SEARCH

Men’s Fashion Week Fall Winter 2019/2020 : 9 Trend Lelaki #STAILavvv!

Men’s Fashion Week Fall Winter 2019/2020 : 9 Trend Lelaki #STAILavvv!

Ungu meronai gaya lelaki? Trend motif haiwan liar paling banyak melewati pentas kali ini? Dan sut sekarang semuanya longgar-longgar, no such thing as slim fit suits? Minggu fesyen lelaki musim luruh dingin 2019 / 2020 yang tengah dalam kehangatan bulan ini menjanjikan seribu satu gaya atau trend buat si laki-laki. Setelah bulan minggu fesyen ini mengacau jiwa kita – terutamanya lelaki – dengan tas tangan lelaki, teknik couture dalam pemakaian lelaki, skirt untuk lelaki, malah jaket-jaket puff pelbagai rupa, ia terus membuatkan kita rasa seperti mahu rombak dan susun semula gerobok pakaian, memikirkan “Tahun 2020 bakal menjelma, let’s step up our game!”

Saya, sebagai seorang lelaki, telah menemukan beberapa gaya atau stail lelaki musim luruh dingin 2019 / 2020 yang menerbitkan rasa mahu cuba kelak. Jika ditanya “tak kisah pakai leopard prints atau sut dengan bodice rona dual?” Jawapan saya, “Apa salahnya!”

Jadi, bersedia? Inilah sembilan trend lelaki musim lurih dingin 2019 / 2020 yang STAIL.MY suka.
1. 
HIDUPAN LIAR!

trend men's fashion week fall winter 2019 2020

Antara yang paling banyak terlihat di pentas lelaki musim luruh dingin 2019 / 2020 kali ini : motif harimau bintang dan corak harimau! Pengaruh motif haiwan hidupan liar nampaknya memainkan peranan penting sebagai trend lelaki yang mendatang. Apatah lagi pabila Versace tidak alang-alang dalam menjulang motif tersebut dan melangsungkan idea yang sama pada gaya rambut salah seorang modelnya. Satu tindakan berani daripada Versace.

Manakala Neil Barrett mencampurkan tiga corak daripada warna yang berbeza menjadi satu motif pada ceraiannya. Yup, motif harimau dan harimau bintang menduduki carta teratas ‘trend lelaki musim luruh dingin 2019 / 2020.’

2. 
MENGINDAHKAN KESENIAN

Seperkara tentang musim luruh dingin 2019 / 2020 yang tengah dalam keasyikan mengagungkan rekaan bercorak organik sebagai trend, ia meneruskan gagasan yang sama namun lebih cenderung kepada sesuatu yang artistik dan menyelit sekali corak yang ada mesej bersifat kelucuan. Contohnya Prada dengan corak hati si Frankenstein manakala Loewe meletakkan figura lelaki atas bodice sebagai tarikan utamanya.

3. 
BELAHAN KAKI

Victoria Beckham pernah mengeluarkan idea yang sama untuk himpunan perempuan musim bunga panas 2019 yang lalu – seluar dengan butiran belahan pada hujung kaki – dan kini ia terbit sebagai trend seluar lelaki musim luruh dingin 2019 pula! Kami mengaku, stail ini adalah trend kegemaran peribadi kami. Sesuatu yang mahu kami cuba nanti! Daripada Berluti sehinggalah Dunhill, gaya rekaan seluar sebegini membangkitkan kelainan dari aspek siluet lelaki.

4. 
SUT LONGGAR

Tidak ada lagi istilah sut potongan slim atau langsing musim mendatang nanti. Selamat tingallah sut slim atau langsing! Helo, sut longgar! Teknik tailoring lelaki sudah berkembang dan tidak lagi di takuk lama. Menyaksikan bagaimana jenama-jenama seperti Raf Simons (of course, potongan sebegini adalah kegemaran Raf), Jacquemus, Versace malah Louis Vuitton yang mengalih bentuk dan tidak takut mengubah siluet sut lelaki.

Barangkali jemu dengan potongan klasik agaknya – skinny suit, cropped pants, bla, bla, bla – dan tiba masanya untuk ease tailoring pula.

5. 
SI PETROLHEAD

Sesuatu yang bersangkut paut dengan industri permotoran atau kereta dijadikan sebahagian daripada trend motif lelaki. Kurang pasti sama ada ia hanya sekadar motif atau seakan-akan menterjemahkan stereotaip lelaki – kerana sebut sahaja lelaki, pasti dikaitkan dengan permotoran. Contohnya Versace yang sebulat-bulatnya mengambil logo ‘Ford’ sebagai motif manakala MSGM pula menyemat corak tipografi ‘Turbo’ yang mencerminkan inspirasi perlumbaan Formula One oleh Massimo Giorgetti.

6. 
UNGU, UNGU & UNGU!

Palet warna atau rona yang tak terlintas di fikiran dan nampaknya musim luruh dingin 2019 berjaya mengubah persepsi kita. Tidak lagi dihantui gaya signature hitam mahupun rona yang sama, sebaliknya simbahlah warna ungu pula! Dolce & Gabbana melepaskan sut baldu dalam rona ungu penuh manakala Dunhill dan Marni mengait ungu untuk gaya-gaya jalanannya. Musim baru ini mencadangkan keberanian dalam permainan warna, tidak mahu lelaki menyempadani pilihannya.

7. 
SAY IT OUT LOUD

Pakai ceraian yang tertulis nama jenama dan ketara terlihat? Dalam ‘kes’ Y-3 dan Dolce & Gabbana contohnya, meletakkan nama jenama atas bodice sehingga jelas tertera itu adalah sesuatu yang dibenarkan. Trend logo mania semakin galak menjadi, bermula daripada musim yang lepas lagi dan ia terus dijulang sehingga kini. Tak usah malu, tunjukkan rasa bangga itu! Namun pesanan kami adalah, jangan sampai nampak cheesy atau menggelikan. Seandainya mahu menggayakan ceraian dengan nama jenama di hadapan, do it in a classy way.

8. 
SKIRT UNTUK LELAKI

Kami mahu tanya soalan ini kepada lelaki, “Bersedia? Betul-betul bersedia untuk gaya skirt lelaki?” Louis Vuitton sudah mempersembahkan rekaan skirt berlisu labuh yang dilapis bersama seluar, jadi bukan satu isu buat lelaki. Moschino dan Charles Jeffrey Loverboy lagilah, sebulat-bulatnya mencedok reka bentuk skirt perempuan – skirt denim dan tutu – sebagai helaian buat lelaki. Again, our question is… guys, are you ready?

Peringatan kami kepada lelaki, tidak ada peraturan yang menetapkan skirt hanya untuk perempuan. Fikir-fikirkanlah.

9.
SERAGAM KERJA BAHARU

Sut kerja tak semestinya fully dalam rona kelabu atau nampak terlalu klasik. Seperti peraturan skirt untuk lelaki, sama juga dengan sut kerja. Tidak ada peraturan yang mengatakan sut perlu hadir dalam satu set yang sama. Contohnya Off-White dengan berani menggabungkan gaya formal kerja seperti jaket sut berserta tali leher bersama seluar jean labuh ala stail 90an. Fendi pula muncul dengan gabungan dia rona berbeza pada bodice sutnya. Sangat unik dan tidak salah mencubanya, kan?

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE