SEARCH

Tempat Lahir Terbit Dalam Akal, Pendorong Ines & Uniqlo!

Tempat Lahir Terbit Dalam Akal, Pendorong Ines & Uniqlo!

Tak perlu dia pergi jauh merata dunia. Cukuplah sekadar merujuk semula tempat dia membesar sebagai ilhamnya. Kerana rindunya yang memekat pada kenangan yang memaniskan kehidupan dan setiap detik indah yang melewati mindanya, dia rangka menjadi estetika rekaan. Rangkaian Uniqlo / Ines De La Fressange muncul kembali, memegahkan inspirasi French Riviera – membawa kita berkelana ke zaman kanak-kanak Ines!

uniqlo / ines de la fressange spring summer 2019 french

Uniqlo bakal melepaskan himpunan Uniqlo / Ines De La Fressange musim bunga panas 2019 bermula hujung bulan Februari nanti. Secara spesifiknya, pada 22 Februari, di stor-stor pilihan dan juga di atas talian. Memahat kerjasama utuh di antara dua nama besar, yang menandakan sudah masuk musim yang kesebelas sudah kolaborasi ini terjalin. Dan kali ini, untuk kolaborasi yang kesebelas ini, Ines memerihalkan kampung halamannya dan alam kanak-kanaknya untuk dijadikan inspirasi atau tema utama himpunan musim bunga panas 2019.

Ikon fesyen ini tebar cintanya pada Saint-Tropez di Cote d’Azur. Rasa leluasa yang tidak membatasi kesantaian dan semangat kebebasan kota pesisir pantai ini membuahkan satu gagasan yang tersusun dalam fikiran Ines. Ines melihat semula bagaimana Saint-Tropez sudah banyak menginspirasikan artis-artis dan sosok-sosok kebudayaan, terus mengolah ia sebagai estetika musim ini.

Apa yang membayangkan kita pada Saint-Tropez – French chic, keriaan kotanya dan senyuman mentari – menjadi nada rekaan-rekaan Uniqlo / Ines De La Fressange. Helaian-helaian LifeWear yang membiaskan gaya-gaya relaks, acuh tak acuh juga bersahaja dan seiring dengan semangat alam semula jadi. Himpunan untuk perempuan menafaskan kod kasual yang mencerminkan kota belah selatan Perancis ini. Seperti kemeja-kemeja lembut yang diperbuat daripada 100% linen Perancis, baju-baju panas marin dengan motif jaluran, pajama untuk santai-santai di rumah dan juga dress-dress resort.

Tak ketinggalan, Uniqlo / Ines De La Fressange turut menyediakan rangkaian untuk kanak-kanak! Rangkaian kanak-kanak diberi suntikan yang hampir seiras rekaan-rekaan himpunan perempuan dewasa untuk memadukan padanan dalam hal penggayaan! Bukan sahaja aspek rekaan, malah fabrik yang digunakan serta kemasannya.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE