SEARCH

Edisi Terhad Musim Panas’19, Daripada Tod’s X Mr. Bags!

Edisi Terhad Musim Panas’19, Daripada Tod’s X Mr. Bags!

Dalam sayembara jenama-jenama lain menukar pengarah kreatif serta hala tuju dek tuntutan pasaran masa kini, Tod’s menongkah arus. Tod’s just wanna have some fun. Tod’s mengalih pandangan kita pada satu himpunan beg tangan edisi terhad yang dilengkapi charm, hasil kerjasamanya bersama blogger fesyen yang sangat dikenali dalam segenap dunia!

Bersama-sama blogger asal China, Mr Bags – yang kini meraih lebih lima juta pengikut di Weibo – Tod’s mengeluarkan rangkaian beg tangan musim panas 2019 yang diberi julukan ‘Unicorn D-Styling’. Dalam rona biru bak biru langit, salah satu rona kegemaran Mr. Bags, menampilkan loket berupa unikorn yang direka oleh Mr. Bags sendiri.

Mengapa keunikan unikorn menjadi pilihan Mr. Bags untuk kerjasama ini? Kerana dia dipengaruhi oleh mitologi barat dan baginya, unikorn itu adalah lambang kebangsawanan, elegan dan kesucian. Mr. Bags tidak lari daripada siluet D-Styling dan menambah kesemarakan rangkaian beg ini, kepelbagaian rona biru disimbah bagi menyempurnakan keseluruhan himpunan. Kemasan berona putih (hand-painted) dengan barisan jahitan signature yang mencerminkan penghormatan buat teknik-teknik pembuatan material kulit Tod’s.

tod's mr. bags edisi terhad

Dan… setiap beg ini dihiasi charm unikorn comel yang dikatakan berkebolehan membawa tuah yang baik atau keuntungan buat si pemilik beg-beg Unicorn D-Styling.

Tod’s X Mr.Bags ‘Unicorn D-Styling’ yang mula berada di pasaran pada 26 Jun lepas, di atas talian menerusi tods.com, Tod’s WeChat Mini Program dan butik-butik terpilih sedunia, beg-beg D-Styling mencedok siluet moden serta elegan bentuk segi empat. Apatah lagi dengan bahagian pemegang di bahagian tengah beg menafaskan rekaan klasik, yang bukan sahaja menggambarkan kemewahan juga menyerlahkan kefemininan, malah menterjemahkan kembali ikonik D Bag pertama yang dilancarkan pada 1997.

D-Styling diperbuat daripada material yang lebih lembut, bertujuan untuk menegaskan butiran-butiran atau perincian-perincian dan kerja-kerja kraf artistik beg tersebut.

antara selebriti yang menjinjit beg tangan edisi terhad tod’s x mr. bags ‘Unicorn d-styling’

MODEL TERKEMUKA, IRENE KIM BERSAMA BEG UNICORN D-STYLING SAIZ MINI

LIU WEN TURUT TERLIHAT MEMBAWA BEG UNICORN D-STYLING BERSAIZ MINI

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE