SEARCH

BTS & UNIQLO Melepaskan ‘Watak Animasi’ Dalam Himpunan Kolaborasi Terbaru!

BTS & UNIQLO Melepaskan ‘Watak Animasi’ Dalam Himpunan Kolaborasi Terbaru!

Bersedialah kamu untuk bertemu dengan karakter-karakter animasi ini – Koya, RJ, Shooky, Mang, Chimmy, Tata, Cooky dan Van! Siapa mereka? Mereka adalah alter ego kumpulan sensasi K-Pop, BTS yang disunting oleh Uniqlo untuk diijadikan sebagai ikon himpunan kolaborasi baharu tahun ini. BTS Army, take note!

Kontinuiti Uniqlo bekerjasama dengan nama-nama besar untuk mencorakkan himpunan kapsul atau edisi terhad setiap tahun tidak pernah kecundang dalam meraih permintaan luar biasa. Kolaborasi-kolaborasi bersama pereka-pereka fesyen terkemuka yakni Jil Sander dan Alexander Wang serta artis-artis seperti KAWS, SPRNZ NY juga yang terbaru kelak, Peter Saville berjaya mengubah kecitraan ‘Lifewear’ yang mendasari Uniqlo pada satu tahap yang berbeza.

uniqlo ut bt21 bts

Kali ini, sebagai jenama asal Jepun, Uniqlo Lifewear berintegrasi dengan bumi jirannya, Korea Selatan dan menawan dunia hiburan K-Pop! Rangkaian kemeja T Uniqlo UT mempersembahkan himpunan istimewa, kolaborasinya bersama kumpulan BTS dan menampilkan motif-motif karakter BT21 – buat yang tidak tahu, BT21 adalah projek daripada LINE FRIENDS (menerusi inisiatif FRIENDS CREATORS) yang menjadi keasyikan generasi milenial masa kini.

Seperti yang dinyatakan di atas, lapan karakter – Koya, RJ, Shooky, Mang, Chimmy, Tata, Cooky dan Van – adalah motif utama dalam himpunan istimewa Uniqlo UT ini. Setiap karakter ini (kecuali Van) mencerminkan tujuh ahli kumpulan BTS, manakala Van adalah watak robot yang bertindak sebagai penjaga BTS. Ia memerihalkan satu penceritaan yang berkisarkan UNIVERSTAR BT21, di mana wujudnya karakter putera Tata yang datangnya dari planet BT, mengembara ke dunia bersama robotnya, Van. Untuk menyebarkan mesej cinta di dunia, Tata memasang hasrat untuk menjadi bintang terkemuka. Tata menemui enam lagi ahli baru yakni Koya, RJ, Shooky, Mang, Chimmy dan Cooky, lalu tertubuhnya BT21 yang popular di alam semesta, yang dipanggil Universtar.

Lebih daripada sepuluh rekaan kemeja T Uniqlo UT BT21 tersedia dan kesemuanya dalam saiz uniseks. Himpunan ini akan mula dijual dalam masa dua hari lagi, pada 21 Jun ini! Boleh didapati di stor-stor Uniqlo juga di atas talian.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE