Posted on April 1, 2024
Siri Stail #Stalk bersama Nadia Mahmood berpeluang untuk mendekati pasangan power couple, Hadri dan Sharmaine Arissa. Pasangan yang terkenal sebagai pempengaruh di media sosial ini mengusahakan sebuah kafe di Taman Tun Dr Ismail – selain bersama menguruskan agensi model Topboi Citizen.
“Kami pulang dari kafe jam 4 pagi tadi” Kata mereka saat tiba di studio pengambaran pada jam 7 pagi. Meski hanya mempunyai waktu yang singkat untuk tidur namun pasangan ini masih lagi terlihat segar dan ceria – mereka juga sangat mudah didekati walaupun baru pertama kali berjumpa.
“Bagaimana kalian mula berkenalan?” Tanya nadia sebagai soalan ‘warm up’ untuk pasangan tersebut.
Hadri langsung ketawa kecil, katanya kali pertama mereka berborak Sharmaine tidak teragak-agak untuk terus bertanya tentang kahwin.
“Bila you nak kahwin dengan i?” Soalan itu yang pertama keluar dari mulut Sharmaine kata Hadri.
“Sangat straigh to the point dan tidak membuang masa” Selorohnya di samping Sharmaine yang mengiyakan kejadian tersebut, niat asal Sharmaine sekadar ingin bergurau tapi siapa sangka ‘gurauan’ pada waktu itu telah membawa mereka ke gerbang perkahwinan.
Nadia kemudian meneruskan bicara “Kalian pernah dengar tak definisi Time is a gift? Pendapat kalian?”
“Masa adalah sebuah kemewahan buat saya, tak semua orang mampu untuk luangkan masa dengan keluarga sebab kebanyakkan kita sibuk bekerja. Jadi, saya percaya jika seseorang pilih untuk luangkan masanya dengan kamu, itu bermakna kamu penting buat mereka, dan waktu yang diluangkan itu adalah ‘hadiah’ yang sangat bermakna” Ujar Hadri.
Sharmaine kemudian menambah “Semakin meningkat dewasa, saya sedar waktu bersama keluarga adalah sebuah ‘hadiah’ buat saya. Terutama sekali apabila bersama ibu, bapa dan nenek saya, saya selalu terfikir adakah momen ini akan masih sama pada esok hari? Jadi, nikmati waktu yang sedang kita lalui sekarang sebab ia adalah ‘hadiah’ buat kita semua”
Bersetuju dengan pendapat pasangan itu, Nadia juga mengakui bahawa apabila meningkat dewasa kita perlu bijak membahagikan masa diantara kerjaya dan keluarga, “jadi di dalam kesibukan ini bagaimana kalian bahagikan masa bersama pasangan?” soal Nadia.
“Kami habiskan banyak masa berdua kerana kebanyakkan kerja kami dilakukan bersama – tidak kira di kafe ataupun menguruskan Topboi Citizen. Namun, ada masanya kami sedar kami perlu ‘berehat’ dan luangkan masa sebagai suami-isteri. Jadi, apa yang kami lakukan adalah kami akan cari masa untuk tidak bercerita tentang kerja dan jauhkan diri daripada gajet supaya kami ada waktu berkualiti bersama,
Selain itu, kami ada ‘townhall’ kami sendiri pada setiap 22 hari bulan di mana kami akan ‘reflect’ apa yang kami dah lakukan dan apa yang ingin kami lakukan di masa depan.” Jawab pasangan tersebut.
“Adakah jadual kalian tetap sibuk di bulan Ramadan ini?” Tanya Nadia lagi.
“Apabila tiba Ramadan kami rasa inilah masa yang sesuai buat kami ‘slow-down’ dan luangkan masa bersama keluarga. Kami cuba untuk tidak terlalu sibuk seperti hari biasa.”
“Macam mana kalian pastikan setiap momen adalah bermakna sepanjang Ramadan ini sehingga raya?”
Balas Sharmaine “Kita banyak habiskan masa dengan memasak bersama keluarga, terutama sekali saya sebagai anak mami dari utara. Saya dan keluarga memang suka masak dan berkumpul ramai-ramai. Riuh dalam dapur, bergossip ramai-ramai tapi seronok! Ia adalah cara kami tersendiri untuk eratkan hubungan kekeluargaan.”
