERT KEMBARA RATU ROCK

Sememangnya tiga jenama ini yang menjadi fokus kamu untuk Ella? Nabil Volkers, Blancheur dan The Label?
Ya. Kerana ketiga-tiga jenama ini memenuhi kehendak yang ideal untuk Ella.

Rasanya, mungkinkah ada bezanya menata gaya Ella yang sekarang dengan yang dulu?
Tidak ada. Kalau dari segi gaya siluet Ella, tidak banyak beza pun. Seperti yang pernah saya katakan, dia gemar gaya-gaya yang besar, longgar dan oversize. Malah, tidak sukar juga untuk Ella yang kini sudah berhijab. Mungkin cuma untuk konsert yang ini, dia nampak moden lebih-lebih lagi didandani dalam label-label pereka lokal muda.

Bagaimana reaksi atau perasaan pereka-pereka jenama lokal ini sebaik mendapat tahu Ella memakai rekaan mereka?
Mereka sangat teruja! Ella, kot. Dia bukan saja ratu rock, tetapi juga legenda.

Apakah perlunya fungsi penata gaya untuk konsert?
Tidak dinafikan lagi penting! Kerana tugas penata gaya adalah memerah otak mengeluarkan idea atau konsep gaya konsert. A stylist would know what to do and what not. Penata gaya-lah yang memastikan kesemua look itu menjadi sebahagian daripada kejayaan sesebuah konsert itu. Dan saya fikir, penting juga penata gaya memikirkan gaya apa yang bisa mencipta momen di atas pentas… sehingga menjadi butir bicara orang!

Prinsip Gaya Ella Aminuddin
Jaket Metalik Nabil Volkers Yang Cukup Memukau Di Atas Pentas Konsert Ella Kembara Ratu Rock

 

Apakah idea yang terbit di sebalik penggayaan Ella di konsert ini?
Oleh sebab Ella ratu rock, saya sudah tercermin kelincahan dia. Ella kan selalu meligat di atas pentas, langsung pakaian atau persalinan yang dipilih haruslah praktikal. Memudahkan pergerakannya. Kerana di konsert tersebut, Ella menyanyi selama dua jam tanpa henti. Bukan saja practicality, faktor masa turut diberi perhatian. Sebab itulah saya mencadangkan pertukaran jaket atau outerwear saja.

Ceraian di dalam adalah helaian-helaian serba hitam?
Betul. Menyenangkan pertukaran. Malah, jika dilihat dua jaket yang dipakai Ella masa itu adalah warna coklat khaki dan metalik, jadi ia mengkontraskan penampilan dia di atas pentas.

Dan warna metalik itu adalah permintaan Ella?
Ya. Dalam perbincangan, Ella ada menyatakan hasrat mahu memakai sesuatu yang silver-ish atau metalik untuk salah satu gaya. Terus saya mencadangkan Nabil Volkers – koleksi dia musim bunga 2017 – di mana dia ada mempersembahkan rekaan berwarna metalik.

Jaket labuh ala trench bercorak seni pop Andy Warhol pada bodice belakang itu pula daripada jenama…
The Labels. Saya memilih jaket labuh itu untuk membuatkan penampilan Ella kelihatan ala-ala street-ish. 

Prinsip Gaya Ella Aminuddin

Bekerja dengan Ella juga tidak rumit. Was she open to any suggestions and ideas?
Ella tidak membantah sama sekali. She’s open! Asalkan selesa untuk dia pakai. Semasa saya bentangkan idea untuk menata dirinya dalam helaian-helaian daripada tiga jenama ini pun, she’s looking forward to it. Dan dia juga tidak terlalu cerewet dalam hal jenama pereka-pereka lokal.

Ella lincah di atas pentas dan dia berhijab. Bagaimana kamu memunculkan inisiatif gaya yang tidak bercanggah dengan aspek tersebut?
Ia tidak menjadi isu. Saya menggayakan Ella dengan hijab atau tudung yang terletak elok menyelubungi bahagian kepala dan lehernya. Ala-ala gaya si ninja. Terutama sekali bahagian leher yang tidak boleh terlalu ketat kerana Ella harus menyanyi, kan. Harus fikir apa yang selesa dan tidak menganggu dia. Sudah tentu, fabrik yang dipilih untuk mereka tudungnya juga memainkan peranan.

Adakah kamu sendiri puas hati dengan gaya-gaya untuk konsert ini?
Saya rasa ini adalah gaya Ella yang paling saya suka. Kerana ia clean, tidak melebih-lebih. Perfect.

Ada terfikir untuk menerbitkan gaya yang sedikit experimental mahupun yang lain dari yang lain untuk Ella?
Ada juga terfikir. Mahu saja saya bereksperimen dengan stail atau gaya untuk Ella. Mungkin untuk projek bersama Ella yang akan datang?

Prinsip Gaya Ella Aminuddin
Ceraian daripada Blancheur Juga Menjadi Look Utama Ella Malam Itu

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE