Posted on April 20, 2020
Sebagai pejuang yang memegahkan fesyen modesty, Hana Tajima tidak menyingkir terus aspek yang membabitkan tubuh atau jasad manusia. Terutamanya hal-hal perubahan mahupun pergerakan tubuh seseorang perempuan. Jelas Hana, “Tubuh kita bukannya statik. Tubuh kita membesar, berubah-ubah dan sentiasa bergerak. Kerana kita tahu tubuh kita sendiri.” Berdasarkan apa yang dialaminya, deria serta minda Hana peka dalam mementingkan aspek ini, langsung dia menanam ia sebagai ilham utama himpunan HANA TAJIMA FOR UNIQLO musim bunga panas 2020 – yakni apresiasi terhadap tubuh sendiri.
Hana memperkayakan penerokaannya kali ini. Tidak mahu membatasi fesyen modesty atau kesederhanaan pada satu dimensi dan berkaitan dengan kerohanian diri sahaja, sebaliknya ia lebih daripada itu. Menamai himpunan musim bunga panas 2020, ‘Changing Bodies’, yang merujuk kepada LifeWear yang bisa mengadaptasi penerusan perubahan atau pergerakan dan memanfaatkan faktor keselesaan maksima pada tubuh perempuan setiap hari.
Perubahan atau pergerakan tubuh tidak hanya dikecapi oleh pakaian yang ketat dan sendat. Aspek perubahan atau pergerakan tersebut juga wujud dalam fesyen modest, pemakaian yang lebih longgar serta menerusi saiz yang kadar bandingnya lebih besar. Hana percaya itulah gagasan baharu tentang kewanitaan. Yang kini sudah menjurus kepada kepelbagaian dan bersifat sarwajagat.
UNIQLO mengumumkan himpunan terbaru kolaborasi bersama Hana Tajima ini bakal dipasarkan pada 8 Mei nanti. Lebih 33 helaian atau ceraian – antaranya blaus, ceraian high neck, seluar labuh, outerwear panjang dan termasuklah aksesori skaf kepala serta serkup kepala – memperlihatkan Hana bermain dengan sudut praktikal dalam mencurahkan idea rekaannya. Seperti butiran yang boleh dilaraskan (adjustable) dan mengolah ia dalam pola architectural yang memudahkan pemakaiannya dapat diubah-ubah (alterable).
Potongan besar dan lebar, ditambah lagi dengan siluet elegan, Hana menyuntik konsep pakaian yang membebaskan perempuan daripada pemakaian yang terhad kepada saiz-saiz tertentu. Ia seakan-akan membenarkan si pemakai punya satu ‘hubungan’ istimewa dengan tubuhnya sendiri – kerana si pemakai kenal tubuhnya sendiri dan bagaimana ia sentiasa berubah-ubah serta bergerak-gerak. “To let each piece be a cherished companion to the wearer.”
Selain itu, apa yang menjadikan himpunan HANA TAJIMA FOR UNIQLO musim bunga panas 2020 ini lebih menarik, adalah sentuhan peribadi daripada Hana. Ada antara helaian atau ceraian yang dihiasi motif botani dan flora, di mana ia dilakar oleh Hana. Meronai motif tersebut dalam warna-warna bertenaga, Hana memilih botani dan flora kerana baginya, ia melambangkan inner beauty si pemakai. Tanpa mengira latar belakang, usia, agama serta profil kesemua, Hana hanya mahu menyemat sikap yakin pada kecantikan diri, waima dalaman atau luaran, menerusi himpunan ini. Mengaburi segala sempadan!
ANTARA PRODUK-PRODUK HANA TAJIMA FOR UNIQLO S/S 2020
Outerwear dalam rangkaian harga – RM 149.90 ke RM 249.90 ; Ceraian bawah (skirt & seluar) dalam rangkaian harga – RM 129.90 sehingga RM 149.90 ; Dress dalam rangkaian harga – RM 79.90 sehingga RM 149.90 ; Ceraian atas & tunic dalam rangkaian harga – RM 59.90 sehingga RM 129.90 ; Stole dalam rangkaian harga – RM 59.90 sehingga RM 79.90 ; Ceraian AIRism (inner hijab, headband & kemeja T high neck) dalam rangkaian harga – RM 19.90 sehingga RM 49.90
Apa pandangan anda?