“Satu perkara yang kalian ingin lakukan Ramadan ini? Mungkin sesuatu yang istimewa untuk dilakukan bersama?”
Hadri menjawab “Keluarga Sharmaine dan keluarga saya jarang berjumpa. Tak selalu ada peluang untuk lepak dan borak-borak bersama. Jadi, saya rasa tahun ini kami nak berkumpul sama-sama untuk berbuka, bercerita dan rapatkan silaturahim.”
“Talking about busy schedules, pernah tak kalian ada meeting tapi kena tunggu lama untuk pihak satu lagi datang? Pada kalian penting tak sebenarnya untuk menghormati masa orang lain?”
“Of course pernah!.. Hal menghormati masa adalah sangat penting, biar saya kongsikan pengalaman saya, i learn about this the hard way. Arwah ayah saya sangat mengambil berat akan hal waktu, dulu di rumah jam kami semuanya dicepatkan 10 minit lebih awal” Ujar Hadri.
Sambungnya “Setiap pagi Ahad ayah saya akan keluar bermain tenis dan biasanya saya akan datang berjumpa dia di sebuah kedai makan pada jam 12 tengah hari tapi ada sekali itu saya terlambat 10 minit, saya tiba pada jam 12.10 tengah hari dan ayah saya tiada di situ. Saya ingat dia belum sampai jadi saya tunggu. Saya tunggu dan tunggu tapi dia tak datang. Masa itu masih belum ada telefon untuk hubungi dia jadi saya terus pulang ke rumah.”
Ujar Hadri apabila pulang ayahnya sudah berada di rumah, jadi dia bertanya “Bukan ke kita patut makan tengah hari?” kemudian ayahnya menjawab “Betul, pada jam 12 tengah hari kan?” Itulah masanya Hadri sedar bahawa menghormati masa orang lain adalah sangat penting.
“okay let’s talk about accomplishment. As succeful individuals, pernah tak kalian teragak-agak untuk buat sesuatu keputusuan? Can you share with us, when was the exact moment you knew that it was the right time to take responsibility for your life?”
“Ketika saya masuk kolej di luar negara.. Keluarga saya hantar saya belajar di Melbourne, pada mulanya agak makan masa untuk saya biasakan diri tetapi selepas setahun saya terpaksa berdikari. Saya kena fikir macam mana nak bawa diri dan macam mana nak hidup jauh dari rumah.” Jawab Hadri sebelum menyambung, “Jika satu hari nanti saya ada anak sendiri, saya nak buat benda sama pada dia. Saya akan ‘campak’ dia jauh dari rumah untuk berdikari tapi bila dia perlukan pertolongan, saya pasti akan selalu ada untuknya.”
Jawab sharmaine pula “Saya mula bekerja dan buat latihan industri pada usia yang agak muda, masa itu saya sedar saya perlu lebih bertanggungjawab sebab saya berjumpa dengan ramai orang yang tak biasa saya temui. Saya perlu pandai bawa diri kerana orang akan menilai kita berdasarkan kelakuan kita.”
“Kongsikan satu pengajaran bermakna yang kalian pelajari through time?”
Jawab Sharmaine “Paling penting pada saya adalah mengutaman kesihatan mental, sekali-sekala perlu berdialog secara sihat dengan diri sendiri. Walau apa pun yang kita lalui, terutama sekali ketika mengharungi saat sukar kita perlu ucapkan kata-kata positif pada diri sendiri. Give yourself credit and be kinder to yourself.”
Hadri kemudiannya menambah “Kami tahu perkara ini biasanya lebih senang cakap, tapi belum tentu mudah untuk dilakukan. Namun, tak salah untuk cuba perlahan-lahan. Kalau satu hari kita bangun tidur dengan suara hati yang negatif, kita perlu beritahu diri sendiri bahawa “it’s okay, i can try tomorrow” dan jangan terus paksa diri. Fikiran negatif hanya akan memakan diri sendiri.”
Fotografer/Creative Director : Azim Mahayudin @ AM Studio
Videographer : Jufri Jamal @ AM Studio
Sitting Editor : Merrissa Emilda
Teks : Syafiqah Alkaf
Penata Gaya: DNO Mediaworks
Solekan : Elmanda Zuhairy
Project Manager : Ija Rahman
Apa pandangan anda?