SEARCH

Track Pants Chic: Trend Pilihan Selebriti Yang Mengundang Perhatian Minggu Ini

Track Pants Chic: Trend Pilihan Selebriti Yang Mengundang Perhatian Minggu Ini

Trend yang terhangat minggu ini! Track pants yang nampaknya diberi penggayaan serba chic terutamanya oleh selebriti-selebriti yang banyak mengundang perhatian. Siapa sangka track pants yang sebenarnya direka untuk sportswear boleh menjadi chic sebegini?

Apa yang membuatkan helaian ini tidak terlalu sportswear dan tampil lebih chic? Penggayaannya bersama helaian lain yang tidak terlalu sarat elemen sportswear nya. Kata kunci lain untuk ia tampil chic juga ialah kenakan bersama helaian lain yang ringkas. Seperti t shirt putih bersama kot panjang atau sekadar kardigan. Pertentangan antara elemen sportswear dan elegan serba ringkas inilah yang mencipta look chic dalam seluruh penampilan. Jom kita lihat selebriti mana yang menggayakan helaian ini dalam cara paling chic hingga menjadikannya trend minggu ini.

Track pants Chic

BELLA HADID

Seluar trek Givenchy ini menjadi lebih chic dengan crop top putih dan jaket kulit yang dikenakan Bella Hadid untuk penggambaran ini. Seluar trek ini tidak lagi nampak terlalu sarat elemen sportswear nya.

Track pants Chic

KYLIE JENNER

Sweater kelabu ini menampakkan sisi elegan Kylie Jenner walaupun dikenakan bersama seluar trek adidas ini. Penggayaan sweater itu pula tampil luar biasa off shoulder sebelah.

Track pants Chic

CHIARA FERRAGNI

Seluar trek ini juga helaian paling sempurna untuk travel dan duduk dalam kapal terbang. Selesa dan chic dalam masa sama. Seperti Chiara Ferragni yang beberapa kali kelihatan mengenakan seluar trek yang sama setiap kali terbang.

Track pants Chic

JENNIFER ANISTON

Memang helaian kasual seperti ini menjadi kegemaran Jennifer Aniston. Ingat lagi zaman dia suka pakai seluar kargo dulu dan menjadi ikutan ramai? Samalah seperti sekarang ini pabila dia mengenakan seluar trek bersama t shirt putih ringkas dan kot panjang camel. Chic tambah lagi bersama sneaker putih. Tres chic.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE