SEARCH

Trend Kasut Tidak Bertumit Tinggi Bukan Isu Buat Si ‘Wonder Woman’, Apalagi Kamu

Trend Kasut Tidak Bertumit Tinggi Bukan Isu Buat Si ‘Wonder Woman’, Apalagi Kamu

wonder
Gal Gadot datang ke tayangan perdana filem Wonder Woman di Los Angeles, bukan main cantik dan nampak goddess lagi dia bersiap dalam dress berleher halter Givenchy musim luruh 2017 merah. Saat dia berjalan berarak di atas karpet merah, kelihatan Gal memakai flats – ya, bukan kasut tumit tinggi enam inci yang glamour, bukan – dan dia tidak ada rasa celih menayangkan gayanya itu! Flats jenama Aldo tidak langsung mencela penampilan Gal. Gal sendiri akui yang memakai kasut-kasut yang tidak bertumit tinggi memberi keselesaan padanya dan kasut tumit tinggi menyakitkan tubuhnya. Gal mahu menjadikan pemakaian flats itu satu trend, terutama sekali untuk digayakan ke acara formal.

wonder

Gal memakai dress pendek kasual bersama sniker putih biasa

Gal sesungguhnya penggemar setia kasut flats atau yang tidak bertumit tinggi. Memerhatikan setiap satu gayanya, Gal banyak meyarung kasut-kasut tak bertumit… well, adalah juga sekali-sekala dia memakai stiletto. Cuma dia tahu memakai kasut bertumit tinggi berisiko untuk dia terjatuh atau terpeleset pada bila-bila masa pun dan memberi efek pada tubuhnya.

“Saya menanti-nantikan detik untuk memakai kasut tidak bertumit, setiap kali ada peluang!” Kata Gal.

Letak ke tepi semua perihal tentang empowerment Wonder Woman si Gal Gadot, sebenarnya pabila menyentuh fasal gayanya, dia sangat merendah diri. Dia bijak mengatur gayanya – dalam dress koktel mahupun helaian kasual – yang dia pakaikan bersama kasut flats atau sniker. Entah kenapa, keseluruhan idea itu nampak sebati, lebih-lebih lagi bila dia bergaya semi formal. Gal berjaya membawa kasut tidak bertumit ke fasa yang berbeza! Jadi, kalau Wonder Woman kamu tidak kisah berkasut sedemikian, why can’t you? Kami tampil lima kasut flats atau yang tidak bertumit tinggi daripada musim luruh 2017 yang sangat stailish dan bisa menjadi sebahagian koleksi si ‘footwear fetish’. Barangkali sebagai opsyen Hari Raya nanti? 

wonder

Gal dalam dress halter Givenchy dan mengenakan flats Aldo ketika tayangan perdana filem Wonder Woman di Los Angeles

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE