SEARCH

Apa Lelaki Akan Pakai & Gayakan Untuk Musim S/S 2019?

Apa Lelaki Akan Pakai & Gayakan Untuk Musim S/S 2019?

Minggu fesyen lelaki musim bunga panas 2019 hampir berlalu pergi. Trend atau gaya si lelaki musim bunga panas 2019 yang melewati pentas-pentas peragaan bermain dengan pancaindera dan mengacau jiwa – membuat lelaki-lelaki mula merujuk ia untuk menggemilangkan gaya! Daripada pentas Dior Homme sehinggalah ke Prada, yang mana satu menjadi sendi gaya baharu nanti?

Kehadiran Kim Jones yang mengepalai Dior Homme dan Virgil Abloh mengambil alih tugas sebagai pengarah artistik di Louis Vuitton tahun ini seperti menafaskan kesegaran. Tambah-tambah lagi dengan keberanian Simon Porte Jacquemus yang memperkenalkan debut himpunan lelakinya dan revolusi saban musim yang dibawakan oleh Versace juga Prada, kami dapat rasakan spring summer 2019 is gonna be interesting. Memperlihatkan apa yang terkandung dalam musim bunga panas 2019 kelak adalah satu lembaran baharu.

Sebagai permulaan, kami jumpa sebelas penggayaan musim bunga panas 2019 – di pentas London, Milan dan Paris – yang lelaki patut atau harus cuba. Barangkali jadikan ini sebagai poin, untuk merencanakan dan memperkasakan gaya kamu musim yang mendatang nanti?

PENGGAYAAN LELAKI MUSIM BUNGA PANAS 2019
gaya lelaki spring summer 2019
1. VERSACE

Out and loud. Padankan neon dengan ceraian bercorak, diimbangi dengan ceraian warna asas.

2. JACQUEMUS

Beg kecil silang masih jadi kegilaan musim bunga panas 2019. Silang dan sarungkan sebagai aksesori.

gaya lelaki spring summer 2019
3. FENDI

Stoking suit is back! Baju lengan panjang yang dipakai di dalam, dilapiskan oleh kemeja lengan pendek di luar.

4. DRIES VAN NOTEN

Fanny pack atas sut labuh, untuk menghidupkan cinched waist. Means, fanny pack’s still ‘ons’?

5. DOLCE & GABBANA

Musim bunga panas 2019 banyak memperlihatkan outerwear berupa cape atau mantel yang menyelubungi tubuh. Hmm, menarik.

6. DIOR HOMME

Lutsinar, clear plastic atau sheer nampaknya menjadi salah satu trend lelaki nanti.

gaya lelaki spring summer 2019
7. LOUIS VUITTON

Wait, is that a bullet proof vest? Oh, bukan. Ia adalah sesuatu yang bersifat utilitarian. Kefungsian dan praktikal masih lagi dijulang!

8. ALEXANDER MCQUEEN

Yeah! Tailored vest kembali! Ingat lagi sebelum-sebelum ini lelaki-lelaki gila memakai vest atas kemeja T? Apa kata cuba gayakan ia semula kelak?

9. SAINT LAURENT PARIS

Gaya yang bertunjangkan Western atau pengaruh koboi atau Westworld nampak cool juga.

10. PRADA

Selongkar gerobok kamu, cari jean biru pudar ala jean vintaj 80an dan 90an yang longgar. Kerana trend ini kembali!

11. RAF SIMONS

Jangan takut dengan rona hot pink. Tidak semestinya warna merah jambu itu feminin.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE