SEARCH

Teruja! Trend S/S 2019 Yang Kami Suka, Mahu Lihat Jadi Trending!

Teruja! Trend S/S 2019 Yang Kami Suka, Mahu Lihat Jadi Trending!

Beruntun-runtun trend musim bunga panas 2019 yang menuntut segala kemahuan serta kehendak kita. Gaya rona kuning air yang membuatkan kita mahu mencubanya pada masa akan datang kelak, motif haiwan seperti kulit harimau bintang juga gaya ke pantai yang menjadi pangsi ilham utama rekaan. Apatah lagi bila kita sudah berada di hujung titik 2018 dan dalam masa beberapa hari akan mula melangkah masuk ke tahun 2019. Tambahan pula, musim bunga panas 2019 pun menyamperi. Pastinya kita mula membuat perhitungan, “Apakah gaya yang harus cuba untuk tahun 2019 nanti?!”

Namun, setelah meneliti pentas peragaan musim bunga panas 2019 dan menyelit sekali logik – logik bersandarkan sosiobudaya Malaysia, lol! – kami hadkan kepada tujuh trend yang dirasakan memberi kesan kepada gerobok serta penggayaan kita tahun 2019 ini! Ketujuh-tujuh trend ini tidak bisa luput daripada ingatan kerana ia membuatkan kami teruja dan antara yang kami suka. Kami membayangkan pilihan trend musim bunga panas 2019 ini jadi ikutan kelak.

TREND ACTIVEWEAR + FEMININITY
trend spring summer 2019 trending
Dari kiri : Dries Van Noten, Kenzo, Marine Serre, Prada & Coach 1941

 

Activewear masih (dari masa sebelum-sebelum ini lagi) tak beranjak menjadi trend. Bermakna… jangan abaikan ia! Cuma kali ini, ceraian activewear dipadankan secara agresif bersama sesuatu yang bersifat ultra-feminin. Contohnya, seperti di Dries Van Noten, di mana anorak dipakai bersama skirt dengan butiran fringes. Atau Coach 1941 yang memperlihatkan baju hud panas dimadukan dengan skirt lembut labuh yang menyapu lantai.

BLAZER BESAR HADIR SEMULA!
Dari kiri : JW Anderson, Loewe, Louis Vuitton, Marc Jacobs & Calvin Klein 205W39NYC

 

Oh yes! Big blazer is making a comeback! Malah saya sendiri pun kini sedang bereksperimen dengan penggayaan blazer bersaiz besar. Kami teramat suka dengan idea penghulu-penghulu kreatif jenama yang menafaskan semula blazer besar sebagai outwerwear. Lebih-lebih lagi bila ia dilapis atas helaian-helaian berupa feminin, menegaskan kontras. Daripada Louis Vuitton ke Calvin Klein 205W39NYC sehinggalah Marc Jacobs, blazer bersaiz besar memainkan peranan penting dalam hal penggayaan.

THE NEW CLEAN
trend spring summer 2019 trending
Dari kiri : Balenciaga, Dior, Givenchy, Jil Sander & The Row

 

Perasan tak, rekaan bersih – dan ada aspek modesty – menjadi percaturan jenama-jenama fesyen? Seperti Dior, di mana look pembuka pentasnya sahaja menyaksikan dress hitam yang tidak ada potongan panel mahupun dart, kelihatan bersih dan sederhana. Balenciaga pun sama, dress yang menudungi tubuh dilengkapi perincian ribbed penuh. Konsep bersih baharu terletak pada aspek menyingkir butiran-butiran berkilat, tiada corak-corak atau sulaman-sulaman serta tiada rona lain. Ia kini berpaksikan satu warna sahaja dan kelainan hanyalah dari segi manipulasi pola dan tekstur (tekstur dalam rona yang sama).

EKSTRA! EKSTRA!
trend spring summer 2019 trending
Dari kiri : Celine, Moschino, Richard Quinn, Rodarte & Balmain

 

Jika berani, apa salahnya. Musim bunga panas 2019 mencabar kita dan menguji keberanian untuk menyuntik faktor ekstra dalam penggayaan. Ekstra pada lengan baju, pada bahu baju, pada skirt malah seluruh bodice. Contohnya, Moschino yang mengembalikan bentuk mini bubble ke atas rekaan skirtnya dan Balmain serta Celine yang menambah sesuatu yang ekstra pada bahagian bodice. Jadi persoalannya sekali lagi, kamu berani?

FETISY LEHER
Dari kiri : Saint Laurent Paris, Gucci & Kate Spade

 

Just when you thought bow collar or anything to do with tying your collar is so last season… ekk, you’re wrong. Efek yang sama seperti activewear, butiran ikatan pada leher nampaknya ‘teguh berdiri’ di arena musim bunga panas 2019. Misalnya seperti kolar dasi atau lilitan yang menyerupai bentuk dasi masih lagi menjadi trend. Gucci, Kate Spade dan Saint Laurent Paris antara yang menampilkan butiran fetisy leher ini!

LETUSAN FLORA
Dari kiri : Erdem, Louis Vuitton, Miu Miu, Valentino & Versace

 

Kami cabar lelaki untuk menggayakan motif flora yang penuh padat, would you? Ah, cuba saja! Aspek flora untuk musim bunga panas 2019 bukan lagi ‘dongeng’, sebaliknya ia bertakhta menjadi trend dan semakin menjadi-jadi. Ia memperlihatkan ledakan motif flora yang sarat namun diatur elok dan tidak menyakitkan mata. Louis Vuitton dan Versace menyatukan warna flora penuh yang kontra namun nampak sebati. Manakala Valentino dan Erdem menyusun corak flora dalam bentuk yang mencerminkan hiasan atau dekoratif.

SMALL PORTION
Dari kiri : Fendi, Alexander Wang, Jacquemus & Burberry

 

Semakin hari, semakin mini saiz beg. Semakin kecil dan semakin menjimatkan ruang. Aksesori beg kecil (semenjak musim-musim yang lalu) mula menjadi trend. Tidak lagi menjinjit, menyandang atau menyarung beg besar. Cukuplah sekadar beg kecil yang mungkin hanya muat untuk mengisi telefon bimbit dan dompet kecil kamu sahaja. Seperti Burberry dengan beg mini saiz passport, Jacquemus yang mengecilkan saiz beg jinjit dan Fendi dengan beg lilit saiz telefon bimbit. Think of it this way, ia mengajar kamu untuk berjimat!

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE