Posted on September 18, 2025

STAIL-ish people, mari kita bercakap tentang sesuatu yang dekat di hati saya: COS. Personally, saya memang sudah lama jadi peminat jenama ini. Koleksi fesyen COS selalu berjaya menghasilkan koleksi yang bukan saja minimal dan moden, tapi juga ada timelessness yang membuatkan setiap helaian terasa pelaburan bergaya. Bila COS Autumn Winter 2025 diperkenalkan, saya tahu koleksi ini bukan sekadar tentang pakaian musim sejuk – ia adalah panduan bagaimana kita boleh membina wardrobe moden yang praktikal, elegan dan penuh karakter.
Kempen kali ini dirakam oleh jurufoto Carlijn Jacobs di studio London, menampilkan wajah-wajah terkenal seperti Angelina Kendall, Sora Choi, Awar Odhiang, Long Li dan Badhiel Nyang. Ia meraikan individuality setiap model, sama seperti bagaimana kita menginterpretasi fesyen kontemporari mengikut personaliti sendiri. Jadi, apa sebenarnya yang kita boleh decode dari koleksi COS AW25?

COS Autumn Winter 2025: Tekstur Yang Menghidupkan Gaya
Kalau selama ini kita fikir layering itu sekadar sweater + coat, COS buktikan sebaliknya. Mereka bermain dengan tekstur: shearling lawan kulit, kemasan croc-effect, pony-effect, serta kontras matte dan kilauan. Bagi saya, inilah cara paling mudah untuk menjadikan gaya harian lebih kaya dan ekspresif tanpa perlu berlebihan.

Womenswear COS AW25: Siluet Abadi Dengan Twist Moden
Untuk womenswear, COS Autumn Winter 2025 memberi tumpuan kepada inspirasi siluet 1950-an – pinggang yang kemas, potongan leher terbuka, serta mantel bulu dengan struktur bulat yang sofistikated. Saya suka bagaimana mereka menyeimbangkan tailoring yang presisi dengan elemen lembut seperti cashmere beralun dan gaun fluid. Itulah kekuatan koleksi fesyen COS. It’s giving timeless, tapi dengan edge kontemporari yang buatkan kita rasa relevan.

Menswear COS AW25: Tailoring Moden Dengan Sentuhan Utiliti
Bagi menswear, tailoring moden COS diterjemahkan melalui rekaan berinspirasikan utiliti. Outerwear, knitwear tebal dan potongan oversized diberi nafas baru dengan lapel terbalik, bahu tajam serta layering tonal yang versatile. Inilah bukti bahawa menswear COS AW25 mengutamakan fungsi, tanpa mengorbankan gaya kontemporari.

Wardrobe Moden: Versatil Dari Siang Ke Malam
Satu perkara yang saya selalu kagumi tentang COS ialah versatiliti. Wardrobe moden hari ini perlu mudah berpindah dari siang ke malam. Knitwear yang relaks boleh digandingkan dengan skirt pensel, gaun fluid bergerak bebas, sementara set dressing flanel dan wool mencipta harmoni yang effortless. Inspirasi fesyen musim luruh 2025 ini mengingatkan kita bahawa gaya sebenar bukan tentang banyak helaian, tetapi tentang helaian yang berfungsi untuk kita.

Gaya Timeless Dalam COS Autumn Winter 2025
Bagi saya, COS Autumn Winter 2025 adalah moodboard untuk kita semua – bagaimana membina wardrobe moden yang ringkas, kontemporari, tetapi tetap abadi. Koleksi ini membuktikan bahawa fesyen kontemporari COS ialah tentang keseimbangan: antara fungsi dan gaya, antara klasik dan moden. So STAIL-ish people, sudahkah kamu bersedia menjadikan trend fesyen musim luruh/dingin 2025 dari COS sebagai sebahagian daripada wardrobe kamu?






















manus ai
September 24, 2025The article provides great insights into COS AW25, highlighting how the collection blends texture and timeless design with a modern twist. Its inspiring to see how versatile and functional the pieces are for building a modern wardrobe.