SEARCH

Hari Raya #TipStail, Gabung ‘High-Low’ Untuk Tampil Stail-Ish!

Hari Raya #TipStail, Gabung ‘High-Low’ Untuk Tampil Stail-Ish!

Lagi dua minggu, Hari Raya akan menjelma! Kata orang, kita menghampiri separas ‘bibir’ dah untuk menyambut hari kebesaran satu Syawal. Sudah tentulah perhitungan bilang kali Hari Raya hendak muncul sahaja adalah… persiapan. Dan, yang selalu menjadi salah satu prioriti kita (come on guys, admit it!) adalah baju Raya. Kami mahu mengungkapkan satu soalan mudah untuk pembaca perempuan kami, “Dah beli baju Raya?”

Setelah dua bulan yang lalu kita dihidangkan dengan himpunan rekaan-rekaan terbaru untuk Hari Raya daripada pereka-pereka serta jenama-jenama lokal – daripada Zalora, ke Fashion Valet, ke Bernard Chandran dan sebagainya – seperti yang sudah-sudah, memperluaskan opsyen gaya Hari Raya 2018.

Kami tidak mahu mengupas fasal trend Hari Raya 2018 secara spesifik, kerana tahun ini memperlihatkan diversifikasi dari aspek siluet, butiran, stail dan seumpamanya. Tetapi yang pasti, kami perasan perincian seperti simpulan dasi, baik yang diolah kecil atau besar, banyak dijadikan sendi buat gaya-gaya Hari Raya 2018. But phew, luckily we’ve passed that whole peplum-thing. Mungkin, kita dah patut ‘simpan’ trend peplum dramatik. Tiba masa untuk fikirkan gaya-gaya ringkas, sifat tradisional, keunikan dan kuasa femininity pada Hari Raya nanti.

Kami menjumpai dan menyusun atur rekaan baju Raya terbaik daripada pereka-pereka juga jenama-jenama lokal yang menjadi pilihan peribadi STAIL.MY! And, we wanna play our #TipStail card this time, menyatukan gaya-gaya pilihan ini bersama aksesori-aksesori high-low! Mind you, jika baju Raya kamu punya siluet, corak atau butiran yang seakan-akan atau sama dengan pilihan kami, barangkali ia bisa menjadi rujukan kamu?

#TIPSTAIL HARI RAYA ‘HIGH-LOW’

hari raya tip stail

Glamor Raya

Tak lari daripada nada femininity dan gaya glamor, lazimnya ‘normal’ pada Hari Raya. Suai padankan dengan aksesori-aksesori yang masih mampu mengekalkan dua aspek tersebut tetapi yang unik – misalannya, aksesori-aksesori bercorak atau ada butiran yang berkilau – untuk membangkitkan kelainan. Baju daripada Fizi Woo (FashionValet), kasut 3.1 Phillip Lim (Net-A-Porter), subang Dior, rantai leher Topshop dan beg tangan Bottega Veneta.

Go Radical

Jika baju Raya bukan tipikal atau tidak konvensional, alang-alang… go all out! Jangan takut jadi sedikit ekstrem. Baju Raya yang sarat dengan perlagaan corak sebegini pakai bersama kasut bercorak organik, beg tangan yang ada perincian manik atau sulaman, rantai dan gelang tangan ‘nakal’. Baju daripada Bernard Chandran, rantai leher Accessorize, beg tangan Topshop, kasut Versace dan gelang tangan Swarovski.

Lembut Dingin

Rona dingin menggambarkan kelembutan, sementelah siluet ringkas mencerminkan kesederhanaan. Padanan aksesori-aksesori pula dalam mood yang sama. Contohnya, beg tangan dengan kasut dalam keluarga rona yang sama dengan baju atau yang sedikit architectural dan anting-anting pula less dramatic seperti bentuk geometri. Baju daripada Afiq M (Zalora), anting-anting H&M, clutch Bao Bao Issey Miyake, kasut Saint Laurent Paris dan kaca mata hitam Fendi.

Subtle Opulence

Gaya baju yang kelihatan mewah, diteruskan lagi dengan penyatuan aksesori-aksesori yang nampak mewah (sungguhpun ada yang daripada jenama high street)! Jika bijak mengolah penggayaan, bermakna you know your game very well. Baju daripada Innai Red, gelang tangan Fendi, kasut Giuseppe Zanotti, anting-anting Bimba Y Lola dan beg crossbody Zara.

Semadi Tradisional

Gaya-gaya baju Raya tradisional atau klasik mesti ada dalam pilihan kami. Be it a kebaya or a normal Baju Kurung, memang takkan terlepas daripada senarai gaya mesti pakai…bilamana setiap kali Hari Raya! Aksesori-aksesori terbaik untuk dimadukan bersama adalah sesuatu yang kontemporari – yang masih ada nilai klasik, untuk memelihara estetika tersebut. Baju daripada Khoon Hooi, skaf Dior, kerongsang Swarovski, beg tangan Cos dan kasut Burberry.

La Bomba

Tidak, kami tidak bercakap fasal Jacquemus. Ini adalah tentang gaya Hari Raya yang menggambarkan mood musim panas. Baju bercorak botani, floral atau organik diatur bersama aksesori-aksesori quirky atau kena dengan tema musim panas. Seperti beg tangan daripada material anyaman rotan, gelang tangan bercorak dan sekadar menyarung sandal. Baju daripada Ezzati Amira (Zalora), kaca mata Prada, beg tangan Muun (Net-A-Porter), gelang tangan Zara dan sandal Dorothy Perkins.  

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE