SEARCH

Timothee Chalamet Digilai Di Venice Film Festival?

Timothee Chalamet Digilai Di Venice Film Festival?

Timothee Chalamet is a fashion royalty! Selebriti-selebriti lelaki lain sudah berawas-awas dengan kehadiran Timothee. Berlalu Timothee di atas karpet merah, di acara-acara ternama, memperagakan impak sampaikan tiada sesiapa yang dapat menandingi dia. Benar. Kalau sudah ramai orang muat turun gambar Timothee baru-baru ini dan repost, bermakna, he must have done something right.

Secara spesifiknya, di acara Venice Film Festival, sewaktu tayangan perdana filem The King minggu lepas. Gambar Timothee sahaja yang dimuat turun dan mengapa? Semuanya kerana penangan penampilan Timothee dalam sut tailored rekaan teman baiknya, Haider Ackermann! Timothee dalam Haider Ackermann… bikin riuh, meraih respons di luar jangkaan. sebab penampilannya itu kelihatan ultra-moden, luar biasa dan mencabar masculinity. Dia berani bangun menyanggah kelaziman.

timothee chalamet haider ackermann venice film festival

Sut yang lembut dari aspek siluet juga tailoring, bukan sahaja membina citra romantik Timothee, malah menafaskan kebendaliran jantina. Apatah lagi sut Haider Ackermann ini dihasilkan daripada fabrik sutera dan satin, dengan belted waist – dua tali pinggang. Padanan ceraian dalam pula bukan tipikal kemeja putih biasa, sebaliknya dia pakai helaian seakan-akan blaus satin lembut dan lehernya dalam rekaan slash. Gaya ini disempurnakan oleh seluar dress yang ada perincian crease, dibiarkan hujung kakinya dilipat bersahaja dan bersama kasut but paras buku lali.

Usahkan perempuan, lelaki pun mengakui kesempurnaan gaya pemeran utama The King ini. Hanya Timothee sahaja yang mampu muncul sebegini rupa – menggayakan sesuatu yang unik pada pandangan orang (ingat lagi kehadiran dia menggayakan abah-abah rekaan Virgil Abloh di Golden Globes?). Sebagai peminat pereka fesyen modernis juga konsepsualis seperti Raf Simons, Virgil Abloh dan Haider Ackermann, Timothee adalah figura yang dianggap bisa menukar haluan atau paradigma fesyen lelaki. Terutama sekali golongan selebriti lelaki.

Timothee raised the bar high. Mungkin pada masa akan datang, ia ‘mengajak’ selebriti-selebriti lelaki lain untuk ditch sut klasik, pick up sesuatu yang di luar zon selesa mereka?

SELAIN TIMOTHEE CHALAMET, SIAPA LAGI ‘BEST DRESSED’ LELAKI DI VENICE FILM FESTIVAL?

Bersih, klasik & ringkas! Brad Pitt di tayangan perdana ‘Ad Astra’

Achille Lauro berani bergaya dalam jumpsuit woll & sutera daripada Gucci.

Ghali menggayakan sut duble bras cashmere daripada himpunan Dior Men musim luruh dingin 2019 oleh Kim Jones.

Gael Garcia Bernal dalam sut dubel bras satu butang, daripada Dior Men

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE