SEARCH

Cringeworthy : Cara Trump Sebut Louis VOOTON & Komen Nicolas Ghesquiere

Cringeworthy : Cara Trump Sebut Louis VOOTON & Komen Nicolas Ghesquiere

Geli geleman, jijik atau rasa canggung. Rasa serba salah pun ada. Pendek kata, cringeworthy moment tahun ini jatuh kepada detik-detik Donald Trump merasmikan kilang Louis Vuitton di Alvarado, Texas minggu lepas. Cringey, but fun to watch. Lol! Sewaktu Presiden Trump mengira detik “One, two, three, four, fiveee…” seraya memotong reben tanda perasmian, kami seperti boleh jangka, ia pasti akan dikutip menjadi fashion memes.

Tambahan pula, cara dia menyebut jenama Louis Vuitton dalam ucapannya pun dikritik teruk – “Louis VOOTON,” seperti yang ditulis oleh @diet_prada. Presiden Trump dijemput oleh Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Louis Vuitton Moet Hennessy, Bernard Arnault, yang mengalu-alukan kedatangannya. Kata Bernard, dari perspektif positifnya, ia menunjukkan LVMH mengglobalisasikan pasarannya ke Amerika dan membuktikan kesungguhan penglibatan Presiden Trump.

cringeworthy moment trump louis vuitton nicola ghesquiere texas

Dari aspek negatif pula, pegangan Trump dirangkaikan sekali dengan hal pembabitannya bersama Louis Vuitton. Presiden Trump adalah seorang homofobia, bersifat perkauman, prejudis terhadap perempuan dan ada ketikanya tak berasas dalam hal-hal tertentu. Maka itulah komitmen Presiden Trump dengan Louis Vuitton ini turut dikritik.

Kami faham mengapa ada yang kurang gemar akan senario ini. Kerana Louis Vuitton satu entiti yang bersangkut paut dengan industri fesyen dan industri fesyen pula sedang asyik mengingatkan tentang ‘kepelbagaian serta penerimaan’. Sekonyong-konyong, muncul Presiden Trump, seorang yang memerangi hal-hal seperti kepelbagaian dan seumpamanya, merasmikan kilang Louis Vuitton. Seperti ada ‘disharmoni’ pada kedua-dua gambaran tersebut.

Asosiasi Presiden Trump dengan Louis Vuitton ditentang terang-terangan oleh pengarah kreatif jenama itu sendiri yakni Nicolas Ghesquiere! Nicolas si anti-trump, membalas menerusi satu post Instagram yang berbunyi, “Standing against any political action. I am a fashion designer refusing this association. #trumpisajoke #homophobia.”

Berani melawan kerana ia tidak sejajar dengan pendirian Nicolas. Mengenali Nicolas, dia antara pereka atau penghulu kreatif fesyen yang tidak gentar memperjuangkan hak LGBTQ+. Memegang erat, menggenggam teguh. Dia begitu tegar dengan dasar yang dikepal olehnya. Dialah yang mengetengahkan Krow Kian, model androgini trans man, untuk berjalan di atas pentas Louis Vuitton serta menjadikan pelakon Indya Moore sebagai wajah rasmi kempen Louis Vuitton.

Tiada tindakan yang diambil oleh pihak LVMH ke atas kenyataan yang dilakukan oleh Nicolas. Bagusnya mereka kerana bersikap toleran dan menghormati dasar prinsip Nicolas. Good job! Tetapi, apa-apa pun, detik Presiden Trump memotong reben di acara pembukaan itu pasti akan menjadi fashion memes tahun ini. Haha!

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE