SEARCH

Tips Stail Bergaya Di Hari Raya, From STAIL.MY Girls!

Tips Stail Bergaya Di Hari Raya, From STAIL.MY Girls!

Selamat Hari Raya Aidilfitri semua! Hari Raya yang sekali lagi bertamu kali ini, menjanjikan sinar baharu. Mengambil sempena Hari Raya ini, ingin kami berkongsi dengan kamu tip-tip stail bergaya di Hari Raya yang kami kutip daripada barisan wajah-wajah mereka yang pernah bekerjasama dengan STAIL.MY! Mana tahu untuk kamu jadikan sebagai rujukan mahupun panduan?

TIP STAIL HARI RAYA DARIPADA STAIL.MY GIRLS

tip stail hari raya

SHARIFAH AMANI
Be comfortable! Hari Raya membabitkan kerja-kerja rumah yang terlalu banyak. Memasak, mencuci pinggan mangkuk, nak mengejar anak buahlah… saya akan memastikan baju Raya saya selesa. Manakala solekan serta stail rambut pula adalah gaya yang bisa saya kekalkan sepanjang hari – kerana dengan cuaca panas, berpeluh dan seumpamanya. So, solekan dan gaya rambut bukan sahaja bersesuaian, tetapi haruslah ‘praktikal’. Oh, jangan lupa sunscreen!”
DAIYAN TRISHA
Nothing too fancy sebab nanti susah nak bergerak! Lebih baik mengekalkan gaya less is more dan memakai baju Raya yang tidak menghangatkan tubuh kita. Tetapi, pastikan baju yang dipilih itu juga adalah a statement piece.”

AZIRA SHAFINAZ
“Saya selalu akan memastikan aksesori-aksesori yang dipilih padan atau kena dengan baju Raya yang dipakai. Begitu juga kasut dan solekan saya. Saya selalunya akan memakai akseosri-aksesori yang tidak terlalu berlebihan. Dari segi kasut pula, saya akan memakai kasut seperti slip-on, maka senang untuk saya sarung atau buka ketika pergi beraya ke mana-mana.”
ADELINE TSEN
“Warna gincu yang dipilih harus #shinebright, rambut on point, baju Raya pula jangan terlalu over the top dan kasut haruslah selesa!”

EYKA FARHANA
“Hari Raya saya lazimnya dirai di kampung, jadi saya tidak bolehlah pakai baju Raya yang tebal-tebal atau penuh rumbai-rumbai, ropol-ropol dan sebagainya. Saya akan pilih gaya yang menyenangkan saya untuk bergerak terutamanya ketika bersalam-salaman mahupun pergi menziarahi rumah orang lain dan tidak ‘menyeksakan’ apabila hendak melakukan kerja-kerja mengemas.”
RUZANA IBRAHIM
“Hari Raya terutamanya di hari pertama, lazimnya kita akan sibuk dengan persiapan-lah, cuci pinggan mangkuk-lah dan seumpamanya. Jadi saya lebih senang mengenakan sesuatu yang selesa, airy, tidak menyendatkan dan memudahkan saya dari segi hendak menyingsing lengan baju juga sebagainya. Saya seorang yang serba ringkas, cukup sekadar berbaju kurung kapas tetapi barangkali dilengkapi aksesori-aksesori tambahan. Paling penting, eyeliner cat eyes mesti ada walaupun kepenatan atau tengah sibuk. Haha!”

AIN EDRUCE
“Terlebih dahulu, kena tahu kita beraya di mana kali ini. Sama ada di kampung ataupun di bandar. Seandainya pulang beraya di kampung, pakai sesuatu yang menyelesakan atau yang lebih bersesuaian – contohnya dari aspek material atau kain yang digunakan, atau gaya yang bagaimana terutamanya. Jika beraya di kawasan bandar, mungkin sedikit bebas dalam hal penggayaan. Dan ingat, di Hari Raya pertama, pastikan sentiasa ikat rambut supaya bukan sahaja atas sebab selesa, namun juga tidak membataskan pergerakan.”
KAKA AZRAFF
“Sesuatu yang tidak merumitkan, tidak berlebih-lebih dan memudahkan pergerakan saya sepanjang beraya. Dan oleh kerana ia ringkas, saya padankan bersama statement earrings untuk merancakkan lagi penampilan.”

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE