SEARCH

#UniqloBajuMelayu Bersama 3 Pasangan Selebriti – Monoloque, Syafiq Nazri & Farid Ali

#UniqloBajuMelayu Bersama 3 Pasangan Selebriti – Monoloque, Syafiq Nazri & Farid Ali

Gambar & Video: Chuanlooi/ Yipieyaya Studio Solekan: Syed Faizal Rambut: Fendi Sani

Kesederhanaan dan kepelbagaian masih belum rapuh menjadi pojok ilham UNIQLO! Sebelumnya Uniqlo muncul dengan rangkaian Hana Tajima yang memokokkan modest wear sebagai pasaran utama dan bertunas sehingga kini menjadi antara highlight untuk si wanita. Kerana itu Uniqlo sekarang mengeluarkan himpunan yang bertunjangkan modest wear tetapi untuk lelaki pula! Himpunan Baju Melayu lelaki – Baju Melayu Oxford!

Uniqlo Baju Melayu menampilkan rekaan yang punya persamaan dengan Baju Melayu tradisional – tanpa kolar dan kolar tegak (ala Teluk Belanga dan Cekak Musang) dengan poket tampal – dalam potongan pola moden tanpa kekek juga pesak. Baju Melayu Oxford ini hadir dalam palet warna biru kelasi, kelabu dan putih, daripada seratus peratus kapas premium lengkap dengan stretch ease untuk memudahkan pergerakan sungguhpun rekaannya slim. Mengenali Uniqlo yang tak pernah gagal menyelit teknologi, mendukung aspek tersebut dari segi fabrik yang tahan kedut dan tak rumit untuk dijaga.

Untuk projek kami bersama Uniqlo dalam memperkenalkan himpunan terbaru Baju Melayu, tiga pasangan selebriti lokal dipilih, digandingkan bersama helaian-helaian Baju Melayu ini. Serangkai dua sejoli yang memperlihatkan si lelaki mendandani diri dalam helaian Baju Melayu dimadukan bersama ceraian-ceraian lain (semua daripada Uniqlo) bersandarkan stail tersendiri. Bersama celebrity couple – Loque daripada Monoloque bersama isteri, Dahlia Nadirah, Syafiq Nazri dengan suri hatinya, Nadia Azlan dan Farah Liyana berdampingan sama temannya, Farid Ali.

LOQUE (MONOLOQUE)

uniqlo baju melayu

Untuk Loque yang seringkali bertengkolok dan utuh dengan imej atma Melayu, berbaju Melayu sudah menjadi pangsi stailnya. Look pertama Loque, Baju Melayu Oxford tanpa kolar warna kelabu dipadukan bersama seluar kapas chinos ringkas warna perang, percubaan untuk menyaingi gaya berbaju Melayu moden tetapi tidak terlalu literal.

Aksesori tambahan seperti tengkolok (identiti Loque) dan sampin songket menyempurnakan penampilan. Look kedua pula menyatukan top Baju Melayu kolar tegak dengan jaket denim untuk kelihatan sedikit urban, yang kedua-duanya dalam keluarga warna biru hampir sama.

“Apa yang membuatkan Loque seorang gentlemen adalah cara dia berfikir. Dan saya suka gabungan Baju Melayu dengan denim pada Loque, ada sedikit look Nusantara dan clashing culture,” Dahlia Nadirah

uniqlo baju melayu

SYAFIQ NAZRIuniqlo baju melayu

Syafiq Nazri memiliki gaya lelaki alfa – dari segi grooming, bentuk tubuh juga penampilan. Jadi untuk Syafiq, look pertama tidak ada tambahan gaya yang berlebih-lebih. Keep it clean. Baju Melayu tanpa kolar warna biru kelasi dipakai bersama jean senteng lembut. Namun, look kedua Syafiq lebih menjurus kepada eksperimentasi untuk jadikan ceraian Baju Melayu kolar tegak sebagai helaian kasual. Kami pakaikan Baju Melayu kolar tegak putih dengan gabungan jaket bomber hijau tentera bersama seluar kapas warna coklat gelap. We treat the Baju Melayu just like any other everyday shirt.

“Cara Syafiq menghormati kedua orang tua saya dan orang tuanya…bagi saya itu yang menjadikan dia gentlemen. Saya suka Baju Melayu Uniqlo kerana ia tampil relaks, kasual dan bersahaja,” Nadia Azlan

uniqlo baju melayu

FARID ALI

uniqlo baju melayu

Sesuatu yang menterjemahkan gaya lelaki Melayu moden. Farid Ali kami sifatkan punya imej maskulin dan sedikit klasik. Baju Melayu kolar tegak warna kelabu dipadankan dengan seluar relaxed ankle length juga warna yang sama, untuk look pertama Farid. Kami membayangkan stail lelaki berhujung minggu. Biarpun ringkas dan selamat, masih ada elemen stailish itu. Berbanding look kedua Farid, ia cenderung kepada gaya ala sartorial. Baju Melayu putih tanpa kolar dilapiskan bersama blazer hitam dan jean hitam. Untuk mendefiniskan cool dan versatile  kala berbaju Melayu.

“Apa sahaja yang saya buat, dia sokong dan itulah definisi gentlemen saya fasal Farid. Saya suka dengan material yang digunakan untuk Baju Melayu Uniqlo ini. Malah gayanya juga versatil, boleh dipakai untuk kerja,” Farah Shaharudin

uniqlo baju melayu

Baju Melayu UNIQLO kini terdapat di semua stor UNIQLO berdekatan.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE