Posted on June 22, 2020
Sempena World Refugee Day minggu lalu, UNIQLO gives back! Dalam pada masa terkesan dengan pandemik COVID- 19 yang menjadi keributan dunia – baik kesihatan, fizikal, mental serta ekonomi – UNIQLO menggemilangkan platform jenamanya, mengumpul dana bagi memudahkan UNHCR, UN Refugee Agency, membantu kanak-kanak pelarian yang terdedah dengan epidemik COVID- 19.
Ada yang bilang, epidemik COVID- 19 ini tidak akan berkeputusan menyerang. Apatah lagi, ada negara-negara yang kini masih berjuang hari-hari menempur COVID- 19. Namun, ada yang menunjukkan peratusan kes sembuh yang sangat memuaskan. Setakat ini (sehingga ke hari ini), di Amerika sahaja masih ada lebih dua juta kes positif dan bilangan kematiannya mencecah lebih 120,000 kes. Itali pula – antara negara Eropah terawal yang mencatat jumlah kes tertinggi – berhadapan dengan lebih 238,000 kes positif dan jumlah kes sembuh sebanyak lebih 183,000 kes serta pertambahan 33 kes kematian. Manakala negara jiran kita, yakni Singapura, mencatat kes positif sebanyak 42,095 kes dan kes pulih sebanyak lebih 34,000.
Sepanjang berlakunya COVID- 19, kita sebagai masyarakat umum, seperti sudah mengerti malah lebih peka tentang apakah itu COVID-19, bagaimana ia berjangkit dan siapakah yang berisiko tinggi untuk dijangkiti. Kanak-kanak dan orang tua adalah yang berisiko tinggi juga antara yang mudahnya terdedah dengan COVID- 19. Lantaran itu, bagi mengurangkan risiko serta menjadi salah satu penyumbang kepada penyelesaian permasalahan, UNIQLO menginisiasi langkah, berkrompomi bersama UNHCR untuk membantu kanak-kanak – terutamanya kanak-kanak atau anak-anak pelarian – melawan COVID- 19.
Menurut laporan Global Trend UNHCR, 7.95 juta orang seantero dunia menjadi pelarian atau gerombolan yang ditindas dan tidak berkewarganegaraan disebabkan konflik dunia. Kem atau tempat tinggal yang didiami oleh pelarian-pelarian pula dalam kondisi yang serba tidak lengkap dan penuh, tanpa bekalan perubatan serta kemudahan kebersihan yang secukupnya. Sehingga 20 Mei, kes positif COVID- 19 dikenalpasti di 134 buah negara yang menempatkan pelarian-pelarian dan risiko jangkitan tertinggi sering berlaku dalam kem-kem pelarian.
Lantas UNIQLO, sebagai jenama yang berteraskan aspek ‘kehidupan’ – LifeWear – mengarek hal ini dan bersempena World Refugee Day yang jatuh pada 20 Jun, mencadangkan satu inisiatif menerusi hasil jualan produk-produknya untuk didermakan kepada UN Refugee Agency yakni UNHCR. UNIQLO mengumumkan bahawa dana kepada UNHCR ini dilaksanakan dengan cara menderma peratusan daripada hasil jualan item-item bayi di uniqlo.com dan 10 juta Yen (lebih kurang U.S $100,000) daripada hasil jualan item-item bayi tersebut sepanjang tarikh 19 sehingga 26 Jun akan digunakan untuk membekalkan bantuan kepada kanak-kanak juga famili-famili pelarian yang terdedah dengan COVID- 19. Bantuan-bantuan ini termasuklah peralatan lifesaving support, bekalan air bersih, bekalan perubatan, item-item untuk kebersihan serta maklumat-maklumat lengkap untuk menyenagkan pemahaman pelarian-pelarian ini tentang COVID- 19.
BAGAIMANA CARA UNTUK MENJADI SEBAHAGIAN DARIPADA INISIATIF UNIQLO GIVES BACK & SUSTAINABILITY
1. SHOP FOR A CAUSE
Bermula 19 Jun sehingga 26 Jun, 10 juta Yen daripada hasil jualan item-item bayi di UNIQLO.com akan disalurkan kepada UNHCR Coronavirus Emergency Appeal untuk membantu kanak-kanak serta famili-famili pelarian
Memperbaiki akses bekalan air, kesihatan dan kebersihan
2. KITAR SEMULA PAKAIAN KANAK-KANAK YANG TAK DIPAKAI
Bawa pakaian-pakaian yang tak terpakai ke butik-butik UNIQLO dan UNIQLO akan mendermakan pakaian-pakaian tersebut kepada yang memerlukan
UNIQLO sudah mengusulkan All-Product Recycling Initiative semenjak 2006. Sehingga kini, UNIQLO sudah menderma lebih 36.57 juta item ke 72 negara
3. SPREAD THE WORD!
Bersempena World Refugee Day, ikuti perkembangan UNHCR dan jadi sebahagian daripada advokasi yang membantu pelarian-pelarian
Apa pandangan anda